Nilai Hartanah Malaysia Semakin Naik dan Tiada Property Bubble Malaysia?

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Nilai Hartanah Malaysia Semakin Naik dan Tiada Property Bubble Malaysia?

Siapa yang boleh menyangka harga flet kos rendah dijangka boleh meningkat kepada kepada RM200,000 menjelang 2015 di bandar-bandar utama negara bagi pasaran terbuka.

property bubble malaysia

Dah tak lama dah, sekurang-kurangnya 4 tahun daripada sekarang.

Nampak potensinya? Ada yang mengatakan baik beli rumah pertama sekarang, nanti tahun 2015 boleh untung besar.

Tetapi, tetapi….ada pendapat mengatakan nanti dulu. Sabar…….Tunggu sekitar tahun 2012 atau 2013 yang mana dijangka akan berlakunya property bubble Malaysia.

Apa pendapat anda?  Kalau melihat pada unjuran yang diberikan bagi peningkatan harga flet kos rendah bukan sesuatu yang mustahil akan berlaku. Sebagai contoh :

Rumah flet seksyen 7 di Shah Alam, Selangor (Pemaju PKNS) sebagai contohnya:

  • Harga yang dibuka untuk dijual pada sekitar tahun 1999 sekitar RM40,000 hingga RM50,000 ( Ada 3 jenis rumah masa itu)
  • Harga flet yang dijual oleh ejen pada tahun 2006 telah mencecah RM65,000 ( Pada masa itu nilai rumah mengikut perkiraan bank sekitar RM59,000)
  • Pada tahun 2008, harga rumah flet tersebut boleh dijual sehingga RM85,000
  • Tahun 2010, harganya sudah mula melambung sekitar RM100,000. Senang-senang boleh jual pada harga tersebut.

Contoh lain pula, nilai hartanah Malaysia di sekitar Kota Damansara yang melonjak tinggi yang mana dalam 2,3 tahun sahaja harga rumah boleh naik sekali ganda :

  • Pada tahun 2007, harga seunit pangsapuri RM95,000 dan ke atas
  • Tahun 2010, harganya telah meningkat sampai RM185,000

Rumah merupakan satu pelaburan. Daripada masa ke semasa nilai hartanah Malaysia akan meningkat dan terus melambung tinggi.

Kalau beli tanah, kemudian buat rumah lagi untung besar. Berbeza dengan kereta di mana nilai kereta akan menyusut daripada masa ke semasa. Anda ada baca kenyataan Pengerusi MAA dalam akhbar tempoh hari yang mengatakan jualan kereta tahun 2010 amat memberansangkan dan semenjak tahun 2009 nampak peningkatan ketara di situ dan dijangka tahun 2011 lagi banyak orang akan membeli kereta.

Itu yang dilihat sekarang terutamanya golongan muda, mampu beli kereta mahal-mahal sedangkan masih lagi duduk menyewa. Mungkin ada sebab-sebab tertentu mereka berbuat begitu. Walaubagaimanapun, kebanyakan golongan muda hari ini cara hidup mereka :

“Biar papa, asal bergaya”

Tetapi itulah nak beli rumah kena tengok tempat juga. Lihat apa yang jadi di sekitar Bukit Beruntung. Pada masa sekarang, “tak beruntung langsung” siapa yang beli di sana. Tetapi suasana mungkin akan berubah jikalau diletakkan sesuatu yang menjadi tumpuan ramai di situ, contohnya sebuah kampus universiti ataupun perkhidmatan pengangkutan awam dipertingkatkan.

Walaubagaimanapun, realitinya kalau beli 5 tahun dahulu, tahun 2010 nilai hartanah di sana jatuh sampai setengah harga. Lagipun pada masa itu, kerajaan Selangor mensasarkan pembangunan di sekitar Serdang, Kajang dan Bangi.

Dalam masa yang sama, Bukit Beruntung adalah salah satu daripada masalah spekulasi hartanah. Kasihan kepada pembeli di sana. Kalau lelong rumah harga RM10,000 belum tentu laku. Kalau nak dibandingkan Malaysia dengan Jepun sangat jauh berbeza.

  • Penduduk Jepun yang tinggal 100 km daripada tempat bekerja di bandar besare seperti di Tokyo, masih mampu duduk di rumah yang cukup selesa pada harga yang berpatutan dan dalam masa yang sama tak perlu risau  walaupun rumah mereka jauh daripada tempat kerja. Setakat nak ulang alik setiap hari dengan jarak 100km  lke tempat kerja “senyum sahaja” mereka. Mereka naik keretapi laju setiap kali pergi kerja
  • Di Malaysia, berapa ramai boleh tahan tinggal di Seremban kerja di Shah Alam, berulang-alik setiap hari?

Bahang Property Bubble Malaysia?

Tetapi itulah, kalau harga nilai hartanah Malaysia terus meningkat yang sengsara nanti ialah golongan yang berpendapatan serdahana. Sudahlah tak mampu beli rumah, tak layak pula dapat PPRT. Yang kaya boleh beli hartanah banyak-banyak.

Akhirnya nanti pasaran hartanah hanya berlegar dan berpusing-pusing sekitar orang-orang kaya dan market manipulator. Lihat sahaja sekitar Shah Alam, berpeluh dibuatnya apabila melihatkan nilai hartanah di sana.

Harga-harga rumah di sana  teramatlah mahal. Rumah semi-D rata-rata lingkungan RM1.2 juta.

Yang dibimbangkan di sini, apabila harga rumah yang begitu tinggi, maka makin kuranglah peluang terutamanya golongan Bumiputera utnuk memiliki rumah-rumah double storey atau rumah-rumah yang mempunyai prasarana yang bagus.

Lihatlah kawasan-kawasan dan bandar-bandar baru di Shah Alam contohnya, Kota Kemuning, Bukit Rimau, Kemuning Greenville, Kemuning Utama, Bandar Botanic, Bandar Puteri, Bandar Putera, Alam Impian, Putra Heights, D Kayangan, Glenmarie Temasya, Zero Lot di Glenmarie, Bukit Jelutong, Cahaya SPK, Setia Alam dan banyak lagi projek-projek perumahan gah di Selangor ini.

Kalau anda ke sana, hampir 90% pemilik dan penghuni rumah-rumah mewah sederhana ini tidak dimiliki oleh kaum Melayu. Kaum Melayu awal-awal sudah angkat bendera tak mampu nak beli. Mana perginya peranan pihak berwajib sehingga jadi begini rupa? Adakah mereka-mereka ini memikirkan soal ini semua? Di manakah keprihatinan mereka? Dan masalah ini semua bermula apabila  kuasa membeli perumahan-perumahan serdahana telah semakin hilang dan terjadilah apa yang kita lihat hari ini dikalangan Bumiputera. Apabila bercakap majoriti Melayu nak beli rumah flet kos murah pun tak mampu, inikan pula nak bersembang berkenaan rumah-rumah mewah? Lupakan sahaja…..

Cuba lihat kenyataan Menteri Datuk Chor Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun lalu:

SHAH ALAM: The Housing and Local Government Ministry does not foresee a property “bubble” in the country, where a rise in prices will be followed by a rapid reduction. Minister Datuk Chor Chee Heung said that so far this year, property prices had increased by 37%, unlike Singapore and Hong Kong where the figure had already exceeded by 35% last year. He said the increase in property prices since 2008 was due to the high cost of land, building material and entry of foreign companies into the sector. StarProperty

Kalau dah nilai hartanah Malaysia setahun meningkat sehingga 37% masih belum boleh dikatakan property bubble Malaysia? Pastikah kenyataan seperti itu wahai menteri? Mengikut kenyataan sebelum ini, penganalisis sektor kewangan bersependapat dengan OSK.

