Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Perlahan. Belanja Tinggi dan Rasuah Teruk. Kerajaan Terpaksa Bayar Hutang RM10 Bilion Setahun. Rakyat?

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Perlahan. Belanja Tinggi dan Rasuah Teruk. Kerajaan Terpaksa Bayar Hutang RM10 Bilion Setahun. Rakyat?

Nama Dr. Nazri Khan sudah tidak asing lagi dikalangan media arus perdana di Malaysia.

pertumbuhan ekonomi

Acapkali tampil memberikan dan berkongsi buah fikirannya berkenaan urusan pembankan dan ekonomi negara.

Berdasarkan pemerhatian, kepakaran dan pengalaman yang ada pada diri beliau, baru-baru beliau telah tampil membawa keluahan jutaan rakyat Malaysia mengenai realiti yang berlaku kepada Malaysia hari ini. Hakikatnya….

Seorang demi seorang rakyat Malaysia sudah mulai merasai begitu bahangnya cabaran kos sara hidup di Malaysia menjelang tahun 2015 kelak. Ada yang masih lagi dalam keadaan mood bertahan, ada juga sudah mula tidak tertanggung apabila melihatkan perbelanjaan boleh guna mereka semakin berkurang daripada bulan ke bulan.

BR1M yang diterima mereka ibarat “morfin” yang disuntik bagi┬ámemberikan kelegaan untuk seketika sahaja.

Dan berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Dr Nazri Khan baru-baru beliau telah menyeru rakyat Malaysia untuk bersiap siaga berhadapan dengan 10 cabaran ekonomi Malaysia terbesar pada tahun 2015. Sudah bersedia semua? Bersedia atau tidak….rakyat Malaysia perlu mengharunginya juga bukan?

Ramalan Nazri Khan: Pertumbuhan Ekonomi Malaysia?

1. PERTUMBUHAN EKONOMI : KENAIKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT

Langkah Kerajaan menaikkan harga petroleum (naik 20 sen), tarif elektrik (naik 15%), harga gula (naik 30 sen), harga tepung (naik 20 sen) dan kadar tol plus (minima 50 sen) sedikit sebanyak akan melonjakkan kos sara hidup semua rakyat. Inflasi Malaysia rasmi terkini telah pun meningkat kepada 3.4%, tertinggi dalam setahun. Inflasi tidak rasmi/sebenar mungkin tiga kali ganda lebih 10% setahun.

Harga purata secawan kopi kini ialah RM1.60, harga nasi lemak ialah RM1.80 sementara sekeping roti canai sudah mencecah RM1.20 tidak termasuk GST

2. PERTUMBUHAN EKONOMI : PARAS HUTANG KERAJAAN YANG TINGGI

Paras hutang kerajaan meningkat sejak tahun 1970. Hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 1970 hanyalah RM2 billion, pada tahun 1999 berjumlah RM95 billion tetapi sekarang telah mencecah (RM692 bilion bilion atau 62% daripada KDNK) yang telah pun melepasi had siling 55% yang dibenarkan oleh parlimen Malaysia. Pihak asing pula memiliki kira-kira 15% daripada jumlah hutang dalam negara. Keadaan ini boleh mempengaruhi kadar pertukaran wang asing negara.

Untuk rekod, kerajaan membelanjakan lebih RM10 bilion setahun hanya untuk membayar faedah hutang-hutang yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan.

3.PERTUMBUHAN EKONOMI : PARAS HUTANG ISI RUMAH RAKYAT YANG MEMBAHAYAKAN

Hutang isi rumah rakyat Malaysia telah berganda kepada (RM854.3 billion atau 86.8% KDNK) dalam Julai tahun 2014 ini. Pecahan besar adalah pinjaman perumahan 29%, pinjaman kenderaan 51%, pinjaman peribadi 15% dan pinjaman pelajaran 33%. Ini bermakna rakyat Malaysia secara amnya membuat perbelanjaan dengan membazir dan tidak berhemah.

Jika tidak dikawal, lima tahun lagi hutang isi rumah di Malaysia boleh melebihi 100% kepada KDNK negara bermakna pendapatan yang diperolehi tidak cukup untk membayar hutang terkumpul.

