≡ Menu

8 Power Bank Terbaik : Harga Murah Untuk Smartphone Anda

8 Power Bank Terbaik : Harga Murah Untuk Smartphone Anda

Powerbank merupakan antara salah satu peranti canggih yang mesti dimiliki oleh setiap orang terutama bagi mereka yang mempunyai jadual padat dan sibuk seharian.

power bank terbaik

 

Ini sangat sesuai bagi mereka yang selalu kehabisan bateri dan tidak mempunyai masa untuk bergegas pulang ke rumah atau berhenti di mana-mana tempat yang mempunyai plag tambahan untuk mengecas telefon anda.

Kini, tidak perlu risau kerana dengan adanya powerbank ini akan membantu anda untuk menghadapi apa situasi atau keadaan sekalipun seperti ketika berada di kawasan terpencil.

Telefon pintar anda boleh dicas di mana jua tanpa sebarang masalah kerana telefon anda boleh dicas secara mudah alih dan boleh dibawa ke mana sahaja.

Senarai 10 Power Bank Terbaik Di Bawah Harga RM50 Sahaja

Berikut di bawah kami kongsikan beberapa power bank terbaik untuk dimiliki dan mampu milik iaitu berharga RM 50 dan ke bawah :

1) Mi 10 400mAH Powerbank (RM 35) : Power bank terbaik untuk Samsung

Powerbank ini sangat sesuai untuk semua generasi model telefon Samsung, iPhone, iPad dan lain-lain. Dengan kapasiti setinggi 10,400mAh, semua peranti mudah alih seperti samrtphone atau iPad boleh dicaj secara penuh untuk kegunaan seharian anda.

Oleh itu, anda tidak perlu lagi gusar sekiranya kehabisan bateri di saat anda betul-betul memerlukannya.

2) 20 000mAH PN-999 Pineng Powerbank (RM49) : Power Bank Terbaik untuk perlindungan daripada terlebih cas

Powerbank ini mudah dibawa untuk mengecas peranti anda walau di mana pun anda berada kerana bentuknya yang kecil dan ringan. Paras kuasa sebuah bateri dapat ditunjukkan dengan adanya penanda LED pada powerbank ini dan mampu bernyala ketika dalam kegelapan malam. Perubahan penggunaan tenaga sebanyak 90% atau lebih dapat dikawal dengan efisyen.

Ini bagi tujuan keselamatan untuk mengelakkan daripada mengecas telefon secara berlebihan.

3) Xiaomi Powerbank 5000 mAH (RM46.90) : Power Bank Terbaik bagi yang mementingkan gaya

Xiaomi Powerbank 5000mAH ini sesuai untuk kegunaan setiap masa kerana reka bentuknya yang nipis dan ringan. Anda mudah untuk membawanya ke mana-mana malahan boleh diletakkan di dakam poket seluar dan juga beg galas anda.

Kawalan bijak USB dan cip untuk cas dan buang diambil dari Texas Instrument. Ia juga mempunyai ketahanan terhadap suhu dan melindungi peranti dari sebarang bentuk litar pintas.

4) Pineng PN-913 Starlight Black 10 000mAH Powerbank (RM49.90) : Power Bank Terbaik dengan kelebihan lampu suluh

Powerbank Pineng PN-913 ini mempunyai kapasiti bateri 10 000mAH 3.7B 37Wh ini sangat sesuai untuk mereka yang benar-benar memerlukan cas yang berkuasa demi memastikan peranti kekal bertenaga sepanjang masa.

Ia memiliki ciri-ciri menarik seperti skrin paparan LED dan lampu suluh LED dan turut dilengkapi Input 5V 2.0A untuk pengecasan segera. Jadi, powerbank ini sangat mudah digunakan di mana sahaja.

5) 45 000mAH Super Slim Powerbank With Backlight (RM42.90) : Power Bank Terbaik dengan pelbagai pilihan warna menarik

Powerbank ini didatangkan dengan reka bentuk yang nipis dan mudah untuk dimuatkan di mana sahaja termasuklah poket seluar. Jadi, pengguna tidak perlu lagi risau akan muatan beg yang terlalu berat.

Ia menonjolkan ciri-ciri versatil kepada pengguna dengan pelbagai warna seperti, merah jambu, hitam, emas, biru dan perak. Kelebihan lain adalah lampu suluh LED juga didatangkan sekali pada powerbank ini dan binaan dalamnya diperbuat daripada keluli dan yang paling penting, ianya serasi dengan kebanyakan peranti.

6) Pineng PN952 5000mAH Super Light Powerbank (RM35) : Power Bank Terbaik bagi yang sentiasa sibuk dengan kerja

Adalah menjadi keutamaan untuk memiliki telefon yang sentiasa dengan bateri tersedia penuh bagi mereka yang sentiasa sibuk dengan kerja yang memerlukan untuk keluar ke merata tempat. Pineng Super Light Powerbank ini akan memastikan anda kekal bersedia dalam apa jua keadaan dengan kapasiti 5000mAH yang dibekalkan.

Ia menjadi pilihan ramai kerana dilengkapi dengan kabel sambungan dual yang terbina secara dalaman dan reka bentuknya yang ringan.

7) Original PINNO Ultra Durable 10 000mAH Powerbank (RM42) : Power bank Terbaik dengan ciri kuasa solat hibrid dan tahan air

Ini adalah powerbank pertama kalinya yang tahan kejutan pengecas dengan kuasa solar di dunia dan kalis air. Ianya mesra persekitaran dan seterusnya menjimatkan tenaga di samping mengambil panel solar yang berkualiti tinggi, 10 000mAH adalah kapasiti yang dimiliki.

Bagi yang suka melakukan aktiviti lasak dan mencabar, powerbank ini sangat bersesuaian untuk anda. Namun anda masih boleh menggunakannya seperti powerbank yang lain melalui sumber kuasa USB walaupun tanpa cahaya matahari.

Tahan lasak dan cukup ringan adalah kelebihan lain powerbank ini.

8) KJOS 15 000mAH Powerbank (RM49.90) : Power Bank Terbaik untuk kebanyakan iPhone

Pengecasan 10 kali ganda lebih cepat dengan 2A pengecas segera dan 4 usb yang turut disertakan untuk penggunaan pelbagai peranti sekaligus adalah sangat sesuai jika anda perlu bertugas lebih masa dan memerlukan tenaga pengecasan sehebat beruang.

Semuanya telah tersedia untuk anda termasuklah reka bentuk yang fleksibel dan lampu LED. Penggunaan peranti dari keluaran Apple sangatlah bersesuaian dengan powerbank ini.

Harga powerbank yang disenaraikan di atas adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga yang dinyatakan mungkin akan berubah bergantung pada diskaun dan promosi oleh pedagang e-commerce.

Diharapkan entri ini dapat membantu anda semua memilih power bank terbaik mengikut spefikasi dan keperlukan telefon anda.