Apa yang mereka katakan? Dijangka pada tahun ini, adalah waktu yang terbaik untuk jual rumah dan turut dijangkakan yang mana pada tahun 2012 dan 2013 adalah masa yang terbaik untuk beli rumah kerana pada masa itu banyak rumah lelong dan dijual pada harga yang rendah. Jadi kepada semua, kita tunggu dan lihat. Kepada yang berkemampuan, mulalah menyimpan tunai untuk beli rumah lelong pada tahun tersebut.

Hujah-hujah yang mengatakan tiada property bubble Malaysia ini juga datang daripada REDHA. Kalau mereka (REDHA) mengaku akan berlaku “property bubble Malaysia” dalam masa terdekat , siapa yang nak beli rumah pada masa itu? Nampak?

Baik semua tunggu sahaja “bubble burst”, betul tidak? Katakanlah tak betul akan berlakunya property bubble Malaysia, kenapa BNM meningkatkan Kadar Dasar Semalam (OPR) sebanyak 3 kali tahun 2010?

Pelik, pertumbuhan ekonomi tidak benar-benar berkembang, kekayaan negeri tidak benar-benar melonjak naik tetapi dalam masa yang sama nilai hartanah Malaysia telah meningkat tinggi. daripada masa ke semasa. Adakah ini masih bukan lagi dikatakan tidak ada tanda-tanda akan berlakunya property bubble Malaysia?

Kalau anda semak bajet sebelum ini, kemudan pinjaman rumah bagi kakitangan kerajaan naik sampai RM450,000. Yang peliknya di sini, gaji tak naik tapi loan naik, nak bayar pakai apa? Rumah RM450,000 kalau ambil loan  bayaran bulanan sekitar RM3000, berapa ramai kakitangan kerajaan yang mampu? Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak  tak terfikir ker dengan menaikkan loan rumah, pihak pemaju pun akan mengambil kesempatan menaikkan harga rumah Malaysia selepas itu?

P/S : Takkan nak tunggu property bubble Malaysia baru mahu bertindak?



Share.

62 Comments

  1. baru blaja on

    lama kelamaan orang yang x mampu akan merempat ditanah air sendiri.. Maka akan selamanya lah yang kaya semakin kaya yang miskin semakin miskin.. padan muke aku..

  2. Kalau kuasa membeli tiada atau kurang …nampak gayanya akan bertambah2lah rumah2 setinggan….org melayu nampaknya terpaksalah tebas2 hutan buat pondok…rumahku hutanku…hutan2 pun bukan milikku….

  3. aduh..dgn gaji sekarang pun aku xmampu lagi nak bayar downpayment rumah..rumah pulak makin mahal kalau lambat beli..pressure2

  4. erm baru tersedar…mahalnye rumah sekarang…erm nasib aku dah ader rumah sebuah…erm nak uat badget nanti leh tgk rumah lelong plak…terima kasih utk info yang berguna kepada semua…tapi mereka yang bertanggungjawab tidak berfikir ke tentang orang yang kurang berkemampuan…zalim manusia zaman sekarang..fikirkan utk diri sendiri jerk…

  5. Rumah flat kt seksyen 7 shah alam skarang ni, dah ada yg berani letak 140k. aku pun xfaham.jenis flat kononnya dah panggil apartment.memang xmasuk akal! apartment baru plak kt situ harga bermula rm243k. gile ke apa??? rumah xbertanah pun harga dah macam ape..rata2 orang b/putra memang xmampu beli rumah2 baru. stakat gaji bawah 3 ribu, jgan mimpi le. beli rumah lama jela..
    Aku rasa ini ada kngspirasi ke ke atas kaum b/putra di negara ni?
    Kita bakal merempat di negara sendiri! Jadilah nanti tuan tanah yang xberharta..
    Sedarlah wahai semua!!!

  6. mahukanperubahan on

    betul lah ni…lama2 yang memiliki rumah dan tanah di Malaysia ini adalah kaum2 cina..kaum melayu tak ramai yang mempunyai tanah kerna harga yang agak melampau..apa nak jadi dengan Malaysia nanti bila tanah2 di Malaysia dimonopoli oleh kaum bukan bumiputera…secara perlahan kaum cina menjajah bumi Malaysia ini..kaum melayu jadi penyewa di Bumi Sendiri..kerajaan hanya pentingkan keuntungan..projek berjuta2 beri kepada developer cina, dan rumah dibeli orang cina..projek yang melayu dapat pun subcon kat cina…

  7. kat bandar ni.. buat keje 2-3 pun tak kemana gak gaji.. rmh sewa, keta sewa beli.. keje 10 thn pun tetap sama.. so org bumi kena cari peluang and work smart.. lagipun islam suruh hidup sederhana jer.. tp jgn sampai papa kat bumi sdiri..
    p/s: aku dah mula servey keje kat kg baru aku dah.. baling n sg. petani… kuantan dan kemaman pun termasuk dlm list…

  8. dulu masa aku keje swasta, gaji cina br msk lbh tinggi dari aku yg lama, aku buat untung comp byk pun,dpandang sblh mata..yg ni x smua org tau,diskriminasi kt sektor swasta lg teruk dr apa berlaku dlm paper sblm2 ni…

  9. aku mampu umah kos rendah je..gaji 2000 pn xckup nk beli umah kt area klang

  10. sebab ape melayu tak mampu..sebab cina niaga sape yang beli barang die..pk la..bangsa melayu..harga mahal pun tak pe..puas hati..tapi kalau beli kat orang melayu takot sangat..kalau jual mahal cakap melayu tipu melayu,kalau jual murah cakap barang tak berkualiti..hakikatnya korang kene tipu dengan cina..kalau cina niaga tak amik untung banyak ataw tak sembelih orang melayu.korang ingat dorang boleh ke pakai kete bmw 5siries baru..rumah banglo..korang kene tolong bangsa sendiri tanpa prejudis..tak dinafikan ada peniaga melayu kurang barang ataw tak semaju kedai cina..tapi kene fikir sebab ape..sebab orang melayu baru nak berjinak2 nak niaga..baru belajar..orang cina ni dah generasi ke generasi..so tak heran la dorang maju..kalau kita tak tolong orang melayu,sampai bila2 la melayu tak maju..kalu kita tolong sekarang generasi melayu yang akan datang akan hebat..so korang sebagai orang melayu pun kene berniaga…tanm kan dalam hati nak tolong orang melayu..nanti korang niaga korang tahula..senang macam ni la..cube korang niaga kawasan perumahan cina..jangan harap la kaum cina ni nak datang kedai korang..aku tak penah pergi kedai cina..kalau aku pergi kedai melayu pun kalau mahal sikit pun takpe..sekurang2nye dengan duit tu die bagi anak2 die ke,mak ayah die ke..bagi cina..tutup kedai g minum arak..judi..disko..renungkan..

