Cukai Jualan Hartanah (RPGT Malaysia) Naik Menjadi 30 Peratus Pada Bajet

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Cukai Jualan Hartanah (RPGT Malaysia) Naik Menjadi 30 Peratus Pada Bajet

Spekulasi harga rumah semakin menjadi-jadi sekarang ini sehingga akhirnya menyukarkan dan ada juga yang sehingga telah menyekat golongan yang berpendapatan rendah dan juga serdahana untuk memiliki rumah kediaman mereka sendiri.

rpgt malaysia

Berita Semasa dimaklumkan yang mana kerajaan menaikkan cukai jualan hartanah RPGT Malaysia kepada 30 peratus sebagai langkah terakhir untuk tujuan mengekang aktiviti spekulasi harga rumah dan isu kenaikan yang semakin membimbangkan.

Pengumuman dibuat melalui pembentangan Bajet Malaysia

Sebenarnya yang ramai rakyat Malaysia mengadu lebih kepada situasi yang melibatkan penjualan unit rumah baru kepada pembeli yang pertama. Mekanisme menaikkan Cukai Jualan hartanah (RPGT Malaysia) hanya lebih kepada aktiviti “subsale”.

Projek perumhan baru tetapi harga yang ditawarkan melambung berlipat kali ganda. Apa yang boleh Berita Semasa jangkakan, apabila cukai RPGT Malaysia dinaikan semata tanpa disusuli dengan mekanisme & langkah pencegahan yang lain, dikhuatiri pemilik hartanah akan menaikkan harga semata-mata mahu menampung kos cukai yang tinggi terutamanya di lokasi yang strategik & menguntungkan.

Kadar Cukai RPGT Malaysia VS Kawalan Harga Rumah

Pemaju tetap beli tanah disebabkan boleh jual rumah yang mahal. Masalah hartanah di Malaysia. Kebanyakan projek perumahan disediakan oleh pihak swasta. Permintaan tinggi, tetapi unit rumah mampu milik yang disediakan agak rendah.

Nah…itu sebablah pemaju boleh meletakkan sesuka hati harga rumah yang ditawarkan sekarang.

  • Rakyat Malaysia berharap harga rumah (harga pemaju kepada pembeli rumah pertama) ditawarkan pada harga mampu milik. RM400,000 ke waha bukan mampu milik
  • Mekanisme yang diberikan kerajaan kelak, hanya tertumpu kepada perolehan pendapatan kerajaan melalui cukai melibatkan penjualan jualan hartanah. Ist pemilik kepada 2nd pemilik dan seterusnya.
  • Tiada mekanisme untuk Syarikat-syarikat perumahan yang cukup bermaharajalela sekarang ini?

Ini antara langkah yang boleh Berita Semasa kongsikan yang dirasakan mampu mengekang sedikit sebanyak spekulasi harga yang terus melonjak di Malaysia.

  1. Sepatutnya warga asing tidak dibenarkan sama sekali membeli hartanah freehold. Dan jikalau warga asing asing mahu beli juga, hanya dibenarkan untuk tempoh yang singkat sahaja.
  2. Nilai hartanah yang warga asing dibenarkan beli hanya pada harga jutaan ringgit sahaja. Dan cukai RPGT Malaysia untuk warga asing juga mestilah berkali ganda berbanding rakyat tempatan
  3. Hanya benarkan expatariat beli atau sewa kondominimum sahaja. Jikalau rumah, memang expatariat tidak dibenarkan beli sama sekali. Tidak boleh.
  4. Kerajaan wujudkan “bank tanah” yang menawarkan kepada pemaju pada harga yang berpatutan dengan syarat pemaju mesti menyedia banyak kediaman dan rumah mampu milik
  5. Anda ada lagi mahu tambah senaraiannya?

Kerajaan sepatutnya leboh fokus untuk menumpukan ke arah mengawal aktiviti pemaju yang kebanyakan menindas kalangan pembeli.

