Beli Harga Rumah Lembah Klang. Berminat? Pastikan Pendapatan Isi Rumah Anda RM14,580 Sebulan!


Beli Harga Rumah Lembah Klang. Berminat? Pastikan Pendapatan Isi Rumah Anda RM14,580 Sebulan!

Terbaru,  Sime Darby Property Bhd dengan kerjasama Fakulti Alam Bina Universiti Malaya telah memberikan gambaran kepada kalangan anda yang bercita-cita memiliki rumah sendiri di sekitar bandaraya Kuala Lumpur dan Selangor.

rumah lembah klang

Di mana hasil daripada kajian yang diperolehi mereka,  Sime Darby Property Bhd & Fakulti Alam Bina Universiti Malaya merasakan anda perlu mempunyai purata pendapatan isi rumah sebanyak RM14,580 sebulan untuk memiliki rumah Lembah Klang mengambil kira faktor :

  • mengambil kira trend perbelanjaan isi rumah semasa
  • harga rumah
  • kadar gadai janji.

Beli Harga Rumah Lembah Klang : Pendapatan VS Lokasi Yang Sesuai

  1. Beli Rumah di Mont Kiara – Duta Hartamas : Pendapatan Isi Rumah RM9,360
  2. Beli Rumah di Nilai – Duta Hartamas : Pendapatan Isi Rumah RM9,430
  3. Beli Rumah di Bukit Subang : Pendapatan Isi Rumah RM9,670
  4. Beli Rumah di North Klang : Pendapatan Isi Rumah RM11,300
  5. Beli Rumah di Putra Height : Pendapatan Isi Rumah RM12,190
  6. Beli Rumah di Kajang : Pendapatan Isi Rumah RM12,300
  7. Beli Rumah di USJ : Pendapatan Isi Rumah Rm13,320
  8. Klang Valley (Lembah Klang) : Pendapatan Isi Rumah RM14,580
  9. Denai Alam : Pendapatan Isi Rumah 15,160
  10. Ara Damansara : Pendapatan Isi Rumah RM15,660
  11. Beli di Subang Jaya : Pendapatan Isi Rumah 15,660
  12. Beli Harga di Bukit Jelutong : Pendapatan Isi Rumah RM17,130
  13. Beli di Mont Kiara – Duta Hartamas : Pendapatan Isi Rumah RM20,160

Bagaimana pula pendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah, di mana pilihan untuk mereka. Belum lagi melibatkan kalangan yang pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah, ada peluang untuk mereka memiliki rumah sendiri?

Berdasarkan kajian, terdapat kumpulan tertentu pembeli yang berminat untuk memiliki rumah di kawasan strategik

  • Sehingga sanggaup membayar harga 56 kali ganda daripada pendapatan isi rumah mereka. Contohnya : Pendapatan Isi Rumah RM10,000 sebulan : Harga Rumah RM560,000
  • Kumpulan ini juga mampu untuk membayar sehingga 26 peratus daripada pendapatan bulanan isi rumah untuk bayaran gadai janji.

Ini realiti yang berlaku sekarang. Bagaimana pula pada tahun 2020 kelak? Berdasarkan kajian, dijangka anda pelru memiliki pendapatan bulanan RM12,000 sebulan untuk memiliki sebuah rumah teres. Sudah bersedia?

Berita Semasa juga dimaklumkan yang mana rakyat Malaysia terutamanya pelanggan pinjaman bank perlu bersiap-sedia daripada sekarang yang mana dijangka bermula bulan hadapan, kadar faedah pinjaman dijangka akan naik.

Yang mana pinjaman bayar cantik, bakal dapat kadar istimewa manakala pinjaman yang tidak dibayar secara disiplin, akan mendapat kadar yang membebankan.

Apa pendapat anda dengan keadaan harga rumah Vs pendapatan isi rumah anda di kawasan yang tersenarai seperti di atas tadi? Munasabah?