Keputusan PTD Pegawai Tadbir Diplomatik dan Temuduga PTD? Berminat
Nak jadi Pegawai Tadbir Diplomatik mestilah kena ada sifat yakin pada diri sendiri. Sekarang ini juga masa-masa penting temuduga PTD.
Ada yang dah sudah temuduga PTD, ada yang masih berdebar-debar menanti hari tibanya temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik kali ini.
Keputusan PTD. Realitinya, ramai yang mencemburui dan “sakit hati” dengan PTD ini. Sebab apa?
Ini kerana Pegawai Tadbir Diplomatik PTD adalah paling kanan dalam perkhidmatan awam. Selain mudah naik pangkat dan banyak juga jawatan-jawatan utama dalam kerajaan yang disediakan oleh kelompok “elit” ini.
Dalam masa yang sama juga nak melalui proses pemilihan bukan semudah yang disangka. Itu yang menjadikan keputusan PTD agak istimewa berbanding dengan yang lain.
Keputusan PTD. Apa Itu Pegawai Tadbir Diplomatik?
Pegawai Tadbir Diplomatik merupakan jawatan yang berfungsi sebagai ketua atau perancang dalam sesuatu jabatan.
Secara ringkasnya, ada 8 bidang teras dalam PTD iaitu:
- Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi,
- Pengurusan Kewangan,
- Keselamatan dan Pertahanan Negara
- Pengurusan Teknologi Maklumat,
- Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur,
- Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
- Pengurusan Ekonomi dan
- Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri.
Memang ada kelebihannya apabila menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik PTD :
- Kenaikan pangkat bagi PTD agak cepat. Dalam tempoh 5 tahun anda berkemungkinan berjaya melangkaui 3 peringkat gred kerajaan. Ia memang cepat berbanding dengan skim jawatan lain.
- Anda akan lebih berpengaruh. Kebiasaannya mereka yang berjawatan ini akan lebih dipandang tinggi. Mereka yang akan bertindak sebagai tunjang bagi sesuatu jabatan akan lebih dikenali..
- Gaji tinggi. Pendapatan mereka merupakan yang tertinggi berbanding jawatan lain yang disahkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)..
- Berpeluang untuk ke jawatan tertinggi kerajaan.. Antaranya berpeluang untuk menjadi Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) dan Setiausaha Kerajaan (SUK). Bergantung pada prestasi dan politik.
Mungkin beberapa soalan-soalan lazim temuduga PTD ini sedikit sebanyak dapat membantu anda. Yang mana kurang itu, sudi-sudikanlah berkongsi di rungan komen di bawah ini :
Senarai Soalan Lazim Yang Bantu Anda Berjaya Untuk keputusan PTD
Akan ada 3 panel penemuduga nanti yang sememangnya terdiri daripada kalangan yang berpangkat besar dan berpengaruh, orang-orang besar, datuk-datuk dan Tan Sri
- Macam biasa, mula-mula anda kenalah perkenalkan diri anda…
- Apa matlamat hidup anda? Apa yang jadi kepada anda dalam masa beberapa tahun akan datang?
- Dah mohon nak jadi Pegawai Tadbir Diplomatik, mestilah soalan yang ingin ditanya adalah seperti kenapa anda nak sangat jadi PTD? Apa sebabnya? Nak glamor? Nak berkhidmat untuk negara? Perjelaskan kepada mereka….
- Samada anda betul-betul paham atau tidak berkenaan skop kerja untuk PTD berbanding PTN ( pegawai Tadbir Negeri). Apa perbezaanya?
- Perbezaaan Ambassador vs High Commissioner?
- Perbezaaan HRM (Management) vs HRD (Department)
- Perbezaan Pentadbiran VS Pengurusan ?
- Katakanlah anda dapat PTD kali ini, kementerian mana yang anda akan pilih dan kenapa? Apa tugas utama kementerian terbabit?
- Apa 8 Bidang Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik?
- Siapakah nama Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan juga Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) ?
- Senarai barisan menteri kabinet Malaysia?
- Kemudian, bezakan antara Internal Security Act (ISA) dan Akta Rahsia Rasmi (OSA)
- Dasar kerajaan terutamanya melibatkan Dasar Ekonomi Baru DEB dan apa yang anda faham mengenai Model Ekonomi Baru MEB. Pahamkan juga konsep dan objektif yang diterapkan dalam Islam Hadhari Wawasan 2020
- Semak juga info tentang beberapa pertubuhan antarabangsa seperti NAM,WHO, OIC, UNESCO, ZOFPAN, ASEAN dan sebagainya..
- Rancangan Malaysia yang kesepuluh (RMK-10). Apa isi kandungannya. Pun kena tahu juga…..
- Pahamkan apa itu INTEGRITI, Pelan Integriti Nasional (PIN), RASUAH dan sebagainya..
- Tidak juga kepahaman anda tentang RUKUN NEGARA
- Sejarah asal usul Pegawai Tadbir Diplomatik
- Apa perbezaan yang terdapat antara Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan PARLIMEN. Kemudian disusuli dengan soalan berkaitan ADUN, Tugas Ahli Parlimen, Barisan Kabinet, Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Senator, Speker
- Apa yang anda tahu berkenaan Perlembagaan Persekutuan. Apa beza SULTAN VS AGONG??
- Mesti tahu dasar kerajaan terbarunya contohnya “1 Malaysia oleh YAB PM” dan biasanya kita akan ditanya tentang apa pandangan tentang langkah kerajaan berhubung “1 Malaysia”
Lagi Tips Berjaya Dalam keputusan PTD
Soalan-soalan lazim yang di atas mungkin akan keluar, mungkin tidak. Kalau tidak keluar pun, anggaplah ia ilmu tambahan untuk anda juga. Tiada ruginya. Yang penting bersedia daripada sekarang, yang mana belum menghadiri temuduga PTD kali ini.
Dalam temuduga PTD, biasanya panel adalah orang-orang yang telah lama dalam perkhidmatan awam. Hampir 20-30 tahun. Soalan-soalan dalam temudga Pegawai Tadbir Diplomatik lebih berbentuk luas dan perbincangan, lebih kepada penyelesaian masalah.
Contohnya jika ditanya apakah nama “ibu negeri Timur Leste?”, kalau tahu jawab lah. Kalau tidak, jawablah maaf yang saya tidak mengetahuinya. Dan juga dalam pada masa yang sama berjanji untuk berusaha mencari jawapannya.
Akhirnya, dalam temuduga PTD ini, berserahlah kepada Allah. Kalau itu rezeki kita, keputusan PTD takkan lari ke mana. Akan jadi milik anda jua. Ikhtiar kita 20 peratus sahaja, selebihnya 80 perayusberserah lah kepada Allah s.w.t