Jikalau dahulu ya, Berita Semasa akui kebanyakan pemaju perumahan mungkin mengambil hanya 30% keuntungan dari harga jualan rumah. Tetapi tidak untuk sekarang. Sekarang pemaju lebih senang untuk mengambil 60% (walaubagaimanapun ini pun sudah menjadi kebiasaan pemaju hari ini). Kebiasaannya 100%, malah ada yang sampai 150% margin keuntungan untuk harga rumah.

Rumah-rumah yang kosnya sekitar RM 100,000, sudah meningkat menjadi RM 250,000 atas “kerakusan” pemaju perumahan dan juga spekulator yang seolah-olah, berpakat dalam hal ini.

Oleh itu, kerajaan perlu tumpu untuk mencari penyelesaian daripada peringkat akar umbi lagi daripada sekarang. Apa kata anda pula?

Kadar Cukai RPGT Malaysia yang terkini dikongsikan kepada anda seperti pada jadual di bawah ini..

Tahun Kadar Tahun 1 Kadar Tahun 2 Kadar Tahun 3 Kadar Tahun 4 Kadar Tahun 5
1995-2007 30 Peratus 30 Peratus 20 Peratus 15 Peratus 5 Peratus
2008-2009 - - - - -
2010 5 Peratus 5 Peratus 5 Peratus 5 Peratus 5 Peratus
2011 10 Peratus 10 Peratus 5 Peratus 5 Peratus 5 Peratus
2012 10 Peratus 10 Peratus 5 Peratus 5 Peratus 5 Peratus
2013 15 Peratus 15 Peratus 10 Peratus 10 Peratus 10 Peratus
2014 30 Peratus 30 Peratus 30 Peratus 20 Peratus 15 Peratus

P/S : Anda akan mendapat kelebihan dan keistimewaan sekali seumur hidup untuk jual rumah anda tanpa dikenakan cukai RPGT Malaysia. Gunakan dengan sebaiknya pada hartanah yang betul.



Share.

60 Comments

  1. Nick Aziz on

    Sepatutnya dah lama benda ni dikuat kuasa, bagi 70% cukai jualan hartanah pun takpe..

  2. pendapat aku bukan kau punya on

    rasanya sekarang negara kita sedang menuju kepada wawasan 2020 iaitu raykat miskin 99.9% adalah miskin & miskin tegar dan golongan 1% ini adalah golongan kaya raya….. di malaysia kini yg ada hanyalah angan- angan….. sentiasa kena berangan.

  3. zahar_UPM on

    cerita pasal harga rumah!!!
    bile pikir lame2 bole jadi gile..
    aku bukan nak rumah besar..canggih manggih..urban style …
    aku cume nak rumah teres kos rendah…kecik pun xpe..kalu ade duit kemudian hari..tahulah aku nak renovate… yang penting tapak rumah tu..

    sekarang kalau tgk perumahan yg baru nak buat…semua rumah bukan main canggih lagi..harga tayah cakap la…macam kat malaysia ni orang kaya je yg hidup..

    orang kaya beli rumah selagi ada duit…takde limit …non stop..
    ari ni beli minggu depan jual…atas angin untung 50k-60k.. kite nak simpan 10k 5 tahun belum tentu dapat… nak merasa duit 50k…pinjam la pinjaman peribadi 25tahun bayar..

    dulu orang kaya x berniaga sangat rumah ni…sekarg meniaga rumah dah mcm meniaga ikan/sayur/daging… ade berape level sebelum pembeli beli..pemaju—> sub pemaju—-> syarikat hartanah—>ejen hartanah—>sub ejen—>pembeli.. member aku ejen hartanah.. jual 5 bijik rumah…komisen die bole beli rumah sebijik cash…aku loan pun x lepas..kalu lepas pun rumah flat besar reban..

    selalu syarikat hartanah borong beli dari pemaju secara pukal…
    pastu jual balik harga 3 kali ganda..

    ni ade cadangan skit..
    untuk bacaan je…pasal aku tow xde menteri baca berita semasa ni..
    hahaha,,,
    1.hadkan pembelian rumah.1 nama kepada 2 bijik rumah maksimum.(tu pun kalu orang kaya bole beli rumah untuk bini… kalu bini ramai? untuk anak2 die lagi…kalu anak ramai? bole bayangkan kalu tiada limit?)