  11. Harimau Kumbang on

    Bro…kpg pun dah tak de..macam mane nak tanam jagung…tanam atas jalanraya boleh ke..he.he.he…

  12. Melayu Ditindas on

    inilah apa yang jadi apabila pakatan rakyat yang ambil alih selangor yang mana DAp yang jadi raja di sana, melayu di ana makin tertindas. Ramai dah mula sedar keperitan di bawah pemerintahan DAP kat selangor sekarang

  13. alhamdulillah.. nasib baik aku beringat masa umo 20 tahun dulu.. wl br je 6 tahun aku bl rumah teres setingkat jer..aku dh de rumah sdri.. skang dpt lg sbiji umh kt pj wl pangsa aku bangga dgn dr aku krn dh ade aset. kete proton jer ( emm ok pa proton ) aku mkn gaji sdri ( non gov o priv ). sbb tu sediakn payung sblm hjan. ingatlah org tersyang…

  14. Menteri pn asyik ckap lain…sedangkn mmg skrg ‘property bubbles’….
    Biasala dana2 barat mula berpindah ke timur…spekulator asing mula melabur di pasaran asia spt dlm hartanah dan bursa..tambah teruk ringit xder nilai diluar,so the only option hanya hartanah…lgpn ekonomi secara long-term agak teguh & diversified…
    Tangguh dlu pembelian anda…ekonomi naik sikit tahun nie,tp harga minyak bakal naik antara $150-300pertong (rujuk buku twilight at the desert tulisan simmon matthew) tahun nie…ketika tu la jd harga hartanah menjunam jdlah fenomena ‘bubble burst’….harga rumah skang mn tau boleh beli 2bijik rumah yg sama pd thun 2012!!
    So tunggu la sekejap…dr rugi terus hahaha ;-)

  15. barangnaik on

    sejak najid memerintah semua barang naik sebab rosmah nak gi melancong…BN=barang naik

  16. rakyat susah on

    kalu korang nak tau..itu adlah taktikal kaum bkn bumiputra utk menendang kuar bumiputra drpada duduk di kawasan bandar atau strategik…secara halus..ini realiti yg perlu dihadapi skrg…tgkla kawasan shah alam skrg..Sudah banyak kaum lain yg tinggal disebbkn nilai hartanah yg tinggi di situ..melayu? dudukla kat ceruk2 kg..jauh dr prasarana..PKNS yg dulu bt rumah utk rakyat bkn lg memegang motto tersebut..dioarg dah mcm developer swasta..Untung2…xder tnggjwb sosial..pegi mampus..anak bangsa aku akn dtg..yg penting poket aku penuh…Contoh yg terang lagi terbukti boleh dilihat di penang! apa dah jd kaum melayu kt sana? tgk plak kt shopping complex yg besar2? nak nampak owner melayu boleh dibilang ngn jari..silap2 satu pun xada..Fikirkan2lah…Kerajaan termasuk pihak berkuasa tempatan perlulah memantau keadaan ini..Takkan nak bg kaum Melayu hanya duduk di PPRT je?? MALAYSIA dah merdeka lebih setengah Abad tp Kaum Melayu semakin hari semakin terpinggir! Aku sayang anak bangsa Aku………………..

  17. sori la bro, dgr hujah ade rasional nyer..tp yang peliknyer leh berbangkit soal bumiputera???????????haha very nk gelu ketiak aku dgr

    Apakah Orang2 besar sehingge lah yang kecil PR cakap terutama PKR dan PAS, bila umno cakap nk pertahankan hak, orang PR dalam islam x cakap lak sal orang bumiputera ni. so that mean, x de ketuhanan melayu

    mainan politik murahan daripada puak2 PR ni semakin lama semakin meluat..kejap cakap x yah ketuanan bumiputera dan melayu..pe maksud ketuanan itu? itu bermaksud hak2 bumi dan melayu terpelihara..tup2 nk cakap sal hak bumiputera lak…cakap betul2 lah weh..sekor cakap mcm ni..sekor cakap mcm tu..

  18. sejak najid memerintah semua barang naik sebab rosmah nak gi melancong…BN=barang naik  
    aku setuju sangat..ketara kenaikannya..barangan dapur naik,bawa $50 pergi pasar dpt beli ayam.ikan kembung je..susu & lampin budak..bil asto boleh pulak tax 6% lg kt pengguna..petrol !!jadi ape yg tinggal..hampeh punya gorment

  19. Jgn lupa ‘property bubble’ tahun 1995-96 dulu…rakyat berebut beli rumah sbb takut lepas 1997 dan keatas harga rumah melambung & mereka xmampu lg  beli rumah…tp sygnya ekonomi msia bangkrap thun 1998 dan harga hartanah jugak jatuh mendadak(bubble burst)…malah byk syarikat perumhn terpaksa jual harga rumah terlampau rendah..dpt setengah harga pn ade…
    So situasi dh berulang…xkn xambik pengajaran dr pengalaman dlu…jgn biar pisang berbuah 2kali….

  20. Harimau Kumbang on

    Mat, lu pegi teropong mana2 ade lagi tanah yg kosong milik org melayu.Gua mau bikin projek mega baru…kasi ini negeri maju…

  21. barang naik on

    semakin merapu aku tgk sesetengah komen kat sini..bila harga rumah melambung..salahkan PR lah..salahkan cina lah..apa kaitan kenaikan harga rumah dgn drg?ckp ikut fakta dan tgk keadaan semasa.. kenaikan harga rumah dan tanah kerana permintaan meninggkat,byk kemudahan yg disediakan,lokasi strategik,tambahan pula harga bahan binaan..pasir,besi,simen,keluli dah naik. rumah di bndr2 bsr mcm SEL,KL,JB,Penang mmg mahal,hanya org cina je yg mampu beli..org cina kaya,kaki bisnes,tgl dibandar sjk dulu lg..ni fakta!!di bndr,org melayu hny mampu beli rmh flat dan hanya mampu duk kat kg2 je..gaji 2ribu blm tentu blh beli rmh..brpa ramai org melayu kerja makan gaji bergaji bsr? cina kaya kerana berniaga..kalau semua rumah banglo/kondo di kuota utk org melayu jwbnye..kosong jelah rumah tu..pemaju pun gulung tikar.harga rumah dah naik,harga minyak naik,,harga brg naik…rakyat? org2 melayu yg terus jd mangsa…pikir-pikir lah…

  22. Bukan melayu tak mampu nak beli tapi melayu lebih suka beli kereta tunai dari beli rumah tunai. Satu lagi semua pemaju rumah di KL adalah milik orang cina, itulah cara orang cina nak halau melayu ke pinggir bandar dengan letak harga yang tidak masuk akal atas alasan kos.Kerajaan pula buat kemudahan canggih dibandar akhirnya orang melayu tak boleh nak guna, tapi yang sokong kerajaan UMNO adalah melayu…… fikirkanlah…..

  23. sesiapa yang belum beli rumah elok beli rumah sekarang,harga rumah sentiasa meningkat..3 tahun lagi rumah area Shah Alam..terrace 20′ x 70 ‘akan nilai rm450-500k,area KL jangan cakap la,,kondo pun rm500k,apartment jadi rm280k,flat jadi rm200k…so fikir2 untuk simpan duit untuk bayar muka..jangan joli duit gaji beli x berfaedah…cau…

  24. setong singgit.... on

    huhh.. kalau macam ni nak kena buat rumah rakit la.. letak kat sungai kelang…

  25. masalahnye orang melayu nie setakat bagi komen je..tapi tak bertindak..compom punya..cukup2 la jadi hamba kat tanah air sendiri..malu la..

