Pra Bajet 2019 : 9 Cadangan Penting Penjawat Awam PTPTN BR1M Cukai


Pra Bajet 2019. Cadangan Untuk Penjawat Awam, PTPTN, BR1M, Perlepasan Cukai, Insuran, GST

Besarlah harapan Berita Semasa agar cadangan dan idea sebagai pra Bajet 2019 bentangkan di bawah ini dipertimbangan dalam ucapan Bajet 2019 kelak.

pra bajet 2017

Banyak idea dan cadangan yang boleh dilaksanakan untuk memajukan negara dan rakyat Malaysia. Persoalannya adakah ia berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang apabila sampai ke peringkat bawah?

Senarai cadangan dan Idea oleh Berita Semasa untuk Pra Bajet 2019?

Lihat senarainya seperti jadual di bawah ini:


Bil Perkara dan Isu Cadangan
1. Penjawat Awam Rendah kadar faedah pinjaman perumahan penjawat awam dari 4 peratus kepada 2 peratus
2. PTPTN Tawarkan rebat 10 peratus jika kalangan peminjam bayar semula pinjaman PTPTN untuk 12 bulan berturut-turut.
3. Harga Rumah Tidak benarkan rakyat Malaysia miliki lebih 5 unit untuk rumah di Malaysia
Harga rumah tidak boleh dijual beli dan dipindah milik daripada tarikh pembelian
4. Capaian Internet Kita tahu pembelian atas talian sangat mengalakkan di Malaysia. Jumlah pengguna Internet di Malaysia adalah sejumlah 20 juta. Malangnya dengan capaian Internet yang mendukacita di kebanyakan kawasan. Potensi besar. Tetapi; bagaimana kalangan pembeli mahu beli atas talian dengan yakin dan rasa selamat apabila melihatkan capaian Internet pada telefon pintar mereka terpapar "E"? Caj internet sangat tidak mesra pengguna di Malaysia. Perubahan yang dilakukan bakal melonjakan pasaran syarikat atas talian yang ada hari ini.
5. BRIM Mansuh BR1M. Ini kerana ia hanya bersifat sementara sahaja. Dan akan trend pembelian akan kembali mendatar apabila duit BRIM sudah habis. Lebih baik tumpukan kepada pendidikan dan kesihatan yang mana peruntukkan 2 kementerian ini kurang berbanding dana yang diperlukan. Jikalau mahu beri juga BRIM; berikan golongan tua yang sudah tidak bekerja dan tidak berkemampuan serta OKU. Bukannya beri kepada golongan muda yang masih kuat tulang empat kerat mereka.
6. Insurans Cadangan dari Khazanah Research melalui Dr Muhammed Abdul Khalid yang mahu kerajaan wujudkan skim insurans untuk kalangan yang diberhentikan kerja dalam situasi ekonomi Malaysia hari ini bagi Berita Semasa amat baik sekali
7. Perlepasan cukai pendapatan Perlepasan cukai khas diberikan jikalau majikan menawarkan pekerjaan kepada pekerja tempatan
8. GST Jikalau minta GST mansuh; Berita Semasa boleh katakan "miracle" telah berlaku dan ia tidak akan berlaku. Tetapi besarlah harapan Berita Semasa agar kadar GST turun dari 6 peratus kepada 5 peratus.
9. Menteri kabinet Apa sebab Malaysia perlukan sekitar 3 dozen menteri? Strukturkan semula.
10. Pusat Asuhan Taska Kerajaan bina bangunan yang kemudiannya boleh disewakan kepada pengusaha pusat taska pada kadar minimum bagi mengurangkan bebanan kos sewa setiap bulan.

P/S : Bagaimana? Apa pula cadangan dan idea untuk dimasukkan dalam pra Bajet 2018 dan dipertimbangkan Datuk Seri Najib Razak