Punca Mahathir Serang Najib Razak? Ada Rancangan Mahathir Jatuhkan Najib Razak Sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO?


Punca Mahathir Serang Najib Razak? Ada Rancangan Mahathir Jatuhkan Najib Razak Sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO?

Hari ini gamat dengan serangan yang cukup hebat diberikan oleh bos lama Najib razak, Tun Mahathir Mohamad.

Mahathir serang najib
Ada yang mengatakan yang tindakan Mahathir serang Najib Razak adalah tindakan dan strategi terdesak Mahathir untuk meletakkan anaknya Mukhriz sekurang-kurangnya menjadi orang no 2 bagi menyanyingi Khairy Jamaluddin dalam UMNO sebelum Mahathir meninggal dunia sekaligus menjadi Perdana Menteri Malaysia. Betulkah?

Adakah terdapat rancangan Mahathir jatuhkan Najib? Apa punca sebenar Mahathir serang Najib Razak?

Mahathir Serang Najib? Mahathir Jatuhkan Najib? Naikkan Mukhriz?

Bagi Berita Semasa sendiri jikalau Mahathir mahukan Mukhriz menjadi Perdana Menteri daripada dahulu lagi Mahathir sudah boleh jadikan anaknya berkuasa dengan mengasah bakat anaknya, Mukhriz daripada awal lagi. Mahathir dilihat kurang berminat dengan dinasti legasi kepimpinan seperti itu.

Walaubagaimanapun, Berita Semasa yakin yang Mahathir jenis figura yang percaya kuat pada prinsip “trickle effect”. Apa maksudnya?

  • Kena ada sekumpulan kapitalis kaya raya atau kita sebut kumpulan elit bagi membantu menaikkan taraf hidup golongan di bawah mereka
  • Jadi, Mahathir cukup menjaga kumpulan elit ini. Ini berdasarkan pemerhatian Berita Semasa
  • Mahathir dilihat kurang minta kepada sosialisme berbanding Tun razak yang merupakan peminat sosialisme. Felda contohnya adalah salah satu idea dari China Komunis semasa Tun Razak mengadakan lawatan ke China

Selepas sahaja Tun Razak lawat China, Amerika menyusul mengadakan lawatan ke China. Daripada situ juga Komunis Malaysia semakin lama semakin lumpuh dek kerana Malaysia akui Republik China sebagai wakil Cina sedunia dan bukannya Taiwan sehingga menyebabkan China berhenti menyokong Chin Peng yang mana hari-hari terakhir Chin Peng berakhir di Sempadan Siam sehinggalah mati.

Dan bagi pendapat Berita Semasa, “The Greatest Prime Minister of Malaysia” adalah arwah Tun Razak yang merupakan sosialime.

Berbalik kepada topik asik Mengapa dan kenapa Mahathir serang Najib Razak adalah bertitik tolak kelemahan kepimpinan.

  • Mahathir yang angkat Najib jadi Timbalan Perdana Menteri
  • Sedangkan Pak lah pada masa itu lebih minat kepada Ali Rustam

Jadi itu sebablah Mahathir merasakan yang beliau berhak serang Najib Razak kerana beliau jugalah yang naikkan Najib Razak.

Mahathir Serang Najib : Situasi Pentadbiran di Bawah Najib Razak Sebagai Perdana Menteri

Masakan tiada sebab munasabah, Mahathir serang Najib Razak melihatkan situasi seperti di bawah ini :

  1. Najib Razak pernah sebuh di Dewan Rakyat yang mana beliau belanjakan RM7,200 juta untuk tempoh 5 tahun bayar yuran dan caj penasihat. Boleh terima? Boleh hadam tindakan seperti ini?
  2. Apa guna jabatan kerajaan? Apa nasihat untuk Najib Razak tidak boleh diterima?
    Selepas itu, isu pembantu Najib Razak sendiri skandal dengan Altantuya Shariibuu.┬áKejap salah, kejap tak salah. kemudian salah kena gantung. kemudian Sirul boleh terlepas lari. Apaaaa….ini?
  3. 1MDB Malaysia semua sedia maklum. Permainan perniagaan apa yang cuba mereka lakukan sekarang ini? Kerja kerajaan bermain pelaburan dengan menggunakan duit rakyat?
  4. AES mula-mula lantik syarikat swasta untuk mengutkuasa undang-undang had laju di Malaysia. Akhirnya apa jadi, duit rakyat hangus beratus juta.
  5. Flip-flop terlalu banyak di Malaysia hari ini
  6. BR1M terus terang Berita Semasa memang tidak sihat. Itu antara bunga-bunga nanti boleh menjadi “welfare“. Orang putih pun tidak suka sistem welfare kerana sekali sudah terlaksana sukar untuk dibuang. Beginikah diajar rakyat untuk menggunakan kudrat dan akal mereka untuk hidup?
  7. Dan paling Berita Semasa terkejut apabila Ustaz Kazim merata-rata yang mencanang yang beliau adalah ahli PAS. Tiba-tiba apabila dilihat Ustaz Kazim Alias senanda dengan UMNO, dilantik Ustaz Kazim Alias duduk dalam Majlis Tertinggi UMNO. Habis itu apa guna ahli UMNO yang sumpah setia dalam UMNO diketepikan dan tidak dihargai? Nah….agak-agak Mahathir Mohamad melihatkan situasi UMNO seperti ini, patutkah Mahathir diam?

Mahathir Mohamad doktor perubatan cerdik, kuat membaca. Otaknya tajam serta kuat berfikir. Mana mungkin Mahathir boleh bertolak ansur melihatkan situasi negara seperti yang berlaku hari ini. Jadi, bersalahkah Mahathir serang Najib. Apa kata anda pula?