Ini Contoh Resume Terbaik Yang Boleh Anda Guna Mohon Kerja
Perkongsian resume ini adalah bersifat terbuka dan di bawah ini, kami akan kongsikan contoh resume terbaik yang boleh diedit.

Panduan bagaimana menghasilkan contoh resume kerja dan surat resign terbaik ataupun CV terbaik bagi tujuan permohonan kerja akan dikongsikan oleh kami dalam artikel ini.
Sebagaimana yang seperti kita ketahui, penyediaan resume yang padat dan penulisan yang kukuh isinya adalah paling penting dalam memohon sebarang pekerjaan atau pendidikan.
Perkongsian panduan pada entri kali ini merupakan pengalaman admin sendiri dalam menyediakan resume terbaik yang boleh anda rujuk.
Panduan Menulis Resume Terbaik
Bagi memohon sebarang pekerjaan atau sambung belajar, panduan ini boleh digunakan oleh anda.
Berikut adalah antara laman web yang dipercayai untuk mengiklankan pekerjaan kosong di luar sana :
- Jobstreet – bagi sektor swasta
- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam – bagi sektor awam
- JobsMalaysia
- Sebarang laman web agensi GLC – seperti KTM Berhad, TNB, Prasarana, Syabas dan lain-lain lagi
Untuk membina resume terbaik, aspek yang sangat penting perlu ada di dalam resume adalah seperti penggunaan kata kunci yang betul, profil foto yang sopan dan kemas dan penggunaan emel peribadi yang formal.
Sebelum itu diingatkan bahawa tips ini berguna bagi permohonan kerja pada peringkat awal sahaja.
Lagi Tips Untuk Sediakan Resume Terbaik
Contohnya seperti bagi pekerjaan yang memerlukan pengalaman kurang dari 3 tahun, lepasan diploma atau ijazah sarjana muda.
1. 2 hingga 3 Muka Surat Sahaja
Luaran resume itu sendiri adalah perkara terutama dalam membina resume. Dengan penulisan yang berpanjangan dan penuh perkataan yang tidak penting, sudah pasti Panel Temuduga akan berasa bosan membacanya.
Oleh yang demikian, cara penulisan dan pemilihan markah-markah yang penting dalam membina resume akan dikongsikan selanjutnya di bawah ini.
2. Profil Foto Yang Sopan Dan Kemas
Dengan melalui gambar peribadi sahaja, gambaran ketrampilan anda boleh dizahirkan. Panel temuduga pasti akan menendang permohonan kerja anda sekiranya gambar yang diguna pakai tidak meyakinkan.
3. Penggunaan Emel Peribadi Yang Formal
Boleh anda bayangkan sekiranya anda menjadi sumber manusia sesebuah syarikat (HR), manakah emel pemohon yang sesuai untuk disenarai pendek? Adakah emel seperti gadisbeautybrain9@gmail.com yang menampakkan tidak matang atau sitimaslihah@gmail.com. Untuk menggambarkan komitednya anda dalam melakukan kerja nanti sudah pasti emel yang kedua akan dipilih sebagai senarai pendek.
4. Objektif Resume Yang Jelas Dan Spesifik
Setiap penghantaran resume hendaklah bersesuaian dengan permohonan kerja yang diinginkan. Panel besar kemungkinan akan menganggap anda sebagai ‘pemalas’ dan hanya melakukan ‘copy’ anda ‘paste’ sahaja jika objektif anda terlalu umum.
Oleh itu, untuk menepati dan menggambarkan keazaman kita untuk mendapatkan kerja, pengemaskinian objektif permohonan hendaklah rajin dilakukan.