  26. Tenang Station on

    Saya beli dua hartanah di Kota Damansara tahun 1999 pada harga sekitar 190K dan 230K. Sekarang masing-masing dah boleh dijual pada harga antara 350K dan 550K. Ni tengah pening, nak jual sekarang atau tunggu 2012-2013.

  27. Sy berpndapat anda harus jual skrg….sbb secara normalnya pemilik rumah semmgnya nk harga yg tinggi atas hartanah mreka…
    Tgk situasi skrg…dgn kebanjiran ‘hot-money’ dlm klci dan pasaran hartanah yg mengalami gelembung @ bubble…bermakna ada ‘sesuatu’ krisis bakal berlaku selepas ni…so situasi ni sama mcm thun 1995-96 dimana hot-money yg terlampau byk berlegar….xlama lepas tu..msia menghadapi krisis ekonomi asian 1997..dan nilai hartanah jatuh mendadak…..so skrg sama la situasi 95-96…

    Mungkin xberapa bulan lg krisis ekonomi & krisis makanan teruk akan berlaku sbb kenaikan harga minyak…ketika harga myk naik, fenomena ‘bubble burst’ akan berlaku & nilai hartanah menjunam…mn tau dr 15-25%…..kalo jual RM350k hanya dpt jual sekitar RM260K shj…
    So kalo nk jual, juallah skrg…kalo nak beli tunggu la dlm 2012-2013 nnt…
    Jgn risau…kalo anda jual skrg org mcm JOE tu akan beli….so no worries ;-)

    Imbhotep-just my 2 cents

  28. Jenguk-jenguk on

    Bila makin banyak bangunan tinggi, itulah yg akan jadi. Kat Jepun, berapa ramai orang tak da rumah. Sekali ekonomi merudum, kerja hilang, rumah hilang, keta hilang, bini hilang, anak x leh sekolah, nak sewa rumah pun x mampu. Inilah kegolojohan yg diajar ideologi-ideologi kuffar.
    Marilah kita pakat-pakat ngaji balik sistem kemasyarakatan yang nabi ajar.

  29. sebab tanah sekarang mcm emas..sape2 ada tanah leh buat bisnes..hee

  30. Negeri Kelantan adalah negeri yg paling selamat krn bkn stkt spekulato xleh beli rumah/hartanah di sana, melayu dr negri lain pun xleh beli rumah/hartanah di sana (bleh beli rumah tp brsyarat,tanah xleh lgsung kecuali G.musang n K.Krai sj). Nasib baik Sultan dulu cerdik ++ lg kerajaan PAS yg bijak. Puak2 demo jgn jeles. bt keja tmpt org, tua2 nnti blk pencen kt kelate. tanah pun byk mak bapak tggl.

  31. Gaji RM3200 + bini RM3200 tk mampu beli rumah di P.Pinang(sbg Prai bkn Pulau). semua rumah dh cecah rm 300k ke ats.. bln dh rm2000 + hutang lain. boleh jd muflis. kenaikan hrga dsbbkn oleh spekulator luan negri spt Hg Kong, China n Sngpore akibat dasar kerajaan Mysia is My 2nd Home yg byk menguntungkn kroni. apa jadi dgn rakyat brpndapatan rm1000 ke bwh? ada yg masih bergaya dgn kereta WIRA yg di ubahsuai dgn ekzos kpl trbang namun menyewa flet rumah murah. kan lbh jimat bw moto ja,duit simpan beli rumah lelong.

  32. FrankRose on

    ada benarnya juga komen ni, tapi
    1) Permintaan tu macamana asas dia… gerakbalas spekulasi ke (ingat 1997,98) atau memang permintaan sebenar (real demand)
    2) Kenaikan harga barang spt besi, simen, batu ke hapa lagi semua tu…. bergantung kepada salah faktor kat atas…
    3) Kisah meletupnya belon real estate di US sebabnya satu je….. spekulasi + hutang + hutang yang dicagarkan + hutang di spekulasikan…) semua tu kat malaysia sedang rancak tu…. (ada pernah dengar istilah REFINANCING… bila harga rumah naik ikut harga pasaran, bank offer pinjaman dengan harga semasa rumah sebagai cagaran (boleh tambah tunai ditangan…. atau kalau cerdik boleh kurangkan bayaran ansuran rumah) kat US benda ni yang hancurkan ekonomi… so kita…..)

  33. tuan besar on

    harga rumah naik salahkan cina… salahkan developer cina. .. senang shj nak salahkan cina. pikirlah sendiri siapa yg dapatkan semua ap utk jual kereta, dapatkan tanah dari kerajaan murah-murah pun dijual serta-merta utk dapatkan $$$ utk berjoli. Korang ingat semua cina kaya dan ada bisnes sendiri. 95% cina makan gaji shj. kepercayaan karut, kisah dongeng berbau perkaumaan. saya nak upgrade rumah pun tak mampu kerana terlalu mahal sekarang. salahkan najib tun razak dan bn kerana tidak mengambil ape tindakan keras ke atas pemaju perumahan yg sewenang-wenangnya naikkan harge rumah. mcmmana harge rumah depan sri muda shah alam yang selalu banjir (kemuning utama) boleh naik dari 300k kpd 500k dalam masa 3 -4 tahun? sah memang ada property bubble sekarang seperti di us, tahniah kpd siape yg beli hartanah sekarang… bayar loan mahal sampai tua, nak mati pun bangkit dari kubur…

  34. Aku mmg melayu on

    Aku x stuju ko jual.nape?knpem yg leh bli nti ca ya nun alip je.bkan racist,tp sedih.aku dh usha byk umah subsale kat kl yg owner melayu.hrga mmg ketuk.mmg ko wat invest ikut mv.dpt duit lbih snyum spi tlinga.tp ko fkir x masa dpan?melayu sndri halau kaum melayu kluar dr bndar.last2 aku jpa umah kat seremban.umah besar & baru dgn hrga mmpu aku bli.mmg puas hti.yg x puasnye jauh dri tmpt keje.so what?keje kat mana2 pn de.lgpun sremban nmpak potensi nk naik.yg pnting aku dpt bli rumah ‘landed’.bkan di awang2an.coz hrga umah aku kat sremban tu standard hrga flat or apart yg dh buruk kat kl.
    Org melyu kaya ptut tlg kaum sndri.klu nk jual rumah,usahakn dpt pmbeli melayu.hrga kawtim ar kit.jgn sik pkir nk kaya cpt sudahnya nti cucu cicit merempat.dripd jual,baik sewakn.