    2.lepas dah beli rumah…mesti ade undang2 tak bole jual sekurang2nya 10 tahun..untuk mengelakan orang kaya buat untung atas angin…ari ni beli minggu depan jual..untung 30k.. padahal rumah duduk pun belum lagi…air pun x masuk lagi..perasan x rumah sekarng dah banyak nama sampai 4th hand..dah macam kereta lak..

    3.tidak boleh same sekali rumah dibeli oleh syarikat.. mesti name individu..untuk mengelakan pembelian pukal oleh syarikat hartanah.

    4.ade yang nak tambah?

    aku caya..kalau 3 bende tu kerajaan buat…kompom harga rumah terkawal…tayah la sibuk kawal harga batu la…harga simen la..harga besi la..kalu harga simen satu beg rm2 pun…kalu owner rumah nak jual rumah mahal tetap mahal..

    sekian tengkiu..

  4. tak pernah beli rumah….minta pencerahan

    cukai jualan siapa yang akan bayar…penjual ke pembeli? Kalau pembeli…pembeli laa makin sakit kepala nak tanggung pembayaran.

    patutnya harga rumah yang dibendung jangan bagi melampau2….

  5. Sape pun yg bayar, 30% masok kantung kerajaan. Tak lain tak bukan untuk kurangkan deficit hutang negara yg dh cecah 55% KDNK. Budget 2014 xleh nk expect gula2 macam BR1M BROM BRUM sgt la… negara dh xde duit pasal banyak hutang.

  6. Cukai jualan ditanggung oleh pembeli umpama kita membeli KFC cukai kerajaan masuk sekali dalam bil.Harga rumah cukup membimbangkan pada masa kini.tidak ramai rakyat malaysia mampu memiliki rumah yang dibeli.Rakyat malaysia mampu memiliki rumah sendiri di kampung (buat di tanah sendiri) dan buat rumah di tempat setingan.

  7. idup unmo on

    janji d tepati selepas PRU… tahniah BN…lepas ni naik la ape blh….biar rakyat hidup susah

  8. Maaf cakap benda-benda camni sesetengah orang kampung/pekan yang kuno mana nak faham. Asal dapat duit saguhati terus undi, x pikir masa depan.

  9. Inilah akibat penyokong umno yg bodoh di Felda & kampung2, org duduk bandar yg jadi mangsa semua barang naik dan hidup semakin terhimpit. Sebab itu kes jenayah semakin meningkat akibat kos hidup semakin gila. Menteri celaka apa tahu semua percuma termasuk bodyguard. Biar bangkrup negara baru padan muka umno nanti salahkan pembangkang pula sebab sabotaj ekonomi negara.

    Semua ini salah Anwar & PR, umno tetap sesuci salji……………

  10. antiscam2 on

    ha.tk yah risau.korang buat je pinjaman beli umah sesuai dgn pendapatan dan keluarga.kalo tk hbs byr nk wat cmne kn.byr je mn mampu.ni pndagan ak la.kalo slh mntk tunjukkan.mmg slh krajaan la tk reti manage.pandailah tanggung nnti.

  11. kerajaan bkn dgr kehendak rakyat berkaitan harga rumah naik melambung setiap tahun..yang diorang pikir memenuhkan kantong masing2.contoh harga ayam kalu naik srh beli benda lain.kalu harga rumah naik beli reban ayam ke???????????

  12. salam …

    bagi pendapat ambo la…xde effect yg ketara klu naik kan cukai sbnyak 30%-50% sekali pn….sbb kos secara xlangsung pembeli jgk yg jd mgsa….jalan terbaik bagi ambo utk mgelak harga rumah melambung adalah membuat satu tempoh masa kepada pemilik rumah untuk jual balik kepada pihak kedua…secara xlangsung mengurangkan permintaan dalam pasaran……..klu boleh syrat2 untuk mendapatkan rumah onemalaysia di implement lg bgus…

  13. 1. Kita perlu lihat negara yang utamakan keperluan perumahan negara seperti Singapura dan China. Ini disebabkan masa sekolah rendah lagi kita dah belajar keperluan asas manusia (dalam mata pelajaran alam dan manusia) ada ;-
    i. Makan minum
    ii. Pakaian
    iii. Tempat tinggal.

