Rumah Mampu Milik : 40 Peratus Orang Melayu Pendapatan Isi Rumah RM1,700 Sebulan Tak Mampu Beli Rumah RM200,000 ke Atas!

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Rumah Mampu Milik : 40 Peratus Orang Melayu Pendapatan Isi Rumah RM1,700 Sebulan Tak Mampu Beli Rumah RM200,000 ke Atas!

Macam-macam dasar yang diperkenalkan khasnya untuk orang Melayu.

Rumah Mampu Milik

Dalam pada masa yang sama satu demi satu tanah rizab Melayu yang British tinggalkan untuk orang melayu dahulu semakin hilang dan terlepas kepada orang lain

Dahulu dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) kemudiannya diteruskan dengan Model Ekonomi Baru yang mana fokus untuk membantu orang Melayu supaya benar-benar merasa bergelar majoriti tinggal di tanahair sendiri bukannya sekadar menumpang di sebuah negara yang terknal dengan kekayaan hasil mahsul yang dilimpahkan oleh Tuhan kepada kita.

Tetapi……

Tetapi orang Melayu masih lagi dilihat seperti menumpang di tanahair sendiri kerana masih tercari-cari rumah mampu milik sendiri yang sesuai dengan kehidupan mereka sekarang ini. Apa silapnya?

Silap mentaliti orang Melayu sendiri yang masih mengamalkan kehidupan “biar papa asal bergaya” ataupun dasar yang cantik dirangka kerajaan tidak benar-benar sampai membantu rakyat Malaysia umumnya dan orang Melayu amnya di bawah selama ini?

Terbaru, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) berasa risau melihat realiti kalangan Bumiputera sekarang menghadapi cabaran yang cukup sukar dan masih tidak berjaya untuk memiliki rumah mampu milik dengan harga di bawah RM200,000 seunit.

Keadaan bertambah parah apabila Bank Negara Malaysia (BNM) terus memberikan arahan untuk bank-bank mengetatkan pinjaman bank Malaysia.

Statistik Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) : Rumah Mampu Milik Orang Melayu

  • 40% Bumiputera di Malaysia hanya mempunyai pendapatan isi rumah purata RM1700 sebulan
  • 40% orang Melayu tidak mampu membeli lambakan rumah oleh kalangan pemaju berharga RM200,000 dan ke atas
  • Pendapatan isi rumah setahun perlu digandakan kepada 4-8 kali bagi melepasi syarat pembiayaan perumahan yang ditetapkan oleh pihak bank
  • Pemaju perumahan di negara ini yang menawarkan harga rumah antara 12 dan 20 kali lebih tinggi daripada pembiayaan yang mampu dibuat oleh orang ramai.

Mungkin orang Melayu terpaksa berkampung di sekitar Bukit Beruntung ataupun Bukit Sentosa asalkan rumah mampu milik menjadi realiti. Apa kata anda?



Share.

35 Comments

  1. Rumah+kereta= hutang isi rumah terbesar isi rumah. mungkin kerajaan tak boleh tolong kawal harga rumah, tapi kerajaan mungkin boleh tolong kawal harga kereta kan?

  2. rakyat JDT on

    Rumah paling mahal adalah di johor. Harga rumah tak setanding dgn kemudahan yg ada. Semuanya kerana singapura dan pembeli warga asing..
    Bayangkan warga singapura mempunyai 100 biji rumah teres yg berharga 250k shj dan disewakan setinggi rm2000 atau dijual setinggi 500k. Perumahan baru pula kebanyakannya dijual dgn harga 500k keatas.

    Bukankah baik sekiranya melayu tidak makan rasuah dan beramanah ketika bertugas…

  3. Hehehe…. nak salahkan siapa?….selalunya kata-kata seperti “bersyukurlah asalkan negara kita aman” “masih boleh cari makan dengan senang” Apa nak buat nasi sudah menjadi bubur. Kalau di Sabah lagi teruk PATI sudah menjadi warganegara, ada yang sudah menjadi menteri, ada yang sudah jadi kaya-raya, ada yang sudah menjadi ketua di Jabatan Kerajaan dan sebagainya. Bayangkanlah bagaimana nasib rakyat jati yang telah ketinggalan dan diketepikan. Jangankan rumah nak beli makan seharian pun susah nak dapat. Ramai rakyat yang sebenarnya tahu tapi takut untuk bersuara. Sepuluh tahun akan datang bagaimanakah nasib rakyat asli Malaysia?

