Punca Rempuhan Mina. Berita Terkini 717 Mati Meninggal Dunia. Jemaah Haji Malaysia?
Inilah antara ujian besar yang diberikan oleh Allah SWT kepada umatnya apatah lagi ketika mengerjakan ibadah Haji di tanah suci Mekah.

Mina yang dikenali dengan rahim ibu adalah tempat di mana berjuta-juta (dianggarkan sekitar 4 juta berhimpun di Mina selepas bermalam di muzdalifah) yang mana umat Islam melontar batu ke jamrah di Mina yang melibatkan :
- Jamrah Wusta
- Jamrah Sughra
- Jamrah Kuba
Berita terkini yang diterima oleh kerajaan Malaysia mengatakan, setakat ini tiada jemaah haji Malaysia terlibat dalam tragedi rempuhan Mina pada ketika jemaah haji dalam ibadah melontar Jamrah.
KLIK SINI : Semakan Jadual Kursus Haji Asas : Bila Tarikh Penerbangan
Punca Rempuhan Mina?
Setakat ini punca rempuhan Mina masih lagi dalam siasatan kerajaan Arab Saudi:
- Tragedi rempuhan di Mina berlaku pada pukul 11:30 pagi waktu Arab Saudi
- 717 mati meninggal dunia dan terkorban berdasarkan semakan laporan berita terkini waktu Malaysia
- 863 cedera
- 220 ambulan telah pun dihantar ke lokasi kejadian
- 4,000 anggota keselamatan dan Palang merah terus diarahkan pergi melakukan operasi menyelamat kemalangan rempuhan Mina itu
- Kedudukan khemah jemaah malaysia dengan lokasi terjadinya kemalangan tragedi tersebut adalah sekitar 3 ke 4 kilometer jauhnya
- Walaubagaimanapun, dimaklumkan sikap tidak sabar, tolak menolak, bersesak-sesak hingga mati terjatuh dan dipijak bersama jemaah Haji yang lain pada ketika masing-masing berpusu-pusu menuju ke arah melontar jamrah menyebabkan antara punca rempuhan Mina yang berlaku pada 24 September 2015 bersamaan hari Rabu.
Bersama-sama ini Berita Semasa kongsikan juga perbualan Whatapps antara jemaah haji yang sekarang berada di Mina dengan rakyat Malaysia yang merupakan ahli keluarga mereka sendiri seperti pada Gambar-gambar di bawah ini….