    2. Tapi lepas 56 tahun merdeka, makin ramai pula gelandangan dan semakin ramai yang tidak boleh memiliki rumah. kalau yang memeliki rumah golongan menengah pun, gaji suami sebulan habis untuk bayaran rumah dan kereta. jadi kebergantungan kelangsungan hidup pada gaji isteri.

    3. Negara Singapura perkenalkan rumah HDB, yang mana contohnya rumah ini dikhusukan untuk pembeli pertam (baru berkeluarga). Harganya kita letak la RM50k. Selepas 5 tahun, keluarga ni dah jadi besar sikit. Jadi untuk upgrade ke rumah lebih besar, rumah ini akan dibeli semula oleh kerajaan pada harga RM50k juga. Seterusnya kerajaan akan jual semula rumah ini kepada pasangan yang baru berkeluarga dengan harga RM50k juga. Dengan cara ini, semua orang dapat miliki rumah dan juga dalam masa yang sama membendung terus kegiatan spekulasi.

    4. Negara China pula mengetatkan syarat pinjaman yang mana bagi rumah pertama margin pinjaman antara 90%-100%, rumah kedua 70%, manakala rumah ketiga dan seterusnya 50%. Ini adalah cara yang tepat kerana jika diamati, bila kita mula membeli rumah pertama dan ingi naiktraf kepada rumah lebih besar, kita sudah ada modal 30% itu dengan cara menjual rumah yang pertama, dan seterusnya.

    5. cara-cara ini terbukti berkesan selain mengelakkan spekulasi, ia juga bendung kenaikan hutang isi rumah negara, selain beri peluang kepada genuine buyer untuk tinggal di rumah tersebut membina keluarga, bukannya beli esok jual seperti sekarang.

    6. Pihak pemaju juga terlibat dalam spekulasi ini, di mana jika ada 200 unti rumah yang dibina, 50 unit mungkin disimpan oleh mereka sendiri dengan niat ingin menjualnya semula selepas siap dengan ahrga yang mencanak tinggi.

    7. Pihak bank juga tak terkecuali sebenarnya. merka lebih suka harga rumah semakin naik dan naik lagi kerana dengan cara itu faedah ke atas pinjaman rumah akan jadi lebih tinggi.

    8. Solution nya sangat mudah, dan dah dipraktikkan di negara lain yang lebih maju. Cuma political will sahaja yang tiada. Tambahan pula teringat kata-kata Tok Guru Nik Aziz, “UMNO bina masjid sebab nak jadi kontraktor” Renungkan secara rasional.

  14. Tak lama lagi golongan bumiputera yg miskin akan dihimpit oleh golongan kaya dan tidak mustahil suatu hari nanti mereka jadi gelandangan di sbbkan pembangunan yg kian rancak di kwsan (Kpg-Kpg) dimana tidak akan memihak pd golongan miskin khasnya bumiputera.

  15. kalendar 2013 on

    kalau rumah 400k … bulanan mesti dalam 2000 jugak.. kalau laki bini keja.. share la sorang 1000.. boleh je survive.. nak seribu daya.. nak suruh sistem ikut dia. tak dapek la nak nolong.

  16. sekarang rakyat malaysia kuat diuji dan diazab oleh BN ( pemerintah) dari aspek kewangan…

    rasanya makin susah nak bermualat…kuasa beli makin menurun..hidup makin mencabar..baik orang gomen mahupun swasta..

    saban minggu…kita dikejutkan dgn peraturan/pindaan kewangan baru yg amat tidak menguntungkan rakyat…………

    sekarang baru bulan august 2013………secara jujur aku x tahu apa lagi yg bakal rakyat malaysia tanggung beberapa bulan yg mendatang…..hutang makin beranak….namun kerajaan pemerintah masih dgn sindrom penafian yg dilihat satu tindakan bodoh dan tidak popular walha penyokong BN sendiri.

  17. 1 Soalan je untuk rakyat 1 Malaysia. Kenapa pangkah BN?

