Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin (Bomoh MH370) : Pegawai Tertinggi Malaysia Minta Bantuan Bomoh? Dr Asri Tempelak!

Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin (Bomoh MH370) : Pegawai Tertinggi Malaysia Minta Bantuan Bomoh? Dr Asri Tempelak!

Tepuk dahi apabila Berita Semasa melihat telatah Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin (Bomoh MH370) apabila ia telah “dihalalkan” khidmatnya untuk operasi mencari pesawat MH370 hilang

Raja Bomoh

Ya…benar senjata atau alat paling kuat adalah doa, doa tanpa usaha pun tidak akan berjalan. Tetapi usaha bukannya sehingga kita dilihat “terdesak” sehingga menggunakan khidmat Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin (Bomoh MH370).

Dan inilah yang berlaku di Malaysia sekarang ini, sehingga menjadi tontonan seluruh dunia termasuk dunia barat.

Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin (Bomoh MH370) : Dr Mohd Asri Tempelak Usaha Ini!

Bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur penggunaan bomoh MH370 Ibrahim Mat Zin dalam usaha mencari pesawat MH370 hilang ketika dalam penerbangan Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu 8 Mac 2014.

Sambil menyifatkan langkah itu sebagai “satu kerja bodoh”, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, langkah “khurafat dan tahyul” itu tidak boleh diterima sama sekali kerana ia tidak dapat diterima akal waras.

“Ini tahyul, khurafat, kerja bodoh dan tidak waras. Agama tidak dapat terima (langkah ini). Dengan buat begitu, dia (bomoh) beri gambaran salah pada ajaran Islam.

“Ibrahim Mat Zin seolah ambil kesempatan. Siapa yang membawa Ibrahim Mat Zin (untuk tujuan itu), amat malang dan memalukan,” kata Dr Mohd Asri (kiri) yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Bernama melaporkan, kehilangan MH370 mendapat perhatian “Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP” Ibrahim Mat Zin yang mendakwa dijemput seorang pegawai tertinggi negara ke KLIA bagi menggunakan ilmu tradisional dan solat hajat.

Ibrahim Mat Zin berkata, beliau menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk meminta dan berdoa supaya melepaskan mangsa agar dapat dijumpai secepat mungkin.

Berpengalaman selama 50 tahun, Ibrahim Mat Zin menjadi popular melalui perkhidmatan kejadian Highland Tower runtuh, pencarian mayat semasa banjir Kuala Dipang, Kampar Perak dan Ibrahim Mat Zin juga terlibat membantu kes pembunuhan seorang ahli politik oleh Mona Fendy.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Asri menegaskan, dalam Islam, tiada sesiapa yang mengetahui perkara ghaib kerana ia di luar pengetahuan manusia.

“Tiada siapa boleh buat kuasa tuhan. Kalau boleh, sudah tentu Nabi Muhammad menjampi semua penentangnya supaya terima Islam. “Kuasa-kuasa ghaib ini kalau berlaku menggunakan perantara syaitan. Mungkin (hasilnya) jadi, tapi ia bukan ajaran Islam,” katanya.

Laporan Berita : Malaysiakini

Gambar Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin (Bomoh MH370)

Berbomoh-bomoh pula dengan Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin (Bomoh MH370). Syirik.. khurafat, ini yang sangat-sangat dimurkai Allah. Kalau begini gayanya, macammana Allah nak bantu, nak berikan petunjuk?

Apabila Berita Semasa tonton berita NTV7 baru-baru ini, geleng kepala Berita Semasa melihatkan Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin (Bomoh MH370) acapkali menunjukkan aksi teropong-teropong dengan alatannya. Memalukan….

Dalam keadaan seluruh dunia mempertingkatkan teknologi yang terhebat, bubu pancing juga yang terus mendapat sambutan untuk operaasi menyelamat? Siapakah pegawai tertinggi negara itu?

P/S : Terang terang memang khurafat, Nazubillah. Allah kan ada. Jangan berputus asa mencari MH370 dan dalam pada masa yang sama yakin dengan Allah kerana DIA pasti membantu. Mengapa Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin (Bomoh MH370) tetap dipilihnya?

PP/S : Malulah, sebagai satu negara Islam…rupanya masih animisme