Borang Permohonan Pinjaman MARA 2017 / 2018 Eduloan Online

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +


Borang Permohonan Pinjaman MARA 2017 / 2018 Eduloan Online

Seperti biasa, Majlis Amanah Rakyat mahu memberikan peluang dan kemudahan kepada kalangan pelajar dan penuntut bumiputera yang menyambung pelajaran ke mana-mana Institut Pengajian Tinggi Swasta IPTS di Malaysia.

pinjaman mara

Jikalau dahulu perbelanjaan pengajian dan pinjaman banyak ditampung dan disalurkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN, tetapi melihatkan kekangan kewangan yang dihadapi PTPTN, Majlis Amanah Rakyat telah mengambil alih peranan membantu kalangan bumiputera yang sambung pengajian ke IPTS untuk menawarkan kemudahan pinjaman boleh ubah Majlis Amanah Rakyat.

Berdasarkan semakan Berita Semasa sebelum ini, permohonan pinjaman MARA 2017 eduloan akan dibuka semula sekitar bulan Julai 2017 untuk pelajar yang mengambil program Diploma, Ijazah Sarjana Muda (Degree), Pasca Ijazah (master).

Kelebihan pinjaman MARA terletak kepada pelajar-pelajar tidak dikenakan sebarang kadar faedah untuk bayaran semula pembiyaan semula, malahan jikalau anda berjaya mencapai prestasi dan keputusan yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Amanah Rakyat, anda layak untuk mendapat potongan berdasarkan kadar yang telah ditetapkan bagi bayaran semula loan MARA anda kelak.

Menarik bukan?

Syarat Kelayakan Pinjaman MARA 2017 Eduloan

  • Berasal dari negeri kelahiran Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak
  • Pastikan anda merupakan warganegara Malaysia
  • Anda mesti berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan ke atas
  • Anda hendaklah mendapatkan terlebih dahulu surat tawaran pengajian daripada mana-mana IPTS yang tersenarai untuk diberikan kemudahan pinjaman Majlis Amanah Rakyat Eduloan
  • Yang mana IPTS itu mestilah diiktiraf oleh pihak mara sendiri untuk dberikan kepada anda duit pinjaman pelajaran tersebut

Untuk isikan dan hantar borang permhonan pinjaman MARA 2017 Eduloan secara online, ia boleh didapati dengan KLIK LINK di bawah ini :

Borang Permohonan Pinjaman MARA Eduloan 2017 Online Butirannya
Pautan Link Permohonan KLIK SINI
Semakan Keputusan Permohonan KLIK SINI

P/S : Berita Terkini yang Berita Semasa perolehi hari ini, permohonan masih lagi belum dibuka sedangkan para pelajar sudah sambung pengajian di IPTS pilihan mereka, apatah lagi memandangkan kos pengajian di IPTS terlalu tinggi menyebabkan sudah timbul kerisauan dikalangan pelajar dan ibubapa sendiri.



Share.

99 Comments

  1. segerakan kan buka pinjaman kepada pelajar. kesian pelajar yang tidak mampu membayar yuran
    semesta

  2. Mmg risau kerana dlm dilema samaada mahu meneruskan pengajian di ipts atau berhenti akibat ibubapa tiada kemampuan membayar yuran.setakat satu sem masih blh diusahakan.tapi kalau kena tunggu setahun atau dua tahun mmg masak lah.lebih2 lagi pada ahli keluargà yg ramai.

  3. tolong lah wahai mara. kami ibi bapa yang tidak berkemampuan ni. wahai mara. perihatin lah.

  4. Anak nak daftar masuk unikl hari ni. Memang Mengharapkan bantuan pinjaman mara. Tetapi perkembangan semasa kewangan mara dikhabarkan tenat dan pendapatan keluarga yg kurang 36K setahun aje yg di pertimbangan kan pinjaman, sangat membimbangkan. Walau kami sedikit lebih dari 60K tidak bermakna kami mampu menampung yuran pengajian.