    Ini lah akibatnya….. pergilah menagih BR1M…..pahtu wat bayar muka beli rumah… kah kah kah. Dah la miskin, tak cerdik pulak tuh. Kesian.

  18. apa ko gil3? Nak bayar kete termasuk cukai 40%, nak bayar PTPTN sekali dengan interest, nak bayar bil lektrik yang naik sesuka hati, nak bayar astro yang asyik potong channel, bayar UNIFI mahal nak mampus kat vietnam 3USD je sebulan, Pengasuh 300 sorang anak, susu baby, belum kira berukband, belum masuk GST…. gaji isi rumah
    4000 tak cukup bro!!!!!

    *Astro potong
    Unifi xpakai
    tel prepaid
    PTPTN bayar 200 je
    nasib baik air free

    Tu ngam2 hujung bulan….

  19. Wahai cik abg, cakap jgn ikut sedap tekak ye…jumlah pendapatan saya dan suami baru RM4k…tu pun bernasib dapat suami kerja Ast. Exec…saya cume keje kerani…tapi sekarang ni nak beli rumah kat area berdekatan KL cuma PPRT je yang mampu…klu x, sewa la rumah sampai meninggal…tu kisah saya, camne lak nasib anak sedara cik Abang Kalendar 2013 yang laki bini cuma diberikan rezeki sbg operator pengeluaran je…klu guna kiraan kalkulator, memang sampai ke kubur pun jangan mimpi dapat beli rumah kat sini. X merempat bawah jejambat pun dah nasib baik…Maaf bahasa kasar sikit…sebab kerajaan langsung x ambik tau nasib kami…Bab2 rumah memang ketara BN uruskan macam Bangs%t!!….sekian

  20. anak sedara sepupu tiri kak senah on

    janji yang sudah di tepati kerana itu semuanya naik harga tambahan najib mendengar denyut nadi rakyat…..

  21. Salam Sayang,

    Akak sokong cukai RPGT dinaikkan kerana ia dapat meningkatkan ekonomi negara. Hasil cukai itu boleh digunakan untuk pembangunan negara termasuk pembangunan negeri2 pembangkang.

    Kalau kita gaji kecil belilah rumah flat, janganlah berangan beli rumah teres. Bak kata pepatah ukur wang di poket sendiri. Akak pelik perangai puak pembangkang ni suka sangat salahkan kerajaan UMNO/BN. UMNO/BN amat prihatin terhadap rakyat. Buktinya rakyat dapat BR1M. Puak pembangkang pun tidak terkecuali mendapat BR1M. Kerajaan kita tidak pilih bulu. Bukan macam PAS Kelantan yg amat berpuak2 sampaikan orang negeri lain tak boleh beli hartanah di negerinya. Cina DAP kat Penang pula buat rumah2 mahal2 untuk bangsa dia saja sampaikan orang Melayu terpaksa pindah ke tanah besar.

    Akak bangga UMNO/BN semakin bijak menguruskan ekonomi negara sehinggakan tiada rakyat Malaysia tidur bawah jambatan. Pembangkang pula suka menambahkan hutang negara melalui tol percuma.

  22. kalendar 2013 on

    lorr… kau rajin2 la search.. punyalah gigih aku cari rumah sampai kat banting, sijangkang tuhh. tinggal jauh sikit tak apa.. dah setahun aku ni pegi balik 160km .. keje kilang lagi.. aku pernah gaji sikit juga boleh je survive. swasta lagi. usahlah fikir negatif.

  23. kalendar 2013 on

    saya kerja dkt kilang.. operator2 pengeluaran tu kawan2 saya.. SAYA PILIH TINGGAL KAT KAMPUNG… sebab murahh ..