Contoh yang baik :
- Objektif : Memohon Posisi Junior Jurutera Mekanikal dalam bidang automotif
Contoh yang kurang baik :
- Objektif : Memohon Posisis Jurutera
5. Maklumat Peribadi Hanya Berkenaan/Berkaitan Sahaja
Resume anda hendaklah meliputi maklumat yang penting seperti berikut :
- Nama
- No. Kad Pengenalan
- No. Telefon Bimbit
- Lesen
- Alamat
Cara bagaimana bakal majikan boleh menghubungi anda adalah dengan melalui setiap maklumat yang diberikan di dalam resume. Manakala lesen adalah subjektif kerana ia bergantung kepada keperluan sesuatu pekerjaan itu seperti memerlukan pengangkutan yang kerap.
6. Senarai Pencapaian Akademik Tertinggi Dahulu
Di dalam resume, penggunaan ruang adalah sangat sangat penting. Tidak perlu sebenarnya untuk menyenaraikan segala pencapaian akademik anda dari UPSR hingga Ijazah. Ini adalah antara kesilapan yang selalu dilakukan oleh pemohon.
Pencapaian tertinggi hendaklah diletakkan dahulu dan diikuti dengan pencapaian terkemudian. Sebagai contoh, urutan yang terbaik adalah Ijazah Sarjana Muda, Diploma atau Matrikulasi, SPM dan tidak perlu sehingga PMR. Sudah mencukupi dengan tiga pencapaian sahaja.
Senarai subjek tidak perlu dimasukkan ke dalam resume kerana ia bukan butiran penting yang perlu diketahui oleh penganalisa resume anda. Di samping itu, anda boleh meletakkan spesifik pointer jika memperolehi keputusan yang baik. Jika tidak cukup dengan hanya meletakkan nama sijil diperolehi dan nama institusi yang dihadiri.
7. Penggunaan Kata Kunci Yang Betul
Untuk memberi penerangan luar akademik anda, panduan ini sangat penting untuk berbuat demikian. Pencapaian hendaklah dirumuskan dalam perkataan yang menarik dan elakkan dari menyenarai kesemua aktiviti anda. Seterusnya pemilihan kata kunci yang ditulis hendaklah diperkuatkan perkataan tersebut dengan di “BOLD” seperti contoh di bawah.
Contoh tidak sesuai dalam resume :
2016
- Pengerusi Majlis Tidakan Siswa Negeri Selangor
- AJK Khidmat Masyarakat di Komuniti Ipoh
- Menyertai Pertandingan Tarik Tali
- Marathon Peringkat Universiti
- Persembahan Pancaragam Minggu Destini Pelajar
2015
- AJK Minggu Destini Pelajar UiTM
- Pengusaha Gerai Peribadi sempena minggu usahawan berjaya
- Pertandingan Dikit Barat Peringkat Kebangsaan
- Bendahari Majlis Makan Malam Fakulti Pengajian
Bagi senarai sama seperti di atas, kesemua bahan ini tidak perlulah disenaraikan demi menjadikannya resume yang baik. Jadikan ianya lebih matang, menarik dan ringkaskan seperti berikut :
Contoh Terbaik Dalam Resume :
- Fasilitator Brainstorming bagi Program Khidmat Masyarakat Komuniti Ipoh, 2016.
- Ketua Pengarah Mahasiswa Majilis Tindakan Siswa Universiti, 2016.
- Perancang Terperinci dan Pelaksanaan Jualan Gerai A – Minggu Usahawan UiTM, 2015
- Wakil kolej bagi Marathon tahun Peringkat Universiti – 2013 – 2016
Jadi dengan sedikit pengubahsuaian dan pengolahan ini akan meninggalkan impak pada resume anda dan membuatkan mereka dari panel sumber manusia tertarik dengan kebolehterampilan dalam menghasilkan kerja-kerja yang bermutu tinggi.
Untuk menghasilkan resume terbaik yang simple dan padat, segala aspek dan butiran penting telah dikongsikan pada entri kali ini. Harus diingatkan dalam membina resume terbaik, penulisan anda mestilah kreatif dan jujur.
Sebarang penipuan dalam resume adalah sangat ditegah kerana bakal memerangkap anda di kemudian hari. Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada pemohon-pemohon kerja di luar sana. Akhir kata, sekian terima kasih.