4.PERTUMBUHAN EKONOMI : DEKAD YANG LEBIH PERLAHAN

Jumlah keseluruhan ekonomi Malaysia (KDNK) tahun 2014 adalah RM1.07 trillion. Walaupun ekonomi global dijangka meningkat, pertumbuhan KDNK Malaysia purata sepuluh tahun lepas lebih perlahan hanya sebanyak 5% dan banyak didorong oleh permintaan domestik. Berbanding pertumbuhan KDNK purata sebanyak 7% pada tahun 1990an yang didorong oleh sektor eksport dan luaran.

Untuk rekod, semenjak 1945 ke tahun 1998, Malaysia adalah salah satu daripada 13 negara yang telah mencapai pertumbuhan mantap melebihi 7 peratus selama lebih daripada 53 tahun. Walaubagaimanapun selepas 1998, pertumbuhan ekonomi Malaysia telah jatuh dengan perlahan.

5.PERTUMBUHAN EKONOMI : KOS PENGURUSAN KERAJAAN YANG TINGGI

Daripada tahun 1970 hingga 2013, jumlah perbelanjaan pengurusan kerajaan meningkat daripada RM2.2 bilion kepada RM216.2 bilion. Komponen yang terbesar ialah gaji kakitangan kerajaan. Untuk nota, Malaysia memiliki nisbah kakitangan kerajaan yang tertinggi di dunia seramai 1.4 juta atau 10% dari seluruh tenaga kerja di Malaysia.

6.PERTUMBUHAN EKONOMI : BEBAN SUBSIDI KERAJAAN YANG TINGGI

Jumlah keseluruhan subsidi kerajaan telah meningkat dengan ketara daripada RM1.1 bilion pada 1999 kepada RM44.1 bilion pada 2013. Ini bermakna 20% dari cukai yang dikutip akan digunakan untuk subsidi rakyat. Subsidi ibarat ganja kerana ia sukar dihentikan apabila telah diberikan. Penamatan subsidi juga boleh mengakibatkan kos politik kepada kerajaan yang memerintah.

Dasar pemberian subsidi adalah dasar yang tidak efektif bagi rakyat miskin. Orang kaya menggunakan bahan api lebih banyak daripada orang miskin yang bermotosikal. Ini bermakna subsidi petroleum lebih banyak dinikmati oleh golongan kaya.

7.PERTUMBUHAN EKONOMI : PRODUKTIVITI PEKERJA YANG KURANG CEMERLANG

Hanya 80 peratus dari tenaga kerja seluruh Malaysia mempunyai kelayakan pendidikan setakat Sijil Pelajaran Menengah (SPM). Menurut Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), tahap produktiviti pekerja negara ini adalah jauh lebih rendah daripada negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Korea Selatan dan Singapura.
Purata pekerja Malaysia mencatatkan nilai produktiviti hanya sebanyak RM43,952 setahun. Berbanding pekerja Amerika Syarikat mengungguli senarai dengan tahap produktiviti sebanyak RM285,558 setahun, diikuti oleh pekerja di Jepun RM229,568 dan Hong Kong RM201,485. Ini bermakna pekerja Malaysia bekerja dalam tempoh yang lebih panjang berbanding negara lain, namun menghasilkan pulangan yang lebih rendah.

8.PERTUMBUHAN EKONOMI : BELANJAWAN MALAYSIA DEFISIT SETIAP TAHUN SEJAK 1998

Walaupun memiliki komoditi yang kaya seperti minyak dan kelapa sawit, Belanjawan Malaysia masih defisit selama 16 tahun berturut-turut semenjak krisis kewangan Asia. Untuk rekod, perbelanjaan subsidi untuk rakyat dikurangkan sebanyak RM 7.3 billion bagi tahun 2014. Walaupun paras defisit keseluruhan negara telah turun tetapi masih tinggi sekitar RM 36 billion.

Pada masa yang sama, lebihan akaun semasa (eksport tolak import) juga telah menurun dari RM102 bilion pada 2012 kepada RM37 billion pada 2013. Ini bermakna lebihan akaun sebanyak 3% daripada KDNK pada masa ini adalah kecil kerana Malaysia pernah mencatatkan lebihan akaun semasa sebanyak 10%.

9.PERTUMBUHAN EKONOMI : KETIRISAN DAN KETELUSAN NEGARA

Dalam Indeks Persepsi Rasuah atau Corruption Perception Index yang dijalankan Transparency International, Malaysia menduduki tangga ke-53 daripada 177 buah negara. Kedudukan ini tidak segagah tahun 2003, Malaysia berada di kedudukan ke-37.