  24. Rumah mampu milik RM400k ??,
    gaji RM2500 mampu ke tak mampu ?

    masa hidup tinggal di tanah/rumah berharga RM 1 juta tp
    bila mati tinggal di tanah kubur percuma, sama ngan orang miskin, tak malu ke .. jatuh standard le ..
    gi beli tanah kubur kat Nirvana tu bru ada clas …

  25. saya pun keja kat kilang juga.ulangalik 200km sehari,betul kata encik keledar 13 duk kampong lagi jimat,tapi saya tak ada kpg pulak…

  26. saya ejen hartanah on

    saya kerja d ejen haratanah, dulu RPGT 15% ,10%,5%, 0.. nk taw lagi lanjut tya saya, tak masuk gst. sekarang naik 30% for 1st year.

    ramai orang asing boleh beli rumah d malaysia. jual harga mahal, RPGT juga sama dengan harga rakyat malaysia. rumah makin mahal, most of my client & Investor is chinise. melayu haya akn beli rumah bawah RM 250,000 kebawah..

    The point sy d sini rumah makin mahal, orang kaya makin kaya orag miskin makin miskin, orang melayu haya mampu duduk d flat dan town house shaja, inikah pembela melayu, sekadar pandanagn

  27. aku pun fikir mcm tu on

    1000%
    Aku pun fikir mcm tu..dulu pun penah bg komen mcm ni..tp tak adanyer menteri ambil tau atau baca…

  28. Aku sokong warga asing dibenarkan beli rumah kondominium atau leasehold sahaja. Buat automatik tukar status tanah rumah kondo supaya warga asing boleh beli kondo sahaja. Syarat ni boleh tambahkan pendapatan negara dan penduduk secara tidak langsung.
    Harga tanah yang boleh naik mendadak juga adalah harga rumah kondominium. Secara logik bagi yang tak mampu takkan nak duduk kondo. So yang kaya boleh terus invest dalam pembelian kondominium. Kerajaan jugak dapat menarik big shoot atau pakar negara luar untuk tinggal di malaysia.

  29. Aku sokong warga asing dibenarkan beli rumah kondominium atau leasehold sahaja. Buat automatik tukar status tanah rumah kondo supaya warga asing boleh beli kondo sahaja. Syarat ni boleh tambahkan pendapatan negara dan penduduk secara tidak langsung.
    Harga tanah yang boleh naik mendadak juga adalah harga rumah kondominium. Secara logik bagi yang tak mampu takkan nak duduk kondo. So yang kaya boleh terus invest dalam pembelian kondominium. Kerajaan jugak dapat menarik big shoot atau pakar negara luar untuk tinggal di malaysia.Aku sokong warga asing dibenarkan beli rumah kondominium atau leasehold sahaja. Buat automatik tukar status tanah rumah kondo supaya warga asing boleh beli kondo sahaja. Syarat ni boleh tambahkan pendapatan negara dan penduduk secara tidak langsung.
    Harga tanah yang boleh naik mendadak juga adalah harga rumah kondominium. Secara logik bagi yang tak mampu takkan nak duduk kondo. So yang kaya boleh terus invest dalam pembelian kondominium. Kerajaan jugak dapat menarik big shoot atau pakar negara luar untuk tinggal di malaysia.

  30. Ini kata cukai bukan politik, rakyat Malaysia tak matang selalu kaitkan politik, yg menang dah menang, yg kalah dah kalah, terima hakikat dan kerjasama majukan negara.

  31. korang tau ke RPGT?ini adalah cukai keuntungan harta tanah.bile ade dispose hartanah n ade untung akan kna cukai.bile cukai tinggi aktiviti pnyangak harta tanah yg up harga gile2 akan fkir 2 kali fhm x.so hrga akan dpt dikawal.cukai ni pn ade tempoh.klau bwh 5 taun mmg tinggi la cukai.ade org beli jual beli jual hartanah untung ats angin je.so bile cukai tinggi mmg x lah.haha..bgs2 aku setuju cukai dinaikkan..

  32. Saya sokong Zahar UPM. Sepatutnya negara yang sekecik Malaysia ini mewujudkan polisi quota pemilikan rumah bagi setiap rakyat. Memanglah pemaju akan mengalami kerugian tapi kerajaan kenalah memihak kepada rakyat dalam hal ini bagi mengelakkan spekulikasi oleh pemaju, agent dan rakyat yang kaya raya yang suka jual beli rumah. Jangan sampai rakyat satu hari nanti crack dan meletup bila tertekan dgn harga rumah, harga barang, harga kereta, harga perkhidmatan astro, tnb, air, insurance, medical yang meningkat tanpa kawalan disebabkan oleh monopoly, angguk je kpd permintaan diorg..

