Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat. Trumponomics. Kesan Ekonomi Malaysia dan Dunia?

Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat. Trumponomics. Kesan Kepada Ekonomi Malaysia dan Dunia?

Jikalau Bernie Sanders diangkat oleh Parti Demokrat sebagai calon Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat yang baru pasti ada harapan untuk menang Pilihanraya presiden Amerika Syarikat.

pilihanraya presiden amerika

Sebaliknya Hillary Clinton yang bermasalah dan mempunyai skandal diangkat menjadi calon utama pilihanraya Presiden Amerika.

Inilah antara respon balas Penganalisis Politik Antarabangsa Universiti Malaya, Prof Madya Dr. Shakila Parween Yacob apabila ditemubual selepas Donald Trump diangkat menjadi Presiden Amerika Syarikat 2016 yang baru menggantikan Barack Obama yang mula meninggalkan White House.

Hakikatnya realiti yang perlu diterima dunia adalah rakyat Amerika Syarikat sudah pun memilih Donald Trump. Itu negara mereka, itu rumah mereka. Siapa pun dipilih mereka adalah hak mereka. Samada baik, buruk atau sangat buruk.

Apa yang terkejutnya, dah itu pilihan rakyat sempena Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat yang dipilih secara demokrasi. Apa yang mahu terkejutnya?

Jikalau mereka merasakan yang :

  1. Donald Trump mampu menjaga rakyat Amerika Syarikat lebih berbanding daripada sibuk menjaga dunia.
  2. Donald Trump mampu menjaga keselamatan lebih baik daripada sekarang
  3. Donald Trump mampu mencipta lebih banyak pekerjaan untuk rakyat Amerika
  4. Donald Trump mampu mengawal kos sara hidup di sana

Sememangnya jiwa pemimpin politik itu berjanji. Jikalau rakyat yakin mereka akan undi. Benar atau tidak itu risiko yang diambil oleh rakyat Amerika Syarikat sendiri.

Kadang-kadang berita Semasa terfikir, mengapa masyarakat Islam melatah apabila Donald Trump diangkat menjadi Presiden Amerika Syarikat. Tidak pelik untuk pemimpin kafir seperti Donald Trump untuk tidak suka kepada bukan Islam. Sebab dia bukan Islam.

Tetapi sekurang-kurangnya belum ada rekod lagi Donald Trump menjadi ‘panglima’ untuk berikan arahan membunuh orang Islam. Belum ada lagi. Kita selalu bercakap benda yang akan terjadi, di mana acapkali kita ditakut-takutkan dengan perkara yang bakal, akan, mungkin terjadi.

Kita menjadi diam seribu bahasa, terpinga-pinga apabila melihat ada yang menyalurkan dana untuk menyokong kempen keganasan..

  1. Tetapi yang Berita Semasa pelik ada negara yang mengaku Islam tetapi salurkan senjata kepada pemberontak untuk memusnahkan negara islam yang yang lain selain mendapat kerjasama daripada negara Amerika Syarikat melalui ……..
  2. Negara Palestin yang ditunjal, ditelanjangkan, diseksa, ditindas tetapi macam Palestin ini tidak pernah berjiran dengan negara Islam yang lain. Macam tiada apa-apa yang berlaku.
  3. Boleh tengok pendirian Hillary Clinton tentang tentera US di Syria
  4. Boleh tengok pendirian Hillary Clinton tentang ISIS dan Rusia
  5. Dari situ kita boleh tengok true color Hillary
  6. Kalau benda ni betul…Donald Trump jauh lebih baik dari Hillary
  7. Sejarah sudah membuktikan Hillary Clinton memang pro war, masa jadi senator dia ikut vote resolusi serang Iraq
  8. Hillary Clinton juga yang tidak mahu sertai Rusia ‘belasah dan kitai” ISIS tetapi dalam masa yang sama sibuk menjadi ‘duri dalam daging di Syria’ dan masih berdegil tidak mahu keluar dari Syria

Hakikatnya, pendirian Donald Trump mengenai ISIS ini adalah :

  • Bersetuju untuk bersama dengan Rusia untuk tamatkan riwayat ISIS
  • Ataupun keluar dari Syria dengan segera kerana status sekarang ini dikira menceroboh negara dan kerajaan yang berdaulat. Hakikatnya Rusia dijemput secara rasmi oleh Syria.

Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat vs Kesan Ekonomi Malaysia?

Perkara Butirannya
Eksport Malaysia sedikit sebanyak akan terjejas sepertimana yang diberitahu oleh pakar ekonomi Dr Nazri Khan -
Sekaligus beri kesan kepada saham-saham eksport seperti elektrik dan elektronik dan tidak lupa juga sarung tangan -
Seperti yang diperkatakan bekas Ketua pengarah MIDA Datuk Jalilah Baba; jikalau Amerika Syarikat naik tarif import ke atas China contohnya mungkin China akan datang melabur di malaysia sebagai rakan strategik dan eksport barangan mereka dari Malaysia ke Amerika Syarikat -
Statistik eksport dan import negara Amerika Syarikat; peratus dari Malaysia agak tinggi untuk eksport ke US. Jadi anda boleh lihat sendiri impak dan kesan kepada Malaysia jikalau Amerika Syarikat naik tarif import mereka KLIK SINI
Untuk Malaysia; Berita Semasa merasakan lebih baik kita menjaga negara kita sendiri daripada memikirkan dasar negara lain. Apa sahaja boleh berlaku. Sebab itu negara mereka. Kita mesti mempelbagaikan rakan dagangan kita supaya apa sahaja yang berlaku.
Contoh dialog Donald Trump apabila sampai ke White House KLIK SINI

TPPA mungkin jadi, tidak mengejutkan jikalau mungkin tidak diteruskan. Perlu ada pelan B. Pelan C. Donald Trump boleh bercakap apa sahaja tetapi apa sahaja keputusan berdasarkan segala manifesto yang pernah dicanang sebelum ini mesti mendapat kelulusan Kongres. Andaikata TPPA gagal, yang paling terkesan adalah Singapore.

Dan Berita Semasa yakin dan percaya kemenangan dalam Pilihanraya Amerika Syarikat ini bukan bermakna Donald Trump bagus, tetapi ia adalah satu responbalas penolakan daripada majoriti rakyat Amerika Syarikat yang tidak senang dengan cara bagaimana pemimpin sebelum ini menjaga mereka amnya dan Amerika Syarikat umumnya. Rakyat sudah tidak mahu lagi ‘another 4 years of Obama’. Bukan bagus pun Donald Trump. Tetapi rakyat Amerika Syarikat sudah pilih, hormatilah pendirian mereka.

P/S : Salah satu kejatuhan Suharto hilangnya Golkar ‘tidak bernafas sama sekali’ ialah soal pangan iaitu makanan. Bukan soal rasuah, korup tetapi Soal makanan yang tidak dikawal oleh regim Suharto.

PP/S : Kepada pemimpin seluruh dunia yang bercita-cita memerintah di negara masing-masing peganglah ayat dan perkataan Sukarno ini, “Kamu jamin dahulu kepentingan umum, sebelum kamu jamin kepentingan diri.”Setelah kamu jamin kepentingan rakyat, terjaminlah kepentingan kamu”.

PPP/S : Harap tiada yang tidak boleh lelap tidur dengan kemenangan Donald Trump jadi Presiden Amerika Syarikat yang baru