  5. Habis tu bayaran sesi januari 2016 ni nak bayar pakai duit sendiri lah ni? Dari tahun lepas lg tunggu, tp tkda apa2 berita

  6. WAHAI MARA JANGAN LAH BERDIAM DIRI. TOLONG LAH RAKYAT MALAYSIA YANG PERLUKAN BANTUAN.

  7. Wahai mara jangan lah berdiam diri. bantu lah rakyat yang tiada kemampuan.

  8. Che saad mohd salleh on

    Minta tolong Mara buka lah pinjaman , anak saya kembar sdg belajar di iukl ..mungkin terpaksa berhenti belajar anak anak saya tu

  9. Anonymous on

    Habis tu bayaran sesi januari 2016 ni nak bayar pakai duit sendiri lah ni? Dari tahun lepas lg tunggu, tp tkda apa2 berita

    Mmg risau kerana dlm dilema samaada mahu meneruskan pengajian di ipts atau berhenti akibat ibubapa tiada kemampuan membayar yuran.setakat satu sem masih blh diusahakan.tapi kalau kena tunggu setahun atau dua tahun mmg masak lah.lebih2 lagi pada ahli keluargà yg ramai.

  10. harap sangat mara buka .dari last year tunggu . tak larat nak mnanggung htg ptptn . nk byar duit semester pun tk mpu lgi

  11. Anak Mara on

    MARA sepatutnya jujur kepada bakal pelajar IPMa. Ramai pelajar baru Unikl KPTM besar kemungkinan terpaksa berhenti belajar kerana miskin. Sepatutnya beritahu bakal pelajar tentang tiada pembiayaan dari MARA sebelum mereka membayar sehingga hampir RM2000 yuran pendaftaran dan terima tawaran belajar pada jari pendaftaran. Ada yang terpaksa berhutang untuk membayar yuran pendaftaran.Yuran belajar Unikl dan KPTM bukannya rendah tapi amat tinggi.

  12. Bodoh mara ni…aku klau tk sebabkn mara dah lama aku mintk pinjam ptptn dari sem 1 .di sebbkn janji yahudi dorg ni la aku guna duit mak bapak aku utk sem 1 & 2.
    Wei tk pyh nk buat kata2 manis la. Kata2 serupa busuk. Ramai kawan aku berhnti sbb korg .

  13. Anonymous on

    Kami tidak salahkan Datuk Sri Najib. Ini adalah keadaan ekonomi negara tidak menentu. Tapi minta pihak yang bertanggung jawab. Bantu lah kami yang tiada kemampuan ini. untuk pelajaran anak2 kami.

  14. Baru je ingatkan nk check nk wat pinjaman kat Mara tapi ended up lepas bace comment2 semua ni rase cam x bleh harap je mara ni ..

  15. seriusly mara mcm nihh .baru ingat nk mintak pinjaman mara .bca komen lastly smua ber huhuhuhuhu laaaa .hahaga

  16. BOOMshakalaka on

    Tolong lah segerakan untuk buka pinjaman kepada pelajar yang ingin menyambung pelajaran di mana2 university tak kira dalam atau luar. perkara ni serius sebab bukan semua berkemampuan untuk membayar yuran pengajian .

  17. kuda belang malaya on

    kalau boleh tolong lah buka segera…. anak muda sekarang bukan tak pandai tapi disebabkan oleh masalah kewangan, semuanya terbantut. dengan adanya mara ni. insyaallah yang kurang bernasib baik dapat menyambung pengajian.

  18. Tolonglah mara nanti bulan 9 saya nak masuk degree. Mahal tu setahun 19k. Saya berani masuk sbb dulu senior2 cakap mara tolong lepastu tetiba jadi camni :'( sedih sgt2 tolonglah percepatkan kami nak belajar. Kalau takda jugak kenalah berhenti kami bukannya orang senang

  19. Aku teraniaya on

    Dah setahun tunggu. Bulan depan mungkin terpaksa berhenti belajar :'(

  20. last year 2015 no mara loan..malaysian govt really corrupt under our ‘beloved’ leader..dpt ‘donation’ pn boleh dipulangkan balik..punyela ‘tawadduk n bijak’ pm kite..rakyat rmai yg susah..cane nk lahirkan educated modal insan kalo bantuan kewangan xde??duit epf.tabung haji, mara..sume kene rembat dgn ‘penyamun 1st class malaysia’..lps ni duit mane lg nk rembat??

