Ramalan PRU 14 : Analisa Keputusan Pilihanraya Umum


Ramalan PRU 14 dan Analisa Pilihanraya Pada Pilihanraya Umum, 9 Negeri Tumbang! Benarkah?

Biasalah, pihak Barisan Nasional akan mengatakan ramalan PRU, yang mana mereka bakal menang lagi beberapa buah negeri selain daripada negeri yang diperintah sekarang sekaligus mengukuhkan kuasa politik Barisan Nasional di Malaysia untuk 5 tahun akan datang di peringkat persekutuan.

ramalan pru

Begitu juga Pakatan Rakyat yang diwakili kalangan oleh pemimpin PAS baru-baru ini tampil dengan ramalan PRU bagi keputusan Pilihanraya yang berdasarkan pemerhatian mereka. Apa kata mereka pula?

Ketua Pengarah Pilihan Raya Dr Hatta Ramli menjangkakan sembilan negeri akan jatuh kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 14 atau PRU 14 akan datang sehingga inilah antara faktor yang menghalang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membubarkan parlimen. 9 negeri?

Ramalan PRU 14 dan Nasib Negeri Yang Bakal Jatuh

Antaranyalah ialah :

  1. Kelantan
  2. Penang
  3. Selangor
  4. Kedah
  5. Perak
  6. Negeri Sembilan
  7. Terengganu
  8. Johor
  9. Sabah

Manakala bekas pemimpin Barisan Nasional (Tun Daim Zainuddin) yang pernah membuat ramalan keputusan Pilihanraya Ke 12 (2008) hampir tepat apabila dahulu mengatakan beberapa negeri ketika itu akan tumbang ke tangan Barisan Nasional, akhirnya menjadi realiti di mana Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah jatuh ke tangan pembangkang Malaysia. Kali ini…

9 Analisa Pilihanraya 2018

PerkaraButirannya
Keputusan Terkini Pilihanraya Umum 2018KLIK SINI

Kali ini Tun Daim sekali mengeluarkan ramalan PRU 14 dan analisa pilihanraya untuk tahun 2018 apabila merasakan :

analisa pilihanraya

  1. wujud keadaan “Parlimen Tergantung” atau dikenali sebagai “Parlimen Seimbang”
  2. tidak ada mana-mana parti yang berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mutlak
  3. pentadbiran BN di Pahang tidak akan terjejas akibat isu Lynas
  4. PR akan mengekalkan kuasa di Pulau Pinang dan Kelantan tetapi berkemungkinan besar kehilangan negeri Kedah
  5. BN dan PR akan bertarung sengit di Selangor dan Perak
  6. Hampir 20 peratus undi masyarakat Cina terutama dari kawasan luar bandar akan berpihak kepada BN. BN masih mampu mengekalkan kuasanya di Johor
  7. Rakyat juga bosan dengan pertelingkahan dalaman di kalangan para pemimpin PR di Kedah dan Selangor
  8. Perhatian khusus harus diberikan kepada kelompok pengundi muda
  9. Mana-mana kerajaan akan melakukan kesilapan apabila memerintah sesebuah negara untuk tempoh yang lama.

Melihatkan senarai 9 negeri yang tersenarai antara negeri yang bakal tumbang ke tangan Pakatan Rakyat berdasarkan ramalan PRU 14 dan analisa Pilihanraya ke 14 mereka?

Di manakah kebenaran berdasarkan situasi sebenar yang berlaku di negeri-negeri tersebut dan “mood” politik dikalangan pengundi di negeri-negeri berkenaan?