≡ Menu

Pinjaman Perumahan Pemaju Hartanah 12 Hingga 18 Peratus? Impak Mereka Dapat Lesen?


Pinjaman Perumahan Pemaju Hartanah 12 Hingga 18 Peratus? Impak Mereka Dapat Lesen?

Berita Semasa tidak pasti di mana Noh Omar pada waktu dan ketika Amerika Syarikat bergoncang sekitar 2007 dan 2008 pada ketika negara Uncle Sam tersebut dilanda gelombang dan krisis Subprima? Tidakkah ada satu pengajaran yang boleh dipelajari daripada musibah tersebut?

Pinjaman Perumahan Pemaju

Pada ketika Noh Omar begitu yakin dengan idea bernasnya untuk menghalalkan lesen pemberi wang berlesen kepada pemaju hartanah aka developer ini di bawah kuasa KPKT tanpa pengetahuan kabinet Malaysia, pakar ekonomi tersenyum sinis mendengar dan meneliti sebegini rupa keluar dari mulut seorang menteri.

Fungsi kerajaan Malaysia adalah mengawal selia pengurusan kerajaan dan kebajikan rakyat Malaysia tanpa memberikan bencana kepada rakyat marhaen.

Senarai Reaksi Pakar Ekonomi Dengan Isu Pinjaman Perumahan Pemaju Hartanah?

[table sort=”desc,asc”]
No.,Nama,Jawatan,Agensi,Penjelasan dan Huraiannya
1.,Monakaran Mottain,Ketua Ekonomi,Alliance Bank,Bagaimana boleh pemaju mengambilalih peranan bank dalam menyediakan aktiviti dan kemudahan kewangan. Pinjaman yang bakal diberikan pemaju tidak termasuk dalam data hutang isi rumah di malaysia. Jadi; bagaimana Bank Negara BNM mahu kawal dasar kewangan di Malaysia dengan efektif kelak? Sekarang ini pun hutang isi rumah di Malaysia sudah cukup tinggi. Bertambah buruk lagi; cadangan ini bakal menyebabkan “property bubble di Malaysia”
2.,Dr Muhammad Abdul Khalid,Pengarah,Khazanah Research Institute’s Research,Cadangan ini berisiko cipta krisis subprima seperti berlaku di Amerika Syarikat. Nak tolong pembeli rumah; bukan mudahkan mereka buat pinjaman perumahan pemaju hartanah; tetapi buatkan harga rumah turun.
3.,Persatuan Kebangsaan Pembeli Rumah Malaysia,-,-,Gelembung pasaran hartanah akan berlaku di Malaysia.
4.,Dr Yeah Kim Leng,Bekas Ketua Ekonomi,RAM Holdings Berhad,Pemaju hartanah bakal berhadapan dengan pembeli yang tidak cekap dan lalai bayar hutang dan pengurusan kewangan untuk satu industri yang tidak pemaju hartanah tidak pengalaman dan kepakaran menanganinya. Ini boleh membawa Malaysia ke arah krisis hartanah dan kewangan.
5.,Siva Shanker,Ketua Pelaburan,Axis REIT Managers Berhad,Ekonomi Malaysia bakal berhadapan tempoh mengerikan jikalau kerajaan melaksanakan cadangan pinjaman perumahan pemaju hartanah ini.
[/table]

Orang yang berkemampuan atau kaya layak beli rumah dengan bank pada kadar 4 hingga 5 peratus tetapi yang tidak berkemampuan terpaksa memilih tawaran pinjaman perumahan pemaju hartanah antara 12 hingga 18 peratus. Ini tidak adil. Nak jadi kerajaan, mesti tolong semua.

Nak tolong rakyat beli rumah boleh dibuat dengan melaksanakan sekatan termasuk jual rumah dalam tempoh 5 tahun pertama supaya membolehkan bekalan rumah baru masuk dalam pasaran hartanah tanpa menyebabkan lonjakan mendadak pada harga rumah di malaysia.

Dan Berita Semasa mengutuk cadangan pinjaman perumahan pemaju hartanah seperti ini menjadi realiti di Malaysia. Cadangan ini lebih beri nyawa dan talian hayat kepada pemaju berbanding pertolongan kepada rakyat marhaen.

P/S : Lebih baik diam daripada berkata-kata yang menyusahkan dan memudaratkan orang ramai. Ataupun berfikir dahulu sebelum berbicara.

PP/S : Sebelum ini kita menjadi penonton kepada filem “Krisis Subprima di Amerika Syarikat”, mengapa kita sanggup serah diri menjadi pelakon dan mangsa untuk filem sebegitu rupa di Malaysia?