  21. Anonymous on

    Mara mmg taja utk unikl n kptm je sekarang ni? Abes ipts laen mana nak cekau duit nak bayar yuran? Ptptn pun bagi sikit je. Tu kena tambah duit sendiri lagi

  22. Anonymous on

    IPTS yg lain mcm mn ? Sy belajar di ipts terseksa dgn masalah kewangan , sebelum ini ipts menjanjikan pinjaman MARA , sy tidak berfikir panjang terus setuju , tambahan pula sy anak bekas pelajar mrsm , apa nasib saya wakil drpd student ipts yg lain , sy dr keluarga yg susah , 3 sem tanpa berita . MARA tlg beri penjelasan .

  23. Bro, alhamdullilah aku Mara msih ok spt biasa..aku dkt GMi ..tpi baca2 Komen kt ani jdi takut apply Mara mse degree dkt unikl..huhu

  24. ryu_watanabae on

    tunaikan lah janji yang telah dibuat Mara jgn bg harapan kpd kami student ipts ni..hermm kesian kat mak ayah kami ni.nk amik final exm pon takot sbb tk dpt nk bayar duit sem..

  25. Student_Biasa16 on

    Hmm……tidak boleh berkata apa.Aku pun pelajar bwah MARA jugak.Nak memikirkan kalian yang berbising disini? sedangkan beribu pelajar lagi keluh kesah seperti kalian dan aku juga.Tangunggan MARA bukan hanya di dalam negara malah diluar negara juga.Bebnyakkn bersabar.

  26. Mohon mudahkan pinjaman pelajaran dari bank2 agar kami yang menghantar anak dapat meneruskan pelajaran mereka. Jika swasta ada duit kwsp tapi k.tgn awàm tiada sumber lain.

  27. Bru jak mau dftar permohonan pinjaman dri mara,tapi dah ended up….bleh kah d hrapkan mara nier….??aduhhh….kata” tu biar d tepati jgn d mungkiri…..

  28. melayu jati on

    MANA MENTERI MELAYU…DIAM SERIBU BAHASA..NI ANAK MELAYU SUSAH APESAL SEMUA MEMBISU….ZAMAN TUN MAHATHIR XDERLAH SAMPAI PINJAMAN XDAPAT…ZAMAN NAJIB NI MACAMX2 MASAALAH..KAPAL TERBANG SAMPAI DUA BIJIK TERHEMPAS…DUIT 1MDB LESAP…HELI JATUH..ADAKAH NI BALA YANG TUHAN BALAS ATAS DOSA PEMIMPIN?TOLONGLAH…

  29. Mama Budak Utp on

    MARA harap segerakan pinjaman …nak pinjam maknanya nanti nak bayar semula….tp perlu sgt2 bantuan kewangan dari MARA. Kami dari keluarga kurang berkemampuan tp anak ada semangat nak belajar. Bimbang masalah kewangan membantutkan semangatnya. Hancur harapan kami nak tengok dia dpt ijazah.

  30. sayang najib on

    POLITIK SELALU DIPANDANG TAK PENTING…YANG PENTING MELAYU PERINTAH..RASUAH PUN XPE….NEGARA MALAYSIA MASIH AMAN MASIH MAJU…SYUKURRRR

  31. Adakah Mara tdk lg menaja pelajr PhD? Saya pelajar doktor falsafah di IPTA dan masih blm bkerja. Adik saya juga pelajar sarjana di IPTA. Kami menunggu pnjaman pelajaran MARA dbuka untk permohonan. Yuran pengajian kami dua beradik sekitar 6-7k per semester. Adik saya sudah 9bln menanggung perbelanjaan harian sendiri dengan bekerja, ttp msh tdk cukup untuk membayar yuran pengajian. Ttp alhamdulillah bln 2 ni dia mndpt biasiswa Mybrain yg menaja yuran pengajiannya dan terpaksa berhenti bekerja kerana kekangan waktu utk pangajiannya. Jd kami berharap MARA menunaikan janji untuk membuka permohonan pinjaman pelajaran pd bln julai ini. Sblm ini, adk pernah menghubungi pihak MARA, dan pegawai tersebut menyatakan permohonan bakal dbuka pd bln april. Harap pihak MARA tdk akan mengecewakan kami para pelajar yang tdk berkemampuan…….

