≡ Menu

Pinjaman Perumahan PRIMA : Berminat Tawaran Skim Pembiayaan Akhir

Pinjaman Perumahan PRIMA End financing scheme atau Skim pembiayaan Akhir

Khas untuk pembeli rumah PR1MA.

pinjaman perumahan prima

Inilah seperti yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2017 Malaysia yang mana bantuan dalam bentuk pembiayaan kepada yang layak.

Sasaran adalah untuk golongan yang ada pendapatan yang agak serdahana. Tidak kaya, tidak juga miskin. Gaji dan pendapatan serdahana.

Sasaran untuk beli rumah pertama, ada hantar permohonan untuk rumah PR1MA, lulus dan layak untuk memilikinya. Walaubagaimanapun pinjaman perumahan (housing loan) tidak lulus pula oleh bank.

Nah….di sinilah terdapat satu mekanisma yang boleh menjadi pilihan terbaik buat anda-anda di sini sebagai penyelesaian kepada pembeli perumahan PRIMA yang sukar untuk mendapat pinjaman perumahan.

Bagaimana cara untuk mendapatkannya?

Butiran Berita Tawaran Pinjaman Perumahan PRIMA Bajet 2017

[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butirannya
Nama skim pinjaman perumahan PRIMA,”End Financing Scheme” atau Skim Pembiayaan Akhir
Julat harga rumah yang dibenarkan, Antara RM150 ribu hingga RM300 ribu
Akses Pembiayaan rumah,Antara 90 hingga 100 peratus
Syarat kelayakan,kalangan yang lulus permohonan PR1MA
Had pinjaman perumahan PRIMA,Bagi yang pendapatan RM3 ribu sebulan Paras dan had pinjaman perumahan naik sehingga RM295 ribu dan menjadi lebih mudah berbanding sebelumnya hanya RM187 ribu sahaja di luar sana
Tarikh Semakan Keputusan,Akan dimaklumkan kepada anda bermula Januari 2017 ini dan seterusnya
Bank dan Institusi Kewangan terlibat,Maybank; CIMB; RHB dan AmBank
Kerjasama,Kerajaan Malaysia; Bank Negara Malaysia BNM dan juga KWSP
[/table]

Jadi, jangan tunggu-tunggu lagi. Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA Datuk Abdul Mutalib Alias mengatakan seramai 74 peratus bersamaan 980 ribu pendaftar bakal mendapat akses kepada pinjaman rumah PR1MA yang diperkenalkan ini.