≡ Menu

Kadar Faedah Pinjaman Perumahan Kerajaan : Semak Kelayakan Anda

Kadar Faedah Pinjaman Perumahan Kerajaan : Semak Kelayakan cara kiraan

Pinjaman Perumahan Kerajaan yang ditawarkan adalah antara kelebihan yang dinikmati diklangan penjawat awam.

pinjaman perumahan kerajaan

Namun begitu ramai yang kurang arif dari aspek bagaimana proses permohonannya.

Perlu diketahui juga syarat kelayakan yang telah pun ditetapkan dan juga proses pembayaran. Kini terma pinjaman perumahan kerajaan telah diperbaharui dan dikenali sekarang sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam LPPSA

Sebelum ini di bawah kendalian Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia.

Jangan lupa check juga sistem semakan kwsp i suri yang dilancarkan oleh kerajaan Malaysia,

Berikut adalah syarat-syarat yang dikehendaki untuk memohon pinjaman :

Syarat Kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA

  • Warganegara Malaysia
  • Kakitangan Kerajaan bejawatan
  • Berkhidmat sekurang-kurangnya 1 tahun
  • Borang permohonan hendaklah dikemukakan 1 tahun sebelum bersara (bagi penjawat awam Skim Berpencen), dan 5 tahun sebelum tamat perkidmatan (bagi penjawat awam Skim semakan KWSP)
  • Telah disahkan dalam jawatan
  • Penyaksian peguam diperlukan bagi perjanjian jualbeli atau pembinaan rumah
  • Bukan seorang muflis @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ si berhutang hukuman @ sedang dalam tindakan tatatertib
  • Salinan Sijil Nikah atau Pendaftaran perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan hendaklah disertakan bagi pinjaman bersama suami dan isteri, Pinjaman dua nama dan Pinjaman ambil alih antara suami dan isteri di dalam perjanjian jual beli.

Ini adalah syarat-syarat asas memohon, tetapi kebiasaannya jika sudah disahkan jawatan itu maknanya sudah layak untuk memohon pinjaman perumahan, melainkan terdapat kes seperti sedang dalam tindakan tatatertib, muflis dan sebagainya.

Mengapa perlu menggunakan pinjaman kerajaan? Ini kerana banyak manfaatnya seperti kadar faedah bagi peminjam adalah 4 peratus dan boleh dapat pinjaman penuh 100 perayus.

Adakah pinjaman kerajaan ini mematuhi syariah?

Terdapat 2 skim pinjaman iaitu :

  1. Skim pembiayaan secara konvensional iaitu Skim Pembiayaan Perumahan SPPP.
  2. Konsep ‘Al-Bai’ Bithaman Ajil (akad jual beli) yang digunakan iaitu Skim Pembiayaan Perumahan SPPI

Oleh itu, pembiayaan patuh syariah iaitu SPPI hendaklah wajib kita pilih sebagai seorang Islam.

Jenis-Jenis Pinjaman Perumahan Kerajaan

  1. Jenis 1 : Membeli petak rumah kediaman yang telah siap atau membeli rumah
  2. Jenis 2 : Membina rumah di atas tanah sendiri
  3. Jenis 3 : Membeli tanah dengan tujuan untuk membina rumah
  4. Jenis 5 : Hutang pembiayaan perumahan daripada bank/institusi kewangan  yang ingin diselesaikan
  5. Jenis 7 : Membuat kerja ubahsuai rumah (renovation)

Anda juga perlu mengetahui berkenaan berapa kelayakan pinjaman berdasarkan gaji anda. Amaun kelayakan pembiayaan adalah berdasarkan kepada gaji hakiki semasa permohonan juga hendaklah dipastikan oleh pemohon.

Cara Membuat Permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan

Secara jujurnya, jika betul caranya, permohonan pembiayaan kini sangat mudah, iaitu ada yang membuat permohonan sendiri dan tidak kurang juga ada peminjam memberikan 100% proses permohonan dilakukan oleh agen perumahan. Adalah lebih baik jika anda melakukannya sendiri agar anda dapat belajar proses permohonannya, prosedurnya dan memahami setiap potongan.