    Berhenti membenarkan dan menjual rumah kepada foreingner dari china dan Singapore dll. Saya lihat pemaju lebih suka membuat rumah RM500K ke atas. Kerajaan kena gesa pemaju membangukan rumah utk rakyat. Cthnya saya dpt tahu thailand tidak membenarkan warga asing membeli rumah bertanah..

    Satu lagi akar umbi masalah perumahan dan masalah masalah lain di dunia ini spt kekurangan sumber, deforestation, bilangan kereta semakin banyak, kekurangan makanan, kekurangan tempat university dll ialah bilangan penduduk yang semakin ramai. Soo kawalah bilangan anak satu keluarga ke 3 ke ape kalau tidak by 2030 maybe Malaysia nie dah takde pokok jadi mcm singapre semunya konkrit rumah jam sana sini dll langsung takde quality of life…*terkenang hidup di kampong dulu…

  33. Itulah akibat nya memilih BN sebagai kerajaan pemerintah, rasalah bahananya…

  34. Tinggi bulanan tu sebab kerajaan M’sia tak nak turunkan BLR (Base Lending Rate). Negara lain di dunia skrg ni dah banyak yg turunkan BLR. Kalau BLR turun jumlah bulanan yg dibayar ke bank akan turun juga kalau kita ambil pinjaman yg tak fixed. Mcm mana nak turun kalau adik sendiri kerja dgn bank c…. bhd. Gaji pun ambik 1 juta sebulan. Kalau turun bank rugi sebab income depa base pada interest rate.

  35. Senah WADEPAK on

    contoh-contoh ulasan/komentar dari pencacai najis lembu NFC..

  36. aizatnaser on

    Sila bukak mata dan berjalanlah Kak Senar ke tengah kota. Lihat di bawah jambatan/jejantas/jejambat dan yang seumpamanya. Lihatlah berapa ramai orang yang bergelandangan dibawahnya. Yang berkeluarga pun ada. Dulu mereka mampu menyewa, kini tidak lagi. Agak2 bagaimana jalan cerita mereka sampai jadi macam tu?

  37. orang yang gubal kanun tanah negara tu yang patut dipersalahkan sebab tak menyekat aktiviti spekulator.

    berangan la nak dapat rumah yang sekarang ni harga dia 300k kembali jadi 150k.

    satu cara untuk anda memiliki rumah adalah dengan membina rumah di tempat yang harga tanahnya masih lagi dalam lingkungan < 90sen sekaki. tanah sebegini biasanya tanah pertanian. tu tak jadi masalah boleh tukar status. berpakatlah beberapa orang, samada sesama keluarga, saudara mara mahupun kawan2 untuk membeli tanah pertanian tersebut sebab tanah pertanian biasanya luas makan saiz berekar, bukan setakat 3000-5000 kaki persegi sahaja. lepastu buat penempatan sendiri.

    cara sebegini boleh menyekat aktiviti spekulator dan juga mengurangkan monopoli syarikat pembangun hartanah kapitalis besar yang buat bangunan lepastu jual dengan ambil untung sampai 150-200%!

  38. Singapore mehlah beli rumah dan tanah kat malaysia, bank negara malaysia susahkan rakyat sendiri.

  39. Mohd Nazeli Nawi on

    Aku sokong zahar…beri peluang sikit kat golongan pendapatan rendah.

    Kak senah jgn nak cerita pasal politik dalam ni. Ini isu harga rumah atau hartanah. Benefit rakyat malaysia. Tak kira umno ke PR ke PAS ke . Yang penting kawalan harga perlu dibuat oleh mana2 kerajaan. Kami sebagai rakyat malaysia meminta kerajaan malaysia (tak kira parti2 mana) mengawal hak rakyat malaysia.

  40. Mohd Nazeli Nawi on

    Aku sokong zahar…beri peluang sikit kat golongan pendapatan rendah.