    Aik, pehal skema nau ayat ak ni…hahahahhaha

  32. Anakku di DTS..
    kesian anakku dan kengkwn anakku..satu batch terpaksa distruktur semula ..sapa yg nak berenti takat diploma..sapa yg nak penuhkan cita2 til degree…janjinya mara nak biaya..srjak tahun.lepas tunggu sampai kini…tolonglah MARA

  33. Mama DTS Boy on

    Anakku di DTS..
    kesian anakku dan kengkwn anakku..satu batch terpaksa distruktur semula ..sapa yg nak berenti takat diploma..sapa yg nak penuhkan cita2 til degree…janjinya mara nak biaya..srjak tahun.lepas tunggu sampai kini…tolonglah MARA

  34. Anak saya dah habis foundation. Kalau foundation boleh lagi saya sara anak saya. ini bulan 9 dah nak masuk degree x mampu lah mcm ni.

  35. 3 july dah.. apa masih ada besok?
    Oh ijazah, hanya tinggal jenazah.

  36. rosman amit on

    kenapa borang pemohonan pinjaman mara online nii blm lgi buka ????
    bila kah agak nya di buka ???

  37. Jngn mara yg kite tunggu tu jadi arwah…bla nk bukak…x nk guna wang mak bapak..x ckop..Copat lhaa…pinjamn untuk diploma engineering ade tak?Tlong …i reqlly need it

  38. John mara ke depn on

    Adoiii…btol ke nih……gler ape tk bukak bln 9 ni nak masok unikl smbung degree….bukaklah permohonan

  39. cikiciki boom on

    ntah bla la nk buka.. dh bebulan menunggu.. sembang je lebih nii

  40. Bila permohonan pinjaman mara utk pasca ijazah ke luar negara dibuka? Terima kasih.

  41. ipta mara xbg psal yuran xmhal spt swasta… tp msalhnya skrg klau dh stop bg pinjaman skurang2nya britau la ni buat senyap je smpai org bharap

  42. assalamualaikum… untuk IPTA xboleh pinjam ker? huhu kami nak sambung belajar untuk master.. surat tawaran dah dapat.. nak bayar yuran xboleh.. sebab xde duit..

  43. Kdg sbb mslh kewangan membantutkn semgt ank bumiputra utk smbung belajar.

  44. Anonymous on

    Saya taip ni pukul 3:44 pagi sambil tgh buat revision. Harapan saya agar saya dapat pointer yg cemerlang dan dapat buat pinjaman mara untuk sem dua nanti sekaligus bantu persekolahan adik adik saya yg kadangkala tidak membawa duit belanja ke sekolah. Saya tahu mara bukan taknak buka pinjaman, tapi ada konflik. Sbb tu saya tak salahkan mara sepenuhnya. Saya tak mengharap duit bantuan utk laptop apa semua tu. Cukup keperluan belanja harian saya dan akan saya manfaatkan juga untuk tampung adik beradik saya.

  45. Anonymous on

    macam mane ye kalo saya nk buat pinjaman mara utk sambung degree di unikl utk september intake ini ye?..

  46. Pointer stpm no bad lah just 2.8.. Mintak upu untuk kemasukan universiti awam untuk smbung degree x dpt.. So ambk keputusan untuk smbung dkt ipts.. Tahu2 lah dkt ipts dgn kosnyer lagi mcm2 kena bayar.. Mintak tolong mara please buka balik pinjaman.. Saya golongan sederhana.. Adik beradik rmai..

  47. Saya pun mengharapkan pinjaman mara. Plzzz…tolongla buka balik sistem permohonan ni. TQ.

  48. Kalau result spm tak lepas kredit phyaic chemis kira dah mmg tak layak ke mara? Tapi spm ada 5 kredit. Kalau pakai sem 1 punya pointer untul mohon mara boleh ke?