  4. Johor dan kl logik gak harga rumah mahal..aku org selangor keja di sabah..korng akan terkejut tngok rega rumah di kota kinabalu ni…x masuk akal..nak ckp tahap bandaraya akurasa teluk intan lagi maju..rumah apartment 3 bilik saiz mcm rumah flat bandaraya kl je rega 200k…amik kau.!!!
    Berbanding dgn sarawak lebih mahal 2 kaliganda..
    sendiri fikir mcmane org tptn kt sini yg gaji lebih rendah nak merasa beli rumah..xhairanla kt sini klau xde tanah org pacak rumah plywood je kt mane2..sbb kos binaan pon 3 kali ganda lebih tinggi dr negeri lain..mcm x terkawal..nk salahkan sape ?

  5. Anok Klate on

    Aku bangga jadi rakyat Klate, harga rumah masih murah dibawah RM200K, rumah banglo bersepah dimiliki oleh orang melayu, perniagaan dimonopoli oleh orang melayu. Walaupun kerajaan yang memerintah miskin tapi rakyat Klate hidup mewah dan kaya raya…

  6. memang laaa… kena gak tgk rate tanah setiap kawasan… kalau kawasan hulu mmg murah… ni cita kawasan bandar

  7. lagipun org kelantan, penjualan tanah dikawal.. interest untuk beli rumah pun murah…..

  8. malaysia negara amam dan damai serta bebas rasuah….harga minyak naik kita tkr ngv, harga rumah naik kita sewa je atau tumpang mak ayah, harga gula naik buat apa risau kan boleh berjimat, patutnya naikan sekali harga garam dan makanan yg memudaratkan mcm afrika semua mahal boleh tambahkan kesihatan….naik air kita pakai air hujan …kitar semula….semua bolehkan negara ku aman dan damai……

  9. Setuju sgt2..xkesah la kawasan bandar ke tidak…tgk kawasan sabh n sarawak pun bkn bndar..tp mahal gak…yang kaya bertambah kaya.yg miskin makin miskin..dulu gaji rm 150 mmpu beli banglo stengah ekar…sekarang xpyh ckp la..kerajaan mmg galakan rakyat berhutang sampai masuk liang lahat..elaun mereka xnak lak di kurangkan..mknta kurangkan melenting macam monyet.malaysia boleh bah…damn

  10. Bukan tak mampu, tapi apa ke jadahnya membeli rumah burung merpati berharga RM 200,000 ke atas. Lepas tu sibuk bayar maintenance tiap bulan, dah le parking kereta asyik kena ambik dengan tenant lain. Gaji aku 2 ribu lebih, aku beli tanah, lepas tu buat rumah atasnya, kos tanah + rumah teres tu baru RM 50,000. 4 kali ganda murah daripada rumah burung merpati tu.
    Kereta boleh “park” kat dalam, tepi ada laman boleh tanam pokok. Berbaloi Beb!

  11. SENAH MULUT LONGKANG on

    tak pe,, brim kan ada.. da naik rm650. kumpul duit brim tu tiap2 tahun nanti da tua nak mampos leh la bayar deposit rumah. kerajaan BN prihatin ngan nasib orang melayu jangan risau selagi BN merintah Malaysia. orang melayu akan terus merempat. tapi kita perlu bangga dengan kerajaan BN terutama UMNO yang terus menjaga kepentingan orang melayu sehingga jadi bilionair cth syed mokhtar satu2 nya orang melayu terkaya di malaysia. kita sepatutnya bangga walau kita hidup merempat… harap pengundi2 sekalian undi BN lagi dimasa akan datang… TAHNIAH. negara masih aman.

  12. SENAH MULUT LONGKANG on

    tak pe,, brim kan ada.. da naik rm650. kumpul duit brim tu tiap2 tahun nanti da tua nak mampos leh la bayar deposit rumah. kerajaan BN prihatin ngan nasib orang melayu jangan risau selagi BN merintah Malaysia. orang melayu akan terus merempat. tapi kita perlu bangga dengan kerajaan BN terutama UMNO yang terus menjaga kepentingan orang melayu sehingga jadi bilionair cth syed mokhtar satu2 nya orang melayu terkaya di malaysia. kita sepatutnya bangga walau kita hidup merempat… harap pengundi2 sekalian undi BN lagi dimasa akan datang… TAHNIAH. negara masih aman… undi lagi

  13. pendekar sakti on

    sabah sarawak bukan bandar?statement lvl upsr la ko ni… haha.nmpk sgt pemikiran d bwh tempurung.