    Kak senah jgn nak cerita pasal politik dalam ni. Ini isu harga rumah atau hartanah. Benefit rakyat malaysia. Tak kira umno ke PR ke PAS ke . Yang penting kawalan harga perlu dibuat oleh mana2 kerajaan. Kami sebagai rakyat malaysia meminta kerajaan malaysia (tak kira parti2 mana) mengawal hak rakyat malaysia.

  41. RPGT yang menyebabkan harga rumah naik, penjual rumah naikkan harga agak untung yang mereka “target” tercapai, pembeli yang bayar sebenarnya. Harga rumah meningkat sejak 2009 selepas kerajaan kenakan RPGT. Hapuskan RPGT.

  42. Ni yg kerajaan cuba buat, naikkan cukai jualan hartanah, patutnya naikkan sampai 50%, baru la mrk yg nak duduk rumah baru je beli, bukannya org yg nak buat utg

  43. amende la lu merepek meraban, kalau duduk bandar tak cukup makan, balik kampung la, jaga org tua, pi tanam pisang buat kerepek, bole kaya bro

  44. Senah ni seperti hidupnya hanya pergi kerja dan balik kerja. Rujukannya hanya TV,utusan malaysia dan berita harian sahaja. Bukan hidup dalam dunia reality sebaliknya hidup dalam hayalan semata.

  45. Senah hidupnya hanya pergi kerja dan balik kerja. Rujukannya hanya TV, utusan malaysia dan berita harian. Hidup bukan dalam dunia reality sebaliknya hanya dalam hayalan semata.

  46. kesian.kita ada opsyen lain tp terpakse pilih yang 200 km setiap hari.rakyat jugak yg kene menanggung beban,duduk kampung.rakyat didahulukan betol la

  47. hidupku penangku on

    untng la krajaan bt 400k lau kt penng ni lg truk..krajaan dap kalut bt rmah sna sni smpai cntruction kt penng tk brenti2 tp smua rmah linkungn 1juta dan keatas.Lagi hbatkn?jd agk2 mne lg bgus krajaan persekutuan yg sedia ada skrng kew krajaan pmbnkng?aku rse penng dah mcm singapore cma tnggu mse mlyu pndah jew lau dh tk mmpu sngt nk hdp mrempt lg.

  48. Din Chong on

    Jika cukai RPGT lebih tinggi, spekulasi rumah subsale memang akan kurang, namun lebih pemilik rumah enggan jual rumah sedia ada, ini mungkin akan menyebabkan harga rumah terus naik sebab supply semakin kurang (pemilik enggan jual).

    Jika nak stabilkan harga rumah, basmikan rasuah yg menguntungkan pemaju rumah, dan sekat kemasukan pelabur rumah asing dengan langkah tegas.

    RPGT mungkin hanya cara kerajaan utk menambahkan pendapatan, masa akan buktikan segala-galanya.

  49. ada orang beki rumah lebih dari 1 sbb untuk invest.tengok lak kawasan.kawasan hot permintaan tinggi.harga pun mestilah tinggi.kmdn lak, yg dulu beli kt area situ ( hot – Bandar, dkt kemudahan banyak,dekat opis apa bagai), tempat org ramai..klu dulu dia beli rm120k,skrg setelah 5 6 7 tahun mestilah harga lbh tinggi.rumah yang baru di bin apun akan di juala ikut harga sekitar, harga rumah yg dah siap rumah lama yang ada masa tu

  50. Tanah lak terhad.so Tanah mahal..then rumah pun mahal.sama gak Tanah lot.dulu berapa je masa beli dulu.sekarang berapa? mesti dah naik.sebab ada permintaan..agak2 la, kalu u ada rumah atau Tanah lot ni.. u all jual murah dari harga pasaran sebab baik hati atau jual ikut pasaran.kalu ada rumah sewa, u all nak seakan kat orang yang nk sewa murah atau orang ynag boleh bayar sewa tinggi?

  51. cuma keluarkan berita pasal ni,tapi x bg tau pulak kat mane,mcm mane,nk mohon,lau asyik online je wat pe,lau org x reti nk online mcm mane,

Leave A Reply