  35. Ko xpaham pn ape yg aku tulis…ko tulis pn main langgar jer…
    mmg la utk survival melayu mmg la xpayah jual,tp masalahnya Si Tenang Station ni dlm ‘PROSES NAK JUAL RUMAH’,so timing tu penting…so dia dlm proses menilai Timing yg sesuai utk jual….of course la kalo nk jual mesti la nk jual harga tinggi,betol x?!
    So soalan dia ‘NAK JUAL SKRG ATAU TUNGGU BEBERAPA BULAN LG’?!
    Aku berpendapat skang ni tgh ‘bubble’…wlaupn kerjaan xmengaku,tp nmpk sgt skrg…krjaan China dh mengaku berlaku bubble…so dh jd kebanykn negara di asia…

    Kesnya skrg, terlampau byk demand atas properties yg sedikit..so dianggarkn byk pembeli asing dan domestik beli rumah menyebabkn harga melambung, cuba ko bayangkn,dianggarkn thun ni minyak mentah naik mendadak ke US$150-300pertong, sure pembeli luar cepat2 jual property dieorg utk tampung kos hidup meningkat…lepas tu sbb harga minyak naik mendadak, automatiknya interest naik menyebabkn pembeli domestik yg kebanyaknnya berhutang dgn bank terpaksa bayar installment lebih, menyebabkn mereka terpaksa jual hartanh dieorg takut tanggung risiko harga installment jauh lebih tinggi,ditambah plak interest naik menyebabkn pembeli baru membatalkn niat beli property…masa tu la dinamakan ‘bubble burst’…mana tau masa tu harga hrtanh dh menurun 15-25% dr harga skrg…kalo jual skrg bleh dpt RM300K,tp sbb nk jual dgn harga lebih tinggi,tgk2 jual lepas ‘bubble burst’ hrga dh jd  RM225K jer…so yg DALAM PROSES jual rumah hanya dpt short RM75K!!

    Ala jgn risau cha ya nun alif xkan beli skrg…dieorg paham ekonomi…lain la org kita,membaca malas,ekonomi pn xpaham…kalo yg beli skrg pn mungkin beli rumah utk duduk shj dan beberapa kerat shj beli skrg utk investmnt sbb takdak ilmu ekonomi…
    So tak payah la ckp psal survival melayu…bandar mmg tempat dieorg…depa masuk bandar beniaga,kerja kuat,bersungguh2……melayu plak masuk bandar hanya kejar keje mkn gaji yg ntah berapa sen je gaji sbulan,nk keje senang,goyang kaki,kuat mengular…….so hujah ko dh nonsense…
    lgpn tanah rezab melayu still berjuta hektar seluruh msia..so berpijak la atas realiti…

  36. Aku mmg melayu on

    O,cmtu.kira aku yg x fhm soalan la?ini pndapat aku yg x pro ekonomi.coz aku x fhm knapa org msti tiba2 nk jual rumah bila hrga naik.sewakn je xleh ke?lg long term invest & still de aset tu.pstu nk buble ke nk burst ke,sewa ttap jalan.org ttap nk cri umah.x lain reason dorg coz nk untung cepat kan?ce citer,ce cter kit kat aku yg buta eko’no money ni’.aku tau ko ni msti otai part ni.hrap jwb ye.tp pe salah keje mkn gji bkn wat ctak rmpak,gamble or nite club.halal beb tgung famili.bkan mmg tekejar2 nk mkn gji,stakat ni, DIULANG, STAKAT NI,mkn gji je yg mmpu.stakat wat bisnes kai duit makbpk or loan bank,xyah ckp byk ar.bpk aku pn de company sndri.aku pn bli rumah utk duk sndri pe.umo 27 dpt bli umah & kreta dh bis byr.ngam2 la tu.sume org yg bli umah scara otomatiknya dh wat investment.tul x?klu x invest dlm market pn invest tuk next gen la.xyah ilmu ekonomi kut nk pkir bnde tu.aku tgk belumba je cina bli rumah kat tmpt aku tu.lgpn tu sume jgkaan je.klu xjd ‘meletup’ pn rugi gak coz market increase lg.sori la klu main lggar lari je topik ni.tp aku mmg x bknan rumah2 subsale kat kl.mncekik!seremban pn town gak.x mati pn kluar KL.tanah rizab melayu?nmpak sgt suka jd reserve(rizab).x pijak realiti ke?klu x sdar dh kena jajah,tu bru la bjlan dlm mimpi..

  37. Haha…makin byk ko tulis makin terserlah kedangkalan ko…semakin lama baca komen ko dh terang ko xbaca dgn betul,jenis org baca sekali-arung jer…berapa butir jer yg ko pham…sbb dh jd melayu tipikal,malas baca…cuba ko baca bebetol pertanyaan Mr Tenang station tuh….

    Dh terang2 Mr Tenang Station dh NEKAD nk jual rumah dia sbb dia kata dia ada “dua properties”….mgkin dia nk jual salah satu rumah dia atas sbb tertentu mn tau anak dia nk msuk universiti ke,makayah dia sakit dan memerlukan pembedahan ke…so buat ape ko nk halang?!?
    Skrg mr. tenang station dh ada 2 rumah….so dia dh tergolong individu yg melabur dlm segmen hartanah….cuba ko rujuk sistem cukai msia,individu yg ada 4 & lebih rumah bleh dicukai(tak termasuk rumah yg didiami)…so menunjukkan kalo rumah duduk xdikira pelaburan,hanya utk pelindung inflasi jer,mcm simpan duit di bank, interest tu menjdkan duit kita mempunyai nilai sama dr tahun ke sthun…kalo hartanh lebih dr satu,bru dikira pelaburan,sbb bkn setakat dpt gain dr peningkatan harga rumah(pelindung inflasi@inflation hedge),tmbh lak dia dpt sewa…
    Tp masalah skng,Mr tenang station mmg nk JUAL diulangi JUAL RUMAH dlm tempoh masa setahun ni..mn tau bini dia menghidap kanser yg memerlukn duit yg byk ke…… ko plak nk menghalang atas sbb ‘remeh’ survival melayu?!?! Buat apa kalo dia sewa pn hanya utk beberapa bulan jer- calculation utk sewa rumah sampai bulan januari 2012-
    RM1500(anggrn sewa sebulan) X 7bulan= RM10.5K

    Tgk2 bulan 10 properties market dh burst, pd masa sama plak dia perlu bayar utk pembedahan bini plak,so kena jual jugak rumah kedua dia…tp harga rumah dh turun RM225k yg asalnya RM300K…dh short RM75K
    So mana keutamaan skang-
    a) Sewa rumah-RM10.5K
    b) gain harga rumah ketika bubble-RM75K?!
    Budak2 tadika pn bleh jwab!!

    Aduhai…aku pn dh terang pn mcm ajar budak tadika dh..sebijik sebijik…..nk mengajar org2 mcm anda ni mmg menampakkn anda mmg pelajar2 kelas second last dr 20kelas…aduyai!!!tu la masalah ko bacA sekali arung jer…apa pn ko xdpt…
    So adakah mr tenang station biar bini dia terus menderita kanser tanpa pembedahan hanya atas sbb kekalkn rumah atas survival melayu?!?! Choiiiii!!

  38. Adakah anda tahu berapa banyak keuntungan yang dikaut oleh seseorang kontraktor apabila menyiapkan sesebuah rumah. Pada kebiasaanya harga rumah dikira mengikut keluasannya. Contohnya bagi sebuah rumah bungalow satu tingkat yang sederhana dari segi rekabentuk, kadarharga yang digunapakai oleh kebanyakan kontraktor rumah adalah purata RM110 per kaki persegi buat masa ini tahun 2011. Kadar harga ini adalah termasuk upah pekerja, bahan binaan, system pendawaian letrik dan sistem paip bagi bekalan air dan ianya hanya sesuai bagi bandar-bandar kecil dan sederharna saja. Bagi Bandar besar kadar harga sememangnya lebih tinggi lagi.

