≡ Menu

Polis Rasuah? Bagi Anak Isteri Makan Duit Haram? Punca?



(Kemaskini terkini pada: May 25, 2017)

Polis Rasuah? Bagi Makan Anak Isteri Makan Duit Haram? Punca?

Pernah dengar kata-kata sinis yang mengatakan ada anak-anak polis tidak menjadi?

polis rasuah

Bukanlah semuanya anak-anak polis tidak menjadi tetapi persepsi hari ini, apabila bapa atau maknya yang berkerja dengan dalam organisasi Polis, kena pula ‘tidak kuat iman’ dan cepat meleleh air liur dan ‘cepat tumbang’ apabila disogok dengan wang’ dan ‘kesenangan dunia dalam sebegitu mudah’, biasanya anak-anak mereka tidak menjadi.

Masakan tidak, mak bapak bawa balik rezeki yang tiada keberkatakannya. Bagi anak makan dan minum pula tu?

Kadang-kadang pelik.

  • Ha? Pegawai D7 pun terlibat sama?
  • Ha? ASP Gaji dah besar pun masih ‘masuk kocek’ lagi?
  • Yang kerja penat-penat buat apa? Koperal polis boleh simpan RM800,000 kat dalam stor rumah. Hebat….Itu dia penangan rasuah di Malaysia

Apa Sebab Polis Rasuah?

Sememangnya kerja polis ini dugaan dan ujian cukup besar. Bukan sahaja dugaan menguatkuasakan undang-undang berhadapan dengan penjenayah. Dugaan untuk mengelak pun banyak. Dipaksa untuk terima, dipaksa untuk bersetongkol. Dugaan nak pakai kereta mewah. Dugaan nak duduk rumah besar dan mewah. Dugaan nak melancong dan bawa anak isteri ke luar negara sambil kongsikan gambar kenangan di Facebook dan Instagram.

  • Kalau tak ikut cakap, kena pindah
  • Kalau bersetongkol, sangkut dengan SPRM.
  • Dugaan dunia….

P/S : Tidak dinafikan masih ramai lagi anggota polis yang bekerja untuk berkhidmat untuk negara. Mencari rezeki yang halal. Tahniah kami ucapkan. Tetapi kerana golongan yang tidak amanah inilah memberikan imej yang tidak baik kepada organisasi Polis Diraja Malaysia.

PP/S : Tindakan pantas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM sangat kami puji. SPRM makin berbiasa. Jangan biarkan mereka-mereka ini menjadi ‘anai-anai’ yang merosakkan imej PDRM. Jenis yang kaya cepat. Jenis yang lupa diri apabila diberikan kuasa menguatkuasakan undang-undang.

PPP/S : Kepada yang lain, jadikan ia sebagai pengajaran. Jangan khianat dengan amanah yang telah diberikan.

Sambung Baca Lagi Artikel Terbaik Yang Ini Pula. Ada Kaitan Dengan Yang Di Atas :

Kes Rasuah di Malaysia Yang Tertinggi? Punca Makin Naik? Kes Rasuah di Malaysia Yang Tertinggi? Punca Makin Naik? Apabila membaca satu fakta daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh orang-orang SPRM, memang patut pun kedudukan indeks rasuah di Malaysia ber...

10 Komen Bernas di Berita Semasa… add one
  • 1 Anonymous 12:49 pm

    Sebelum diaorg buat diorg tengok apa org atas buat dulu.

  • 2 mizi 4:25 pm

    Ini rasuah jenis duit, tak tengok lagi jenis-jenis rasuah yang lain. Salah satunya rasuah ‘seks”.
    Memang tak tolak punya, tak percaya! boleh tanya tuan punya badan.

  • 3 Awang penderma 4:15 pm

    Saya berbangga dengan rakyat malaysia walaupun miskin tetapi boleh menyumbang atau menderma kepada kerajaan malaysia melalui gst. Syabas rakyat malaysia

  • 4 Anonymous 9:13 am

    Klu yg ikhlas.Alhamdulillah.Klu tidak…harap2 belajarlah untuk ikhlas.Boleh?

  • 5 Anonymous 9:15 am

    Klu yg ikhlas.Alhamdulillah.Klu tidak…harap2 belajarlah untuk ikhlas.Boleh? Maksudnya individu itu/anta/anti rela dan halalkn cukai gst itu.

  • 6 Anonymous 9:21 am

    Perasuah jenis yg melindungi ini akn menanggung dosa rasuah dn dosa menggalakkn perkara haram berlaku.Nauzubillah…bertaubatlah kita sebelum mati.Manusia kecuali Rasulullah s.a.w (yg maksum) membuat salah dn silap/dosa.Jadilah kita kpd penyeru kpd kebaikan

  • 7 Bangsa 1mdb 3:33 pm

    Yg jerung,ikan paus,dinasour xnk tangkap ke….

  • 8 Anonymous 10:50 pm

    Kebanjiran PTI di kota dn di desa adalah kerana pdrm di rasuah…takkn pti di dpn mata dorg sekalipn yak ditangkap…kekadang pti yg tlh dimasukkn dlm kerita polispn dilepaskn atu dibwa ke kwsn rmh pti tu utk ambilk duit lps tu dilpskn…aduiii kuasa polis dpt dijual beli ka?

  • 9 Anonymous 3:30 pm

    rasuah membawa padah

  • 10 Anonymous 12:03 am

    Bagaimana pulak dgn menteri-menteri yang dapat rasuah beratus ribu… malah berjuta pun ada…? Atas dunia ni boleh la lepas…kat hadapan Allah nanti boleh ke lepas?

Tinggal Komen Bernas Bagi Topik Ini