≡ Menu

Tarikh Pembelian No Pin UPU 2017 (UNIK ID). Nombor BSN!



(Kemaskini terkini pada: Jul 20, 2017)

Tarikh Beli No Pin UPU 2017. Nombor UNIK ID dari BSN untuk Politeknik, Matrikulasi, Politeknik, UiTM.

Tarikh pembelian no pin BSN atau nombor unik ID dan tidak lupa juga boleh juga digunakan untuk permohonan dan kemasukan ke UPU, Politeknik, Matrikulasi, UiTM sudah dibuka sekarang di cawangan Bank Simpanan Nasional BSN yang berhampiran dengan anda.

pin upu

Berdasakan semakan Berita Semasa pada portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), calon lepasan SPM dan STPM yang mahu hantar permohonan UPU boleh mulakan pembelian  No Pin UPU (UNIK ID) bermula 6 Februari 2017 ini.

Tarikh tutup pembelian no pin UPU 2017 akan ditutup pada pukul 4 petang 31 Mac 2017.

Untuk makluman anda semua, pembelian no pin UPU bukan sahaja akan merangkumi IPTA semata, tetapi juga untuk Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi permohonan secara online sesi akademik 2017/ 2018. Jelas?

Cara Pembelian No PIN UPU BSN (Unik ID) Kemasukan UPU 2017

  1. Masukkan No PIN
  2. Pilih Urusan “Beli PIN”
  3. Pilih Jenis Permohonan.Contohnya Permohonan IPTA.
  4. Pilih Jenis Program IPTA : Contoh Lepasan “SPM”
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Pelajar/My Kad. “YA” untuk meneruskan urusan “TIDAK” untuk memasukkan semula no kad pengenalan jika salah
  6. Semak Maklumat Pembelian Nombor PIN UPU. “SETUJU” untuk meneruskan urusan “BATAL” untuk membatalkan urusan.
  7. Resit Dicetak, Urusan Selesai. Contoh Resit:

Lagi Makluman Mengenai No Pin UPU BSN

Pastikan anda memilih kategori yang betul tanpa sebarang kesilapan. Dan jangan biarkan hilang. Simpan dengan cermat.

PERKARA
Pemohon boleh membeli no. unik id/no. pin di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dan pemegang kad GIRO boleh membeli terus di mesin ATM atau secara SMS banking apabila permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik/ILKA telah dibuka untuk capaian ketika ini.
a) Kategori A (Bermula dengan RM10.60) merangkumi Lepasan SPM/Setaraf;Lepasan SKM; Lepasan Sijil Politeknik; Lepasan Sijil Kolej Komuniti;Lepasan Sijil ILKA.
b) Kategori B (bermula dengan RM15.60) beli nombor PIN (UNIK
ID) : Merangkumi Lepasan STPM atau Setaraf; Lepasan Matrikulasi KPM/PASUM/Asasi Undang-undang; Lepasan STAM; Lepasan Diploma/Setaraf; Asasi UiTM dan Asasi UM
Jadual Tarikh dan Caj pembelian Nombor PIN BSN : KLIK SINI
KLIK SINI : Permohonan UPU dan Semakan UPU

 

Contoh paparan di mesin ATM boleh anda semak gambar di bawah ini :

Sambung Baca Lagi Artikel Terbaik Yang Ini Pula. Ada Kaitan Dengan Yang Di Atas :

Apa Kelebihan Masuk IPTA, Matrikulasi, Tingkatan 6, Politeknik Bagi Lepasan SPM? Apa Kelebihan Masuk IPTA, Matrikulasi, Tingkatan 6, Politeknik Bagi Lepasan SPM? Bagi sesetengah pelajar lepasan SPM, selepas selesai cabaran persiapan mereka menghadapi peperiksaan exam SPM sebelum ...

17 Komen Bernas di Berita Semasa… add one
  • 1 Syuhadah 10:53 pm

    Bila tarikh nak beli nombor pin upu untuk lepasan spm 2014 ?

  • 2 Anonymous 12:46 pm

    No pin id yang dibeli pada bulan oktober 2013 boleh digunakan lagi ke untuk permohonan 2014

  • 3 one 12:46 pm

    No pin id yang dibeli pada bulan oktober 2013 boleh digunakan lagi ke untuk permohonan 2014

  • 4 Fadzilah Binti Abdul Rasit 10:15 pm

    Tarikh pembelian pin upu itu memang 1 hari ?

  • 5 danial haikal 7:17 pm

    macam mana kalau salah tulis nama? tapi ic betul. contoh: muhammad danial bin rosli. tapi nama ic muhammad danial haikal bin rosli. macam mana tu?

  • 6 Mohd Husaini bin Saidi 9:44 am

    Kenapa la tidak diwujudkan secara online? Zaman dah berubah, masih kena beratur di kaunter BSN ke? Nak buat ikut kad BSN tu bagi sape yang ade kad sahaja.

  • 7 nor saadah 9:58 pm

    no pin politeknik bila boleh pohon?

  • 8 Anonymous 2:41 am

    nak isi cam manaa permohonan ni

  • 9 nasir 8:28 pm

    Klau lps ambil keputusan spm blh beli lagi ke no pin

  • 10 eira 4:31 pm

    Beli kat atm bsn je ke ? Kat atm lain tak boleh ?

  • 11 neshanti 5:55 pm

    bila boleh beli pin lagi??terlepas tarikh awal

  • 12 izzati 8:26 am

    untuk urusan beli pin boleh ke guna ATM card ibubapa atau kena ATM card pemohon sendiri

  • 13 niesa 3:33 pm

    No pin kalau hilang..boleh semak online ke?

  • 14 Fin 1:59 pm

    Kalau tak ada kad bank boleh ke beli no unik pin upu tu ?

  • 15 Loose Kich 1:24 am

    Still we can buy the number…???

  • 16 fth 9:46 pm

    untuk sesi 2017 bila boleh beli nom upu ye ?

  • 17 nblhbrdn 1:11 pm

    saya lepasan kolej komuniti, bila boleh beli eh? tadi saya peri bsn tapi dorang kata untuk lepasan spm & stpm shj

Tinggal Komen Bernas Bagi Topik Ini