Proton Malaysia Sudah Bertukar Servis Selepas 26 Tahun. Rakyat Malaysia Berikan Peluang Kedua!!
Di atas ini merupakan sebuah keratan artikel daripada akhbar THE STAR yang bertarikh 2 Mac 1985 di mana kami petik semula kenyataan daripada CEO Proton Malaysia yang pertama iaitu Tan Sri Jamil Mohamad Jan sekitar 26 tahun lepas :

Boleh baca seperti di bawah ini :
However, Tan Sri Jamil said the price of the Saga would be competitive, He said it would probably be cheaper than it’s direct competition in the 1300-1600cc range, the Nissan Sunny and the Toyota Corolla which currently retails at around RM20,000″
Walaubagaimanapun, Tan Sri Jamil (CEO pertama PROTON) berkata Saga akan dijual dengan harga pasaran dan ia akan lebih murah dari saingan terdekat di dalam kategori 1300-1600cc, yakni Nissan Sunny dan Toyota Corolla yang berharga sekitar RM20,000 sebuah.
Ini merupakan keratan akhbar sejurus selepas PROTON Malaysia dilancarkan. Hakikatnya, apa yang diucapkan oleh bekas CEO Proton Malaysia tampak sukar dikekalkan momentumnya selepas berpuluh tahun Proton beroperasi. Dan pengakhirannya, apa yang terjadi kepada Proton sekarang ini?
Sejarah Proton Malaysia Secara Ringkasnya :
- Kereta proton pertama harganya sekitar RM17,000. Model pertamanya Proton Saga Orion
- Kemudian akibat mula dikenakan duit eksais, harga kereta tersebut menjadi RM25,000 pada 3 tahun kemudiannya iaitu pada tahun 1988
- Kereta Wira pada tahun 2002 sekitar RM55,000
- Sejak kereta proton keluar, bank negara yang mengawal kadar faedah meletakkan kereta Malaysia dengan kereta import di penannda aras yang berbeza-beza? Kereta import lebih rendah kadar faedahnya berbanding kereta Malaysia
- Kereta import murah di kastam tetapi menjadi mahal apabila berada di pasaran Malaysia tetapi dalam pada masa yang sama dibantu dengan kadar faedah yang rendah. Akhirnya, pimai-pimai tang tu juga.
Nasib Proton Malaysia : Proton Tetap Kereta Nasional
Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas penjualan Proton kepada DRB Hicom
Pengambilalihan Proton Holdings Bhd (Proton Holdings) oleh DRB-Hicom daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) tidak akan melenyapkan fungsi syarikat berkenaan sebagai pengeluar kereta nasional, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sebaliknya, kata Timbalan Perdana Menteri, ia bakal membawa PROTON MALAYSIA kekal berdaya saing dengan pengeluar kereta lain dalam persaingan industri automotif yang amat mencabar sekarang dan pada masa depan.
“Hal ini diambil kira oleh kerajaan. Ia masih dalam tangan rakyat Malaysia dan tidak mengubah kedudukan PROTON sebagai kereta nasional,” katanya
Bagi kami terpulang nak kekalkan proton sebagai kereta Nasional atau tidak. Tetapi jangan sesekali terus mahu meletakkan beban yang selama sudah ditanggung oleh rakyat Malaysia. Cukuplah dan cukuplah. Kerana Proton menjadi kereta Nasional jugalah, rakyat Malaysia terpaksa “membayar” harga yang mahal.
Hakikatnya :
- Proton hanya mampu bertahan di Malaysia. Sepatutnya sudah 26 tahun lamanya Proton Malaysia sepatutnya sudah “bermain secara serius” di pasaran antarabangsa.
- Malangnya, sumber untung dan Proton daripada dahulu sehingga sekarang hanyalah tertumpu kepada Jabatan-jabatan kerajaan dan rakyat Malaysia yang tak mampu untuk beli kereta yang lebih berkualiti pada harga yang berpatutan
Harga Proton Malaysia VS Harga Proton di Thailand
Tak cukup dengan itu, bukan setakat kereta Nasional dijual lebih mahal berbanding kepada rakyat sendiri, tetapi terdapat juga perbezaan yang ketara melibatkan penjualan kereta import yang cukup ketara di antara Malaysia dengan negara-negara lain :
Toyota Vios :
- Harga Toyota Vios di Thailand : RM50,000 hingga RM70,000
- Harga Toyota Vios di Malaysia : RM70,000 hingga RM90,000
- Harga Toyota Vios di China : RM45,000 hingga RM60,000
- Harga Honda City di Malaysia : sekitar RM90,000
- Harga Honda City di China : RM50,000
Cherry (Buatan Tempatan – China) – kereta berkuasa 1,000 cc
- Harga Cherry di China : RM50,000
- Harga Perodua Viva : sekitar RM38,000
Dahulu, semasa AFTA mahu dilaksanakan yang mana kerajaan tidak lagi boleh mengenakan cukai ke atas sebarang kenderaan yang diimpot dari negara-negara ASEAN tetapi kerajaan menangguhkan pelaksanaan AFTA untuk sektor automotif.
Oleh itu, kerajaan terpaksala bayar ganti rugi kepada negara asean yang ada industri automotif. Berapakah jumlah ganti ruginya semasa mereka mahu menyambung hayat proton pada masa itu? (kami tidak mendapat maklumatnya lagi.)
Jadi, kepada DRB Hicom ini peluang kedua untuk anda membawa dan menaikkan kembali nama Proton Malaysia dengan memberikan kepuasan kepada pengguna anda . Cuma kali ini jangan libatkan lagi rakyat Malaysia untuk “menanggung” bersama-sama anda.
Cukuplah “bebanan” 26 tahun sebelum ini. Ini pun, ramai lagi kalangan rakyat Malaysia yang masih lagi menanggung hutang 7, 9 tahun lamanya.