Permohonan pembiayaan secara online di laman web


[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butirannya
Permohonan pinjaman perumahan kerajaan online,KLIK SINI
[/table]

Permohonan hendaklah dibuat selepas anda berjumpa dengan pemaju, memilih rumah yang hendak dibeli dan menerima dokumen-dokumen perjanjian jual beli rumah iaitu Sale and Purchase.

Pendaftaran ID Baru

  1. Pendaftaran ID pengguna adalah dikehendaki bagi pengguna kali pertama Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB)
  2. Klik pada menu Pendaftaran ID Baru
  3. Anda wajib mengisi semua maklumat yang bertanda*

Yang ini mudah sahaja, semua maklumat-maklumat peribadi anda dan yang berkaitan hanya perlu dilengkapkan dan diisi dengan betul sahaja. Kemudian, anda boleh login masuk untuk membuat permohonan pinjaman perumahan kerajaan selepas siap pendaftaran.

Menu permohonan pinjaman hendaklah ditekan terlebih dahulu bagi menyemak kelayakan pinjaman bagi memohon Pinjaman Perumahan Perbendaharaan yang baru.

Rujukan Panduan Pengguna yang disediakan boleh dirujuk dan digunakan semasa proses pengisian borang.

Anda diberi pilihan memilih panel berikut semasa memilih panel takaful :

  1. HSBC Amanah Takaful
  2. Takaful Ikhlas
  3. Takaful Malaysia
  4. Prudential BSN Takaful
  5. Etiqa Takaful
  6. Etiqa Insuran
  7. Sunlife Malaysia Takaful

Bagi pinjaman Islamik, sila pilih yang patuh syariah (Takaful)

No. Rujukan Permohonan, Jumlah Amaun Pinjaman Dipohon dan mesej “Permohonan Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Anda Telah Berjaya Dihantar Dan Diberikan Kelulusan Secara Bersyarat” akan dipaparkan oleh sistem setelah permohonan Pinjaman Perumahan Perbendaharaan adalah lengkap dan berjaya dihantar.

Untuk tujuan pengesahan Ketua Jabatan, sila muat turun dengan menekan butang Muat Turun Borang Permohonan Pinjaman dan cetak borang permohonan.

Dengan menekan butang Muat Turun Senarai Semak Pinjaman, sila muat turun dan cetak senarai dokumen sokongan yang perlu dihantar bersama borang permohonan.

Dalam masa 14 hari bekerja, borang permohonan dan dokumen sokongan fizikal yang telah disahkan hendaklah dihantar. Anda boleh pilih sama ada mahu menghantarnya sendiri di Pejabat LPPSA atau secara pos. Adalah dinasihatkan untuk menggunakan pos berdaftar untuk lebih selamat berbanding pos ekspress atau pos laju.

Kemudian, tunggu sahaja permohonan anda akan diproses secepat mungkin. Anda boleh klik pada menu semakan status pinjaman untuk menyemak akan status permohonan pinjaman perumahan kerajaan anda dan disarankan agar anda selalu berbuat demikian.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau masalah boleh hubungi nombor berikut :

Pusat Panggilan Utama : 03 – 8880 1600
No. 9, Kompleks Kementerian Kewangan,
Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya

Waktu operasi Lembaga Pembiayaan Perumahan Sekro Awam (LPPSA) :

[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butirannya
Hari Waktu operasi,Hari Isnin sehingga Khamis
Masa Waktu Operasi,Jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang
[/table]

Diharapkan dengan perkongsian ini, sedikit sebanyak dapat memberi gambaran awal dan panduan berguna kepada penjawat awam dalam membuat permohonan pinjaman perumahan kerajaan.

Jika terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan, boleh hubungi nombor di atas.