Gambar Rumah Mewah dan Istana Kerabat Tan Sri Taib Mahmud di Sarawak : 27 Gambar EKSLUSIF!
Inilah gambar kerabat keluarga besar Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud bersama isteri pertamanya dahulu sebelum digantikan dengan Ragad Waleed Al-Kurdi.
Jikalau sebelum ini, kita telah melihat gambar rumah deretan rumah mewah milik pemimpin-pemimpin dan VVIP daripada sebelah Semenanjung Malaysia berbanding rumah mampu milik sarawak.
Kali ini kita saksikan rumah-rumah besar milik kerabat Taib Mahmud & rakan-rakan terdekat Taib Mahmud yang merupakan salah satu isu-isu yang tidak terjawab di Sarawak.
Orang yang kaya-raya tidak dilarang meminta untuk dipilih sebagai calon menteri. Tetapi yang menjadi persoalan sekarang ini, tidak seorang pun yang harus dibenarkan menyalahgunakan kuasa politiknya untuk menjadi kaya. Ianya suatu bentuk rasuah boleh memusnahkan sesebuah negara
Jadi Berita Semasa, adakah dini rumah kerabat Taib Mahmud yang dimaksudkan itu? Oooh…bukan. Ini bukan, kerana ini hanya rumah rakyat Sarawak. Kalau nak lihat koleksi rumah mewah kerabat Taib Mahmud, sebentar sahaja lagi…
Memandangkan limpahan kekayaan yang Tuhan telah kurniakan di Sarawak seperti kemewahan emas hitam (petroleum), gas asli, balak dan tanah yang subur bagi penanaman kelapa sawit, mungkin inilah yang dikatakan penanda aras kemajuan & kesemarataan limpahan kekayaan di Sarawak. Dan…..sesuailah juga dengan kekayaan negeri Sarawak kini melihat keadaan dan rupabentuk rumah mewah & istana kalangan pemimpin dan kerabat Ketua Menteri Sarawak.
Antaranya rumah-rumah pemimpin di Sarawak yang berjaya dirakam ialah :
Koleksi Gambar Rumah Mewah dan Istana Kerabat Tan Sri Taib Mahmud
- Gambar Rumah James Jemut Masing
- Gambar Rumah Kerabat Taib Mahmud
- Gambar Kawasan Rumah George Chan + Padang Golf
- Gambar Rumah Arip Bin Mahmud
- Gambar Rumah Chris Chung
- Gambar Rumah Mohd Tufail Bin Mahmud
- Gambar Rumah Datuk Haji Hamden
- Gambar Rumah Aisah Zainab Mahmud
- Gambar Rumah Ibrahim Mahmud
- Gambar Rumah Raziah Taib Mahmud
- Gambar Rumah Jamilah Mahmud
- Gambar Rumah Hanifah Hajar Taib Mahmud
- Gambar Rumah Alfred Jabu Anak Numpang
- Gambar Rumah Awang Tengah Ali Hassan
- Gambar Rumah Naroodeen Majais
- Rumah Amar Hajar Fredahanum Mahmud (Fredahanum) + Aziz Hussein
- Gambar Rumah Ali Mahmud
- Gambar Rumah Datuk Abdul Rahman
- Gambar Istana Taib Mahmud Di Sarawak
Kadang-kadang kami terfikir sendirian, SPRM sedar atau tidak tidak pelbagai laporan yang keluar mengenai Ketua Menteri Sarawak ini, Tan Sri Taib Mahmud dan kerabat keluarganya yang sering diusahakan kalangan rakyat Sarawak sendiri dan juga melalui laporan berita Sarawak Report selama ini?
Adakah dalam satu kolam yang besar seluas negari yang dinamakan Sarawak ini, yang terdapat ikan kecil dan juga ikan jerung yang sudah “dijangkiti kuman dan penyakit”, malangnya hanya kebanyakan ikan kecil sahaja yang mendapat perhatian & ditangkap untuk siasatan SPRM, bagaimana pula jerung-jerung yang berskala besar ini?
Bukan kami minta untuk mengatakan kalangan mereka-mereka ini bersalah atau tidak, kerana yang menentukannya hanya mahkamah, tetapi siasatlah. Tetapi kalau siasatan pun seperti hidup segan mati tidak mahu, bagaimana? Terlalu jelas menampakkan perbezaan siasatan di antara ikan jerung dan ikan bilis. Ini yang rakyat perhatikan sebenarnya. Untuk pemimpin lain di Semenanjung Malaysia kami masih boleh “tahan” lagi, tetapi untuk apa yang berlaku di Sarawak sekarang. Kami sama sekali tidak boleh terima. Minta sekali lagi perhatian daripada pihak SPRM.
Apa kata anda terutamanya rakyat Sarawak di sini?