Review Proton Iriz Tun Mahathir di Pavilion. “Saya Berpuas Hati”. Harga Serendah RM42,438 Hingga RM62,888 berbanding harga persona baru!
Kali ini model ini jelas terpampang di depan mata umum, tiada bungkusan tiada selindung lagi.

Semuanya didedahkan dan disajikan kepada rakyat Malaysia buat pertama kali di atas jalan raya. Dan Tun Mahathir tidak melepaskan peluang menikmati hasil kejuteraan jurutera dan kakitangan Proton Malaysia bagi model kereta Proton Iriz ini yang mana Tun Mahathir meninggalkan kereta Porshe miliknya dan memandu sendiri model proton baru ini.
Dan kelihatan Mahathir “parking” kereta Proton iriz di depan kedai untuk sarapan di kedai roti miliknya “The Loaf” di Pavillion bersam-sama pegawai proton yang lain. Berbanding teaser, pandangan live di hadapan kereta ini jauh berbeza, nampak cantik rekebantuk dan padanan warna kereta proton Iriz ini.
Sekali pandang ada iras-iras dan dilihat mendapat sedikit sentuhan Honda Brio dan Kia Rio.

Model kompak Proton terbaru, sudah pun mula untuk dibuka tempahannya di semua cawangan Proton Malaysia apabila harga Proton iriz baru ini dijual pada harga di atas jalan (On The Road OTR) bermula daripada RM42,438 hingga RM62,888.
Varian Harga Proton Iriz baru 1.3 liter
- Harga (1.3 liter) dengan pilihan empat varian iaitu Standard (manual), Standard (CVT), Executive (manual) dan Executive (CVT) bermula dari RM42,438 hingga RM50,888.
- Bagi varian 1.6 liter turut menawarkan empat pilihan varian iaitu Executive (manual), Executive (CVT), Premium (manual) dan Premium (CVT) bermula dari RM55,888 hingga RM62,888.
Pilihan Warna?
- genetic silver
- fire red
- solid white
- citrus green
- silver moon dust
- tranquility black
- atlantic blue.
Adakah dengan tawaran baru ini bakal memberikan berita gembira kepada Perodua Malaysia untuk menerima lambakan pelanggan baru bagi model Perodua Axia mereka selepas ini walaupun Proton iriz baru merupakan saingan Perodua Myvi yang sebenarnya?
P/S : Walaupun usia sudah menginjak 88 tahun, Tun Dr Mahathir masih berdaya lagi memandu kereta. masih di tahap baik kesihatannya.