  14. ckp senang.. xkan nak sewa sampung mati.. apa nak tinggal utk anak2.. adakah anak2 kita boleh terus disitu setelah kita tiada.. atau mereka akan merempat dijalanan.. harga sewa rumah pun semakin lama semakin naik…

  15. ckp senang.. xkan nak sewa sampai mati.. apa nak tinggal utk anak2.. adakah anak2 kita boleh terus disitu setelah kita tiada.. atau mereka akan merempat dijalanan.. harga sewa rumah pun semakin lama semakin naik…

  16. kenapa nak risau kat mana orang melayu tinggal?…bawa jambatan boleh, bawah fly over pon banyak tempat kosong…

  17. rakyat_prihatin on

    Ni semua angkara kerajaan dan bank negara yang bersekongkol yang menghalalakan sistem riba.rakyat terpaksa menerima tempiasnya kerana sangat memerlukan rumah yang mana kerajaan dan bank-bank tempatan dihalalkan mengambil riba daripada pinjaman dan terciptalah istilah macam2 ketika akad jual beli

  18. tu lah undi lg umno/bn kan da kena bodohkan….
    menterinya kaya raya rakyat nya dpt hapew…
    habukpown disapu nya umno/bn

  19. orang selangor on

    stuju…aku rase nak pindah kelantan tp opis kat sini lak.. rumah abang aku 200++k dapat semi-D besar 5 bilik…sini aku masih lagi menyewa…tq laa sebab berjaya kawal harga rumah n trima kasih byk sbb harga kereta murah….stuju sgt korang ckp bn pentingkan bumi..

  20. Inilah akibatnya bila Malaysia ni dipimpin parti rasuah seperti parti umno laknatullah. Diorang hanya pikir tembolok keturunan diorang ajer, diorang akan rembat harta negara dan salur ke akaun israel/australia/singapore, dll. Sebab tu aliran keluar wang haram mencecah 900billion. Malaysia no2 lepas China. Pengerusi PAC bagaitau kalo nak lawan jawatan dalam Umno, kalo berangan nak jadi naib presiden kena ada rm16juta untuk rasuah perwakilan seluruh negara, baru merasa jadi naib presiden umno. Kak Jat yang terang2 salah guna kuasa samun rm250juta dipilih lagi dengan selambanya sebagai ketua wanita. Apa ada hal setakat sogok 16juta kan. So senang cerita camnila.. kalo selagi umnolaknatullah ni dipilih sampai bila pon melayu jahanam.

  21. tapi nak dapat tanah tanah kosong susah. pinjaman nk buat rumah pun susah. yg senang ialah beli rumah dgn pemaju. sign jer seme setel. tp tanggung la azab bayar bulan2. mmg rakyat kita dididik berhutang dengan bank. bank pulak cuba fikir sapa punya?

  22. sekiranya dahulu orang Melayu tidak
    pernah menjadi majoriti penduduk mana-mana bandar
    besar khususnya di pantai barat Semenanjung Malaysia,
    pada hari ini, ada bandar raya di pantai barat seperti Shah
    Alam yang berpenduduk seramai 671,282 orang pada
    2010 dianggap sebagai ‘bandar raya Melayu’ kerana lebih
    70 peratus penduduknya terdiri daripada orang Melayu.
    Boleh dikatakan bahawa pada hari ini, masyarakat
    Melayu sudah menjadi masyarakat bandar. Selain bandar
    raya Shah Alam, banyak lagi bandar di Lembah Kelang
    yakni sekitar Kuala Lumpur seperti Petaling Jaya, Subang
    Jaya, Ampang Jaya, Kajang, Bandar Baru Bangi dan
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baru, iaitu
    Putrajaya didiami kebanyakannya oleh orang Melayu.

  23. ko mmg bodoh. patut umah sewa diharamkan je sbb dia sistem kapitalis. yg kaya tuan tumah, yg rugi penyewa.

  24. Bongok ke apa ko ni ckp kelantan miskin kedana itu la negeri paling suci tiada bnyk pencerobohan…celik skit mato ko tu

  25. Anonymous on

    Bro…
    Pemaju2 yang naikkan harga rumah berkali2 ganda tu orang2 UMNO ke….takkan harga rumah tinggi pun dalahkan UMNO….

  26. Anonymous on

    Rasa2 kalau DAP perintah mungkin kita tak susah macam ni..kan?

Leave A Reply