Rumah Mampu Milik di Putrajaya Untuk Penjawat Awam Bawah RM100,000?


Tahniah kepada warga penjawat awam yang merancang tinggal di Putrajaya.

Berita baik untuk kakitangan awam.

rumah mampu milik di putrajaya

Di mana Cuepacs Malaysia membawakan khabar gembira di mana Kementerian Wilayah Persekutuan berbesar hati untuk bersetuju dengan cadangan Cuepacs supaya lebih banyak rumah mampu milik dibina dan disediakan buat penjawat awam khususnya untuk tinggal di Putrajaya

Caranya adalah dengan pemberian sebidang tanah yang bakal dianugerahkan kepada untuk pembangunan dan pembinaan rumah mampu milik di Putrajaya khusus untuk kakitangan kerajaan dan penjawat awam

Unit yang bakal dibina agak banyak. Butirannya adalah seperti di bawah ini :

Berita Cuepacs : Rumah Mampu Milik di Putrajaya untuk Kakitangan Awam

  • Sejumlah 20,000 unti rumah mampu milik di Putrajaya aka rumah PPA1M
  • Berkeluasan minimum 800 kaki persegi dan ke atas
  • Harga bermula serendah RM80,000 seunit rumah
  • Anda akan dibenarkan sewa terlebih dahulu
  • Apabila cukup tempoh sewa yang telah ditetapkan, anda boleh gunakan duit sewaan yang terkumpul ini nanti sebagai deposit beli rumah mampu milik di Putrajaya apabila sudah siap pembinaannya kelak

Apa pandangan anda dengan cadangan ini. Ada sesiap yang berminat untuk daftar?