≡ Menu

Semakan PTPTN Blacklist : Check Senarai Hitam Sebelum Keluar Negara


Semakan PTPTN Blacklist. Check Senarai Hitam PTPTN Keluar Negara via Imigresen

Sebelum anda teruja untuk keluar negara selepas berjaya memperolehi tiket penerbangan yang murah ke destinasi yang anda diingini, Berita Semasa nasihatkan anda untuk melakukan semakan dengan Imigresen terlebih dahulu.

ptptn blacklist

Samada semakan Imigresen secara online ataupun secara SMS. Ini bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini ketika anda sudah tiba di lapangan terbang merancang ke luar negara termasuklah passport anda tidak berjaya disahkan ataupun telah disekat buat sementara waktu.

Untuk makluman anda semua, Jabatan Imigresen Malaysia akan menyediakan kemudahan kepada anda semua untuk semak senarai hitam ‘blacklist” Imigresen. Jikalau nama anda tersenarai dalam senarai hitam ‘blacklist’ Imigresen, ini bermakna anda tidak boleh keluar negara Malaysia.

Ada beberapa sebab dan punca yang menyebabkan anda gagal keluar negara antara ialah :

  • anda tidak bayar cukai pendapatan
  • sudah kena PTPTN blacklist disebabkan tidak mencapai tahap bayaran balik yang memuaskan kepada pihak PTPTN sendiri
  • Dan lain-lain lagi….

Biasanya yang kena PTPTN blacklist adalah kalangan yang tidak pernah sesekali buat bayaran PTPTN dalam tempoh 20 bulan terakhir. Malah, berdasarkan semakan yang dilakukan oleh Berita Semasa jikalau anda tidak bayar atau tertunggak selama 6 bulan bayaran PTPTn anda boleh kena PTPTN blacklist atau senarai hitam PTPTN.

Kesan Buruk Blacklist PTPTN atau senarai hitam PTPTN bukan sahaja berlegar kepada halangan anda keluar negara sahaja malah lebih daripada itu. Antaranya ialah :

  • Sukar dapat pinjaman bank
  • Ada masalah untuk menjadi penjamin kepada anak anda.

Semak Senarai Hitam PTPTN dan PTPTN Blacklist oleh Imigresen?


[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butiran dan Pautannya
Masih tercari-cari lagi bantuan pinjaman pelajaran,KLIK SINI
Check Imigresen Secara Online,KLIK SINI
Semakan Imigresen Secara SMS,PTPTN LEGAL<SPACE>NOKP<SPACE>NOPIN
,HANTARKAN SMS TERSEBUT KE 33199
Semakan Penyata Baki PTPTN,KLIK SINI
[/table]

P/S : Kepada seluruh “pelanggan dan peminjam setia bantuan kewangan PTPTN”, apakah faktor-faktor yang menyebabkan kalangan daripada peminjam dilihat sukar untuk membuat buat bayaran semula sehingga menyebabkan jumlah yang kena blacklist PTPTN semakin bertambah dan meningkat sehingga Imigresen menghalang mereka keluar negara?

PP/S : Adakah disebabkan kos pentadbiran yang tinggi? Atau adakah anda merasakan PTPTN tidak perlu dikenakan sebarang kadar faedah sepertimana yang dinikmati oleh peminjam MARA? Atau anda ada pandangan anda sendiri yang ingin dikongsikan bersama-sama rakan-rakan pembaca lain di sini?

blacklist ptptn