  49. Sy lepasan stpm..pointer almost 3 pointer, 2.92..tp tdk dpt masuk ua..trpksa masuk ipts..tlg laa buka MARA..yuran sem je dh 5000

  50. Tak ada apa2 lagi yang kita boleh harapkan dari mereka lagi wahai Rakyat Malaysia! !!

  51. Mara pilih kasih,,ada je pelajar ipts Mahsa universiti tahun 2 yg baru dpt pinjaman mara dgn alasan bapanya kenal pwngarah mara…apa swmua ni

  52. Anonymous on

    Cakap mak bapak korang…pru nanti jangan undi bn lagi…dah terang-terang menyusahkan rakyat…dengan duit ringgit jatuh…negara kita dah tergadai dah…bayar gst la apalah…mana duit cukai kita semua tu?sepatutnya duit cukai kita mara akan gunakan…sekarang?kerajaan yang ambik buat duit poket sendiri menteri-menteri bebal

  53. salam. saya dulu pelajar diploma dekat ipts. sekarang ni saya nak sambung degree dekat unikl. dulu masa diploma saya dapat pinjaman mara (half je). ada sesapa tau tak sama ada boleh tak saya nak apply pinjaman mara untuk degree saya pulak?

  54. sy cuma mengharapkan pihak mara dapat menaja sesiapa yg belajar di ipts,untuk keluarga yg tidak berkemampuan, jika mara tak tolong orang melayu,siape lagi?

  55. Saye plajar KUPTM, KL mggu depan nk masuk sem 3 dah, saye minta pnjaman MARA smpai skarang xdpat lagi, mcm ni kalau MARA dah xada sgt duit nape nak janji dgn plajar bahawa boleh lagi buat pnjman MARA, knape nak tabur jnji2 bahawa MARA akan dpt, kalau nk masuk KUPTM,KL. kalau jnji xdpt ditunaikan, lbh baik tutup MARA, tutup KUPTM,KL lah..bruntunglah ank mlayu nk msuk blaja, tp xda pnjaman..apa dah jadi MARA.?

  56. Roslindawati Abd Wahab on

    Saya ambil medik..dah masuk tahun 3…nk berhenti sayang..nak teruska byk sgt nk kena bayar…Nak pinjam Mara.xbuka pulak…susah betul zaman skrg xmcm dulu..bukan nk mintak ..nk pinjam pun xdpt..jagalah pelajar2 melayu..tu kan aset negara..

  57. Saya pelajar kptm dah masuk sem 2.. sy dan kwn2 rasa semangat belajar down sgt sbb memkirkan yuran tertunggak sbb family pon bergaji rendah,, pernah rasa nak berhenti.

  58. I’m a student studying in the United States. I have an impressive gpa and outstanding result every semester. Setiap hari, saya datang untuk semak sama ada permohonan telah dibuka atau tidak. Tapi setiap kali itu juga, “permohonan belum dibuka”. FOR TWO YEARS. Malaysian deserve education and education should not be this expensive.

  59. Hutang belajar sy skrg 80k je tggal dri 140k. Klu mara x dpt berikan pnjaman 140k tu pun tkpelah. 80k pun jdi laa ksian bapak saya guna duit epf

  60. alahai mana ada benda senang kat duniaa nii, ingat mara banyak duit sangat ke nak kasi semua orangg.. nak x nak kena usaha sendiri jugakkk. sy kalo ptptn x de unsur riba mesti saya mohon ptptn .

  61. kalo x mampu masuk je matrik atau stpm mcm kakak sy, ukur baju di bdn sendiri la. mmg la cita2 tinggi sgt nak jadi doktor lah apalah tpi jgn lah smpai cita2 tu buat mak ayah susah nk byr. kte kena bertolak ansurr

  62. Mohon Dibuka segera untuk kemudahan bagi para pelajar2 ingin menyambung ke IPTS/IPTA .

  63. Anonymous on

    Tolong la buka dengan segera….saya amat memerlukan wang untuk membiayai pengajian saya

  64. Anonymous on

    Bila nak bukak permohonan ? Belajar tinggi 2? Duit banyak keluar ? Betapa ramai lepasan universiti menganggur ? Dr sendiri terpaksa menggangur !? Apa dah jadi dengan pemerintahan kita ni ?

  65. Anonymous on

    Belajar tinggi 2? Duit banyak keluar ? Betapa ramai lepasan universiti menganggur ? Dr sendiri terpaksa menggangur !? Apa dah jadi dengan pemerintahan kita ni ?

  66. Anonymous on

    Kesian pelajar melayu baru nk meningkat…harapkan pagar..pagar pulak makan padi…nampaknya balik zaman dulu2..habis spm kerja…

Leave A Reply