Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Akan Terus Lemah Bawah 5 Peratus. Rakyat Mesti Berbelanja Lebih!

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Akan Terus Lemah Bawah 5 Peratus. Rakyat Mesti Berbelanja Lebih!

Jikalau kita meneliti laporan media arus perdana, ibarat kita berada di “syurga ekonomi” & indah belaka.

pertumbuhan ekonomi

Tiada cacat celanya. Dan, bukan bermakna kita berada dalam neraka ekonomi. Tidaklah terus sebegitu rupa. Tetapi…

Tetapi hakikatnya, rakyat Malaysia berhak mengetahui realiti sebenarnya yang berlaku dalam negara supaya rakyat sentiasa berada dalam keadaan sentiasa bersedia. Malangnya kurangnya peluang & ruang maklumat dikongsikan bersama rakyat Malaysia.

Nah….Berita semasa tampil untuk sama-sama memberikan & melontarkan “cabaran” bukannya tentangan kepada pihak kerajaan supaya terus berkerja keras & tidak terus berasa selesa untuk membangunkan ekonomi negara supaya akhirnya kelak lebih besar kek ekonomi negara yang bernama Malaysia dapat dikongsikan dengan rakyat marhaen.

Tidak cukup hanya campakkan beberapa kek kecil kepada rakyat Malaysia atas nama kemakmuran. Tidak cukup…

Berdasarkan maklumat yang Berita Semasa terima, ekonomi Malaysia sekarang ini sedang bergerak perlahan.

  • Inflasi Malaysia dijangka akan melebihi 2% sekitar hujung tahun 2013. Hampir pasti akan terjadi…
  • Kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar atau GDP (Gross Domestic product) pula akan berada di bawah paras 5%
  • Eksport Malaysia terus merosot kepada 0.2%

ekonomi Malaysia

Ini bermakna, ekonomi Malaysia agak terencat & terbantut untuk tahun 2013 ini. Bermaksud ia akan meninggalkan satu tekanan kepada perbelanjaan domestik untuk mengekalkan rentak ekonomi Malaysia bagi suku seterusnya tahun 2013 ini. Puncanya ?

  • Ekonomi negara-negara agak lembap
  • Pemulihan ekonomi negara yang terus lemah
  • pertumbuhan ekonomi Cina semakan lemah
  • Dan…..peningkatan mendadak hutang isi rumah yang telah mencecah ke angka RM800 bilion

Dalam pada masa yang sama, Bank Negara Malaysia sudah pun mengoncang loceng amaran pertama supaya mengawal hutang isi rumah tidak terus meningkat apabila terus mengetatkan prosedur pinjaman dikalangan rakyat Malaysia

Pakar ekonomi daripada Affin Investment Bank mengatakan langkah Bank Negara agak baik, tetapi mungkin merencatkan kadar perbelanjaan rakyat malaysia & permintaan domestik

pertumbuhan ekonomi malaysia

Malaysia masih lagi sebuah negara yang membangun, tetapi sedang berusaha keras untuk mencapai negara maju seawal 2017 dan 2020. Tetapi hakikatnya sukar. Ini kerana syarat untuk menjadi negara maju atau berpendapatan tinggi, ekonomi Malaysia mestilah berkembang pada paras sekurang-kurangnya 6% selama 10 tahun berturut-turut.

Jadi apabila sudah bergelar negara membangun, pastinya akan terkena juga tempiasnya apabila ekonomi global lemah & perlahan.

Cara lain untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara ialah dengan meningkatkan permintaan domestik. Dengan bahasa mudah, rakyat perlu berbelanja lebih dalam negara.

Dan itu sebablah kita lihat sejak akhir-akhir kerajaan Malaysia dilihat kerap kali meluluskan pemberian wang tunai di pelbagai kelompok dalam negara contohnya BR1M, bantuan raya dan lain-lain lagi, supaya aliran perbelanjaan rakyat Malaysia terus aktif. Apa kata anda pula?