    Jika keluasan rumah tersebut adalah adalah 1500 ka persegi maka harganya kos pembinaan rumah bungalow tersebut adalah:-

    1500 x RM110 = RM165,000

    Pada asasnya kos pembinaan bagi sesebuah rumah adalah terbahagi kepada perkara berikut:-
    Kos bahan binaan 32% RM52,800

    Upah pekerja 32% RM52,800

    Keuntungan kontraktor 32% RM52,800

    Kos pengurusan 4% RM6,600

    TOTAL RM165,000

    Ini bermakna keuntungan kontraktor tersebut adalah sebanyak RM 52,800. Bayangkan duit jika anda sebanyak ini diberikan kepada kontraktor, tetapi kita semua tidak merasainya kerana duit sebanyak ini diserahkan secara berperingkat-peringkat melalui bank tempat anda membuat pinjaman perumahan. Kos pengurusan adalah kecil bermakna kerja mengurus pembinaan rumah bukanlah susah seperti kebanyakan orang fikirkan kerana ia boleh dilakukan seorang diri saja. Sebab itulah seorang kontraktor rumah boleh mengurus kerja-kerja pembinaan bagi 4 atau 5 buah rumah dalam satu masa. Kos pengurusan ini adalah tanggungjawab kontraktor tersebut dan bukannya pemilik rumah. Maka keuntungan yang diperolehi adalah bersih.

    MASALAH MEMILIKI RUMAH SENDIRI BERIKUTAN HARGA RUMAH YANG MELONJAKAN NAIK 2011/Mahukah anda jika saya ingin tunjukkan cara bagaimana anda boleh memiliki rumah sendiri dan menyelesaikan sebahagian masalah kewangan anda disamping anda boleh jimatkan berpuluh-puluh ribu ringgit jika tidak membeli rumah dari pemaju perumahan dan serta tidak perlu menanggung pinjaman perumahan yang membebankan.-kaedah penyelesaian dapatkan ebook percuma

  39. Salah yang menjual yang suke buat untung cepat dan pembeli yang mengalah pade kemahuan spekulator. pantang betul saye bile golongan ni memanggil diri sendiri “pelabur hartanah”. semuenye spekulator tak ubah macam george soros.

    contohnye melayu di shah alam beli rumah teres 20×70 sepuluh tahun dulu RM150,000 jual harge RM400,000 dan rela pindah ke sungai buloh dok di pedalaman tapi pakai bmw berulang ke KL.

    jangan layan penjual takde maruah begini. menjual ikut sedap hati, bukannye ikut kaedah saintifik mengikut harga tanah dan material terkini berbanding condition dan umur property.

    bubble ni mmg tak sustainable. income kite lak stagnant. percayelah, meletup nnt. so kite kene kuat dan pakat ramai2 jgn tunduk pade spekulator. bile dorang dah tak boleh service loan, padan muke.

  40. Aku mmg melayu on

    Ayat lu bro,x beragak2.klu wa ni mmg tipikal malay,dh lama kena sekeh.aku mmg baca skali arung tp aku fhm.pe yg ko fhm tu ko rasa btul ke?dia tnya nk jual skg or tgu dlu.ko rasa klu dia leh tgu tu mknanya de emergency ke?of coz not.dia cuma risau kekayaan cpt dia tu x sekaya yg sepatutnya.btul?ko pning kpala coz byk sgt bca buku.fakta bku teks.aku cter sal real life fact.bc bku dgn tmpuh sndri x sama bro.mlas lak nk taip pjg2.rasa mcm ajar bdk betatih jln.buka mata bsar.tgk keliling.kai otak.lg stu,mcm aku tulis dlu.beli rumah mmg otomatik investment.x invest dlm market pun investment utk nex gen.ko fhm ke mksud aku?mknanya,ank nti xyah risau nk bli rumah sbb dh de tmpt beteduh.ko sbuk sruh buka buku lak.mmg bgus bca buku,tp experience is d best teacher.sapa yg fhm,fhm la.mesti ada semangat survival melayu klu melayu nk trus jd tuan kat malaysia ni.choi?ntah2 ko bkan melayu??

  41. Mmg ternyata melayu tipikal…memalukan :-p
    Xpayah la menidakkn kepentingn membaca..wahyu pertama yg sampai sruh iqra’…membaca..tuhan kata tu…xtau la lu lg pandai dr tuhan..

    Options Mr Tenang Station ada dua jer iaitu:-
    a) JUAL SEKARANG
    b) JUAL KEMUDIAN
    -lu plak tambah plak lg satu jawapn c-
    c) SIMPAN RUMAH
    -kalo lu jwb mcm nie dlm jawapn spm pn lu dh salah sbb tak jwab soalan…tgk la aku jwb soklan!! Hahaha lu mmg kaldai!! Mesti spm pn lu fail dlu…hahaha!

    So biarla Mr Tenang Station nk jual…apa susah..kampung baru tu sampai kiamat milik melayu..apa yg lu nk jd terlampau perkauman sgt ni?!xpayah lah lu jd racist nk kata cina nk halau dr KL…mmgla nmpk sgt lu ni melayu tipikal,kalo dh sendiri malas asik mintak sedekah dr kerajaan je pn nk kata cina jahat sbb halau melayu dr KL hanya sbb depa rajin usaha,kerja kuat…so kena lawan la usaha org cina…saing secara sihat la  ;-p

    tgk la ramai melabur hartanah pn sbb barang makin naik..takkan duit depa tu nk labur makan dividen bank je kot..mn ckup!!!
    lgpun semua tau skrg makin susah,so apa salah nk untung…so salah ke untung sket dlm keadaan hyperinflasi skang ni?! kalo duit sewa pn dh xckup apa salah dia jual?! So berpijak la ke realiti…duit xckup…sewa pn xmemadai..

    Mana tau Mr Tenang Station boleh dijual rumah di kl pastu beli la tanah kt jauh sikit dr kl…mcm lu kt seremban,kira lu dh arwah anak merempat ke?!kt seremban pn rumah jugak ke?!? Kalo hasil jual rumah kl boleh bahagi dua,sebhagian still boleh beli rumah sama besar dan setengah lg spare utk kos hidup yg meningkat?!?
    Jgn xtau, thun 2000-2011 brg naik hampir 300%…gaji xnaik lgsg dr lebih 2dekad…..so apa salahnya?!

    Lepas ni minyak naik US$200pertong….kerajaan plak terpaksa bayar hutang ‘rahsia’ mahathir yg penah cecah RM400bil dlu,sampai dh xmampu tanggung subsidi myk dh…RON95 jd RM3-5seliter…myk naik automatik brg pn naik…so apa salah nk untung sket dr jualan second rumah Mr Tenang Station?!dia still dok KL lg di first house die,so ofis dgn rumah xjauh sgt…so apa salah dia jual dan dpt keuntungan dlm keadaan serba susah skrg ni?!?nnt bila myk naik property market dh burst harga rumah dh jatuh,pastu jenuh nk korek duit la,rompak bank la,buat 3keje dlm satu masa la…haha rasa la padahnya hahaha ;-p
    so kalo dia rasa sewa dh ckup terpulang la pd dia…tp mmg bleh bet la skrg ni waktu susah…xkn nk naikkan sewa pn sbb org sewa pn tgk susah… 
    Kesimpulan….ukur la baju di badan sendiri…

    Ps-baca la sebijik2…ni dh tua pn lu xbelaja lg mcm mn lu fail spm dlu hahahaa ;-pp

  42. Mintak maaf la sedare, anda xpaham konsep asas…cara saya adalah MELAWAN spekulator…
    Saya jual SEBELUM spekulator jual…maknanya jual masa skrg la boleh mengurangkn margin spekulator dpt!!

