Senarai Ranking Universiti Malaysia IPTA IPTS? UM Terbaik !


Senarai Ranking Universiti Malaysia Malaysia IPTA IPTS? Universiti Malaysia UM 27 Terbaik Asia! Apa Kata Pelajar, Bekas Pelajar dan Mahasiswa?

Bukan senang, untuk melihatkan kedudukan dan ranking universiti di Malaysia berada sama tinggi dalam senarai ranking universiti terbaik di Asia yang lain apatah lagi tersenarai dalam kalangan universiti terbaik di dunia pada hari ini.

ranking universiti

Syaratnya, orang politik kena kurangkan masuk campur dalam urusan pengurusan universiti di Malaysia.

Biarkan mereka fokus menguruskan universiti masing-masing dengan cara dan buah fikiran kalangan intelek dan tokoh akademik tanpa birokrasi dan arahan atas yang melampau.

Dan hari ini berita terkini yang mengembirakan kalangan akademik khususnya dari Universiti Malaya amnya dan rakyat Malaysia umumnya apabila Universiti Malaya Malaysia (UM) terus berjaya berada mengekalkan kedudukan mereka di dalam kalangan senarai ranking 30 universiti terbaik di Asia sekaligus terus diangkat sebagai universiti terbaik Malaysia 2016 berdasarkan kajian QS Quacquarelli Symonds Asia 2016/2017.

Malah kedudukan UM lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Senarai Ranking Universiti Terbaik Malaysia IPTA IPTS 2016/2017


NoSenarai UniversitiKategoriRanking
1Universiti Malaya (UM)IPTA27
2Universiti Putra Malaysia (UPM)IPTA49
3Universiti Sains Malaysia (USM)IPTA51
4Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)IPTA55
5Universiti Teknologi Malaysia (UTM)IPTA63
6Universiti Teknologi Petronas (UTP)IPTS127
7Universiti Utara Malaysia (UUM)IPTA137
8International Islamic University Malaysia (UIA)IPTA151
9Taylor's UniversityIPTS179
10Universiti Teknologi MARA – UiTMIPTA181
11Universiti Multimedia (MMU)IPTS193
12Universiti Malaysia Sabah (UMS)IPTA211-220
13Universiti Malaysia Perlis (UNiMAP)IPTA221-230
14Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)IPTA251-300
15Limkokwing University of Creative TechnologyIPTS251-300
16Universiti Malaysia Pahang (UMP)IPTA251-300
17Universiti Malaysia Terengganu (UMT)IPTA251-300
18Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)IPTS251-300
19Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)IPTS251-300
20UCSI UniversityIPTS301-350
21Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)IPTA301-350

Tahniah Berita Semasa ucapkan. Ketua Penyelidik QS Ranking juga mengatakan :

“reputasi universiti Malaysia semakin meningkat dalam institusi akademik antarabangsa”

Jikalau Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya naik kedudukan kedua universiti terbaik Malaysia. Manakala Universiti Teknologi Petronas (UTP) terus menjadi universiti IPTS terbaik Malaysia. Tahniah diucapkan.

Semoga ranking universiti terbaik oleh Universiti Malaysia terus diperbaiki di pada masa akan datang sekaligus membuka mata ramai pihak, bahawa pihak institusi pendidikan di Malaysia yang menjadi tunjang utama kepada lonjakan pencapaian dan pelaburan masa depan Malaysia sebenarnya benar-benar diberikan perhatian serius oleh kerajaan Malaysia.

P/S : Apa respon balas kalangan mahasiwa, mahasiswi, bekas pelajar dan juga pensyarah melihatkan pencapaian universiti masing-masing pada tahun 2016 ini berdasarkan senarai ranking universiti terbaik Malaysia 2016 IPTS IPTA kali ini? Bagaimana pula untuk siri ranking tahun 2017 pula?

PP/S : Anda boleh semak kedudukan seperti di bawah ini ranking universiti terbaik Malaysia daripada Universiti Malaya sehingga kedudukan terakhir yang disandang Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Bagaimana pula Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTem) bila boleh tersenarai dalam ranking univeristi terbaik Malaysia?

Semak Sejarah Ranking Universiti Terbaik Malaysia IPTA IPTS Dari Tahun 2014-2016

Klik 3 gambar di bawah ini untuk perbandingan dengan tahun-tahun sebelumnya.