Pertumbuhan Ekonomi : 5-6 Peratus Setahun Sehingga 2020 Tak Berjaya

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 5-6 Peratus Setiap Tahun Sehingga 2020 Tidak Berjaya? Punca?

Pertumbuhan ekonomi Malaysia berpandu kepada 2 kategori.

pertumbuhan ekonomi

Satu untuk jangka masa pendek dan satu lagi untuk jangka masa panjang, itu sebablah lahirnya Rancangan Malaysia ke 11 contohnya dan juga pembentangan Bajet 2017. Pembentangan Bajet 2017 adalah bajet kedua untuk Rancangan Malaysia ke 11.

Berdasarkan unjuran RMK 11, pertumbuhan ekonomi Malaysia akan berada di paras secara purata antara 5 hingga 6 peratus setiap tahun sehingga 2020. Boleh dicapai atau tidak?

Kata Pengarah Khazanah Research Institute KRI, Dr Muhammed Abdul Khalid mengatakan yang Malaysia tidak akan dapat pertumbuhan ekonomi sebegitu rupa.

Realitinya, pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun lepas adalah 5 peratus. Manakala pada tahun ini dijangka hanya berada pada paras 4.1 peratus sahaja. Semakin menurun.

Jadi setiap apa yang terjadi pasti akan ada sebab dan punca bukan?

Punca Pertumbuhan Ekonomi Melemah dan Mencabar Selepas Ini?

Ini semua disebabkan beberapa faktor. faktor luaran dan faktor dalaman. Faktor luaran tidak berapa baik kepada Malaysia hari ini. Ini diakui sendiri oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara dan juga, Datuk Latifah Merican.

Eksport Malaysia tidak berapa baik disebabkan rakan dagangan kita seperti:

  1. China lemah pada ketika ini
  2. Amerika sedikit lebih baik
  3. Eropah juga lemah
  4. Jepun juga tidak berapa baik sekarang

Bagaimana pula dengan faktor dalaman (domestik) yang mana dikongsikan oleh “private side” termasuk syarikat swasta dan anda semua di sini.

Kata Dr Muhammed Abdul Khalid, di pihak swasta masih lagi ok, tetapi…tetapi ada hadnya. Ini kerana anda semua terlalu banyak hutang sekarang ini merujuk kepada trend hutang isi rumah di Malaysia terlalu tinggi. Hampir 90 peratus banyak.

Jadi tidak banyak ruang untuk melakukan pinjaman untuk berbelanja dan meningkatkan lagi permintaan domestik. Dan ini telah memberikan impak kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia pada ketika ini.

Manakala di pihak kerajaan Malaysia pula sama trendnya, hutang Malaysia juga terlalu banyak.

Atas sebab itulah Dr Muhammed Abdul Khalid menegaskan yang pertumbuhan ekonomi sepertimana dirancang dan diunjurkan dalam Rancangan Malaysia ke 11┬átermasuk indikator-indikator yang lain untuk dicapai “SANGAT MENCABAR”!