    OK la ambik contoh,saya jual rumah ari ni, 2 mei 2011…masa hari ni spekulator masih memegang hartanah lg,so harga masih tinggi…tetiba sesuatu terjadi (ambik contoh kenaikan mendadak harga myk dr $110 pertong ke $200pertong dlm masa seminggu) pd  2 ogos 2011, pd 1ogos 2011 spekulator dh jual property mereka….so si ikan2 bilis mcm pelabur biasa ni panik takut harga terus jatuh, mereka terus jual pd 3,4,5 ogos 2011 dan seterusnya….mereka ini la yg org yg mengikut KEMAHUAN SPEKULATOR!!
    so kategori mereka yg melawan spekulator ada dua iaitu:-
    a) jual sebelum spekulator jual (iaitu sblm ogos 2011 dr contoh cerita kat atas)
    b) simpan rumah 
    -cumanya pihak simpan rumah perlu tunggu 2-3 thun lg utk harga rumah kembali balik harga rumah sblm ogos 2011…itu saja…
    Haha…biasala hidup kena ada sikit ilmu ekonomi…memang dh dunia, kita tak boleh halang spekulator,itulah namanya sepak terajang dlm ekonomi…
    Jgn jd mcm mahathir dlu,thun 1998 bermati-matian mengutuk spekulator dan mintak haramkan perdagangan wang sbb ringgit jatuh teruk dr RM2.5 ke RM4.88 utk US$1, sedangkan dia lupa, Bank Negara Malaysia dibawah veto DrM sendiri dunia akui spekulator matawang paling besar era 80an dan awal 90an!!! Tgk pd thun 1992, pd peristiwa ‘black wednesday’, DrM sendiri yg menyerang dan taruh Pound sterling!!
     So apa beza DrM dan Soros?!?!
    Sama ja…cuma DrM mmg Melayu-mamak mudah lupa…mungkin karma @ balasan tuhan jugak terhadap DrM lepas dia spekulate matawang nagara lain….karma…mcm dlm quran ‘dosa walaupn sebesar zarah pn akan ada balasannya’…..so sama2la kita renungkan ;-)

  43. Aku mmg melayu on

    Dak skema yg mcm ko ni tau jwb ats paper je.xde life.hina dol..tau wahyu iqra’ je, lain ko cicir! cuba mtk ustad ko ajo & khatamkn ko.tnya sal apa nabi hijrah ,tnya dia nape nabi g perang.bru ko fhm kenapa nk bejuang.dol.kurang diajo.

    Ko je yg memandai sebok kata mr tenang station xde pilihan.terikat dgn soalan ‘timing’ dia.aku cuma nk dia think out of the box. klu dia xde reason kukuh nk jual (sbb dia x ckap),sewakn je rumah tu.petahankan saki baki org melayu kat town kl tu.bukan sruh dia smpan kosong je.dol.skg ko dh rasa susah,ank2 nti x tau lg cmne.tkut nti dorg mampu dok celah2 kmpung je.lain la mcm ko ni ha.xde life.sik mbidas hujah org.mcm pndai betul sgt.x plak leh saing donald trump.

    Ko ni duk celah mana?sapa janji kat ko yg kpg baru tu spi kiamat melayu punye?jgn xtau yg dorg tgh dok adjust je tu.tgu jela sapa yg kena.klu dpt kat ko yg sik suh jual je skg,mmg jahanam la.

    Igt cina keje kuat sgt ke?they don’t work hard,work smart.kluar modal wat cd jual rm5 xde kualiti berebut org bli dr jual rm50 ori,halal tp org x pndang.jual arak,jual btina.blum cter dia mark up hrga kat kat ko lg.dia pduli ape.jnji mashuk.saing sihat knon.ptuih!mmg dorg pndai bisnes,tp bkan sume bersih.ko ni mcm xtau je?dlm buku ko xde tulis ke?kesian..

    Racist?part ne komen aku yg racist?Mmg sakit hti klu kaum lain yg mghalau.tp skg aku ckp psal kaum melayu sndri yg mghalau kaum dia kluar dr town.silalah baca komen aku yg mula2 tu wahai mat skema yg tipikal tp syok2 hebat.xde masa nk taip pjg2 mcm ko yg xde life tu.

    Lu igt lu dpt A ats paper idup lu cemerlang?mai dtg dok kl ni tgk laku ke x kertas cabuk ko tu.bru tau langit tgi rndah.klu ko mkan gaji,tgk tgi mana pgkt ko leh g.. Klu ‘dorg’, kaum dorg bru msuk dh pegang pgkat beso.tp x reti wat keje. ko wat keje,dorg dpt nama.klu ko wat bisnes,tgk lama mana leh tahan.jgn bru 2-3 bln gulung tiko.x mampu nk saing sihat mcm ko ckp tu sbb koroni ‘dorg’ sume dok pegang.pusing2 bisnes kat dorg gak.de seciput koroni melayu kaya kat ats blum tntu dorg nk pndang support bisnes ko.sbb dia rasa ko mtk sdekah kat dia.WTF!

    Bdak hingusan mcm ko mmg byk kena belaja.jgn jd mcm pepatah melayu, bodoh xleh diajo,pandai xleh di ikut!ptuih!!

  44. Kahkah…biasala org marah2 ni org dh kalah..dia dh xdak hujah balas dh nk bg…so mula la meludah la hapa la hahah ;-p… Pastu menyamar org tua tp tgk tulisan dh tau bebudak lg…style tulis mcm ayt sms…xyah kelentong la hahaha 
    Sudah la…aku pn malas nk berhujah dh…seronok kalo berhujah dgn yg bijak pandai ada jugak hujah balas,bleh sesama boleh belaja…aku plak berhujah dgn org neuron xberkembang,aku plak terasa bodoh plak berhujah dgn ko….

    Tak der peningkatan ilmu lgsg…hanya byk emosi je byk….. hujah plak unilateral jer,satu hala ja…pi mai pi mai tang tu…
    Hahaha…aku malas nk jawab dh…kalo jwb makin terasa bodoh plak aku ni…makin terhakis la keintelektual kalo berhujah mcm ni hahaha ;-p

    Ko belaja2 pham sistem interest rate, inflasi, kesan kenaikan komoditi dan kenaikan mortgage rumah, kesan harga minyak,ringgit offshore dan negara capital control…pahamkan la dlu…sbb asas pn lu xpaham…
    Berpijak la dibumi nyata…harga barang bukan mcm thun 50an lg…harga telur bkn 1sen sebiji…harga segelas air bkn 5sen segelas lg…so berpijak la atas realiti….

  45. "Orang Minyak" on

    Salam..sabar2…tak guna kita berhujah disini..yg penting kuatkan azam utk perbaiki diri. Aku kerja dlm bidang oil n gas di Jalan Ampang KL, tak terlepas pandang pembangunan pesat di ibukota. Setakat ni property aku semua di shah alam, insya Allah Akan Ada di KL satu hari nanti. Berbalik pada kisah melayu bandar yg semakin hari semakin tersepit, aku rasa generasi melayu bandar Sekarang kena ubah approach supaya tak ketinggalan. Kalau dulu mak ayah kerja government kita kena ubah or upgrade kerja swasta atau berniaga. Bukan aku cakap kerja government tak bagus

  46. "Orang Minyak" on

    Salam..sabar2…tak guna kita berhujah disini..yg penting kuatkan azam utk perbaiki diri. Aku kerja dlm bidang oil n gas di Jalan Ampang KL, tak terlepas pandang pembangunan pesat di ibukota. Setakat ni property aku semua di shah alam, insya Allah Akan Ada di KL satu hari nanti. Berbalik pada kisah melayu bandar yg semakin hari semakin tersepit, aku rasa generasi melayu bandar Sekarang kena ubah approach supaya tak ketinggalan. Kalau dulu mak ayah kerja government kita kena ubah or upgrade kerja swasta atau berniaga. Bukan aku cakap kerja government tak bagus, sebab 90% keluarga aku keje dgn government. Hujah aku kt sini ialah, bila 90 % pekerja kerajaan adalah melayu, maka secara tidak langsung daya saing kita dlm bidang lain terbatas. Kenaikkan purata gaji guru sebagai contoh isteri aku yg kerja sebagai guru siswazah adalah rm200 setahun. Dgn rm200 tak byk yg kita boleh dpt betul? Kadar inflasi di Malaysia berkisar kepada 4% setahun bermakna jika hari ini teh Tarik berharga rm1 tahun depan kompom rm1.4 ataupun lebih..jd daya saing or buying power org melayu makin berkurang. Itu baru contoh teh Tarik, belum sy bg contoh ttg hartanah Dan sebagainya. That’s what we call inflation. Melayu Sekarang kena berdaya saing, berusaha bersungguh-sungguh Dan terokalah peluang yang Ada. Dulu aku pn pikir bangsa lain yg menindas melayu, tp skrg pandangan aku kita yg membuat diri kita rasa tertindas. Banyakan belajar Dan rajin menambah ilmu. Tamadun melayu wujud di tanah melayu 500 tahun dahulu..tamadun china Dan India wujud 5000 tahun dahulu.. Kalu kita melangkah setapak..diaorang langkah 10 tapak..insya Allah dgn perancangan yg betul dn ambil iktibar sirah Nabi kita pasti boleh berjaya. Kaji bgmana Nabi boleh keluarkan bangsa yahudi dr bumi madinah seterusnya mendaulatkan bangsa Arab dn Islam? Wahai saudara2 ku, perkara ini bukan mudah tetapi bukankah tujuan Manusia dijadikan untuk berusaha, beramal Dan beribadat kepada-Nya? Renungkan wahai saudara2ku..

  47. boikotrumah on

    jgn beli rumah sekarang…semua mesti pakat hold…harga dia pasti turun…rpgt pun dah naik dan loan pun base on net income…
    mmg bangsat pemaju2 ni…harga buruh naik la, harga tanah yg dah beli 5 tahun naik la…apa ingat kita bodo ka…
    so skrg boikot jgn beli…hold…..hold….
    mcm admin ckp jun up 2012 or 2013 bubble will come…
    happraq…. pihak berwajib pun mcm tidoq..

  48. Adiputra Selamat on

    Saya juga sependapat dengan encik blogger. Malah, jika kita memandang senario ini dgn lebih dalam, ia seperti harga hartanah ini dipolitikkan oleh golongan2 pemaju dan seangkatannya. Kalau dibaca dalam The Star (akhbar arus perdana), mereka xabis2 menyatakan harga hartanah akan terus melambung tinggi dengan pelbagai andaian dari mereka2 yg pakar (kononnya) dan golongan ini kebanyakannya bukan berketurunan Bumiputera pun. Org2 pakar (kononnya) ini akan terus cakap harga hartanah meningkat saban tahun disebabkan harga kos pekerja, kos bahan binaan, kos logistik, kenaikan nilai2 tanah tu sendiri, demand yang berterusan dan mcm2 lagi. Saya lebih berpendapat bahawa pandangan2 sebegini hanya untuk menakut2kan masyarakat dengan menekankan bahawa kononnya nanti rumah makin mahal, semakin susah nak duduk di bandar, nak kerja di KL tapi kena duduk jauh seperti di Klang, Sepang, Nilai, Ijok, Seremban etc. jadi diorang cakap elok beli rumah sekarang (kononnya). Terus terang saya berpandangan bahawa ini tidak adil untuk golongan berpendapatan sederhana yang gaji x tinggi mana, tapi bukan miskin. Umum harus mengetahui bahawa sebelum sesuatu projek hartanah atau kondo di’launch’kan, kebiasaannya beberapa unit dah dibeli dan dihadiahkan kepada org2 kaya Datuk2 Dato’2 gitu. Bila start launching aje, mungkin bilangan unit yang asalnya katakan 100 dah tinggal 50 aje.. lepas tu sibuk cakap unit Limited la, 70% Sold la mcm2 lagi just nak takut2kan masyarakat supaya beli la segera sebelum habis. Jadi, kenampakan ia seolah2 seperti dimainkan golongan pemaju untuk kaut keuntungan besar berterusan. Pihak berwajib (Kerajaan la sepatutnya, sapa lagi) sepatutnya main peranan penting supaya senario ini DIKAWAL supaya kuasa belian adalah adil untuk semua khususnya Bumiputera yg baru nak beli rumah pertama dengan gaji sederhana atau lebih rendah. Sepatutnya golongan kayaraya yang kebiasaannya TAMAK tu harus dikawal sebaiknya dengan memberi kebenaran untuk beli unit rumah HANYA sehingga 5 kali sahaja (CONTOHNYA ya..) sepanjang hidup diorang supaya orang lain juga dapat beli rumah juga dengan harga asal tanpa perlu beli ‘subsale’ yang dah tentu lebih mahal kerana owner yg kejam sudah tentu letak harga tinggi dengan menggunakan alasan2 yg pakar2 (kononnya) sebut di atas. Disebabkan oleh golongan yg kaya raya inilah bilangan rumah, kondo atau apa2 hartanah sentiasa jadi terhad dan golongan pakar property (kononnya dan bukanlah pandai sangat) terus2lah berkata bahawa demand tinggi dan harga akan melambung naik. Saya memang xsetuju dengan senario ini dan kalau saya jadi pemimpin negara, perkara sebegini dah lama DIKAWAL sebaiknya untuk keadilan semua rakyat.

  49. nih semua politik…duet org2 atasan no satu…corrupted…malaysia xkan maju…tp akan bankrup tahun 2020…cayalah…jom kita dok kampung…noreh getah…dpt jgk duet…jgn malu jd org miskin…!!

  50. Panca Delima on

    Market Bubble….ye pasti berlaku. Harga pasaran sekarang adalah harta spekulasi. Anda bolih meletakan harga rumah yang anda beli..sebagai contoh> Harga beli di kota damansara 250,000 pada tahun 2000. Cadangan nak jual sekarang> 750,000-880.000. Banyak untungkan….tahukah anda berapa orangkah yang mampu membayar harga ini…maka tunggu lah anda……

  51. saye sedang mencari-cari rumah teres,walaupun memiliki sebuah apart. atas faktor keselesaan bekeluarge kami ingin menjual apartment. saya masih mentah mengenali pasaran hartanah. justeru saya ingin mendapat pendangan dr blogger dimanakah lokasi yg strategik.

  52. kenapa perlu tertumpu di KL dan selangor jer padahal malaysia ni besar…org melayu ramai jer beli kawasan lain…tetap memiliki hartanah juga…

Leave A Reply