Untuk rekod, dalam Laporan Global Financial Integrity, Malaysia menduduki tempat ke-4 dari segi jumlah kumulatif pengaliran keluar dana secara haram yang berjumlah RM880 billion di antara tahun 2002-2011. Ini bermakna aliran keluar wang haram dari Malaysia mungkin lebih hebat daripada negara-negara seperti Filipina, Nigeria dan Venezuela.

10.PERTUMBUHAN EKONOMI : KELEMAHAN RINGGIT DAN PENINGKATAN GAJI YANG PERLAHAN

Dengan matawang Ringgit Malaysia terus lemah dibandingkan dengan Dollar Amerika (terendah dalam enam bulan) dan Dollar Singapura (terendah dalam 15 tahun) juga menyumbang kepada lonjakan harga barang dan kos sara hidup di Malaysia. Kesan kelemahan ringgit menyebabkan penurunan kuasa beli individu. Maknanya, setiap ringgit pendapatan akan mampu membeli sedikit barangan dan perkhidmatan import berbanding sebelum ini.

Peningkatan kos sara hidup yang berlaku itu juga tidak selaras dengan kadar kenaikan gaji yang perlahan. Mengikut Payscale.com, kadar purata kenaikan gaji Malaysia hanya sekitar 3.5% berbanding Indonesia 9.8%, Singapore 12% dan Thailand 5.8% dalam tempoh sama.

Kesimpulan, ekonomi adalah tunjang turun naik sesebuah masyarakat, bangsa dan negara. Saya yakin sepuluh isu ini dapat ditangani, kerajaan mapan, ekonomi cemerlang dan rakyat gemilang. Amin.

Pandangan Peribadi :

Dr. Nazri Khan
Presiden, Malaysian Association of Technical Analyst (MATA)
Exco, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM)

P/S : Ini pendapat peribadi pakar pembankan dan ekonomi Malaysia. Apa respon balas anda pula yang bergelumang dengan keadaan kos sara hidup hari ini di Malaysia.



Share.

64 Comments

  1. Cuba kerajaan kurangkan perbelanjaan dengan mengurangkan penganjuran program-program bertaraf antarabangsa kononnya.
    Lihat di Putrajaya sekarang, haru-biru dengan pembinaan litar formula E. Buat apalah program sedemikian, semata-mata untuk mendapat nama. Sudah semestinya kos penganjuran dan persiapan tersebut akan memakan kalau tidak pun ratusan juta…puluhan juta sudah tentu.
    Sudah tidak ada litar lain kah untuk formula E tersebut.??Buatlah di litar sepang sediada. Keadaan Putrajaya sudah jadi rosak dengan pembinaan yang memakan masa berbulan-bulan infrastruktur litar tersebut. Sepatutnya sebagai sebuah Pusat Pentadbiran Persekutuan yang aman damai, tidak usahlah di bina dalam kawasan Putrajaya ini.
    Pada saya ini adalah keputusan yang amat bodoh sekali antara yang pernah di buat.
    Sekian.

  2. Pembela Melayu on

    dia ni sebenarnya balaci anwar dan pakatan haram. Salah satu cara pembangkang nak jatuhkan ekonomi negara adalah dengan mewar-warkan keburukan bisnes kerajaan Malaysia kepada dunia. Kononnya, bila ekonomi jatuh, maka kerajaan akan lemah dan tumbang kepada pembangkang.

    Inilah yang ditunggu2 Rafizi dan Tony Pua yang tak habis2 memburukkan ekonomi kerajaan sejak dahulu lagi….

  3. Sedang rakyat bergelut dengan kos kehidupan yang meningkat dari masa kesemasa dan kerajaan pula menggalakkan penjimatan, boleh pula terbina litar lumba di Putrajaya.

  4. aku dan aku on

    Ko tu balaci bn..malaysia dah porak peranda pun ko dok igt malaysia masih aman..ko buka lar mta lihat apa dah jdi skrg..malaysia dah nk tergadai pun..rakyat pilih pemimpin utk ringnkn bebankan rakyat bkn menambah segala beban yg dok ada..

  5. Code Tango on

    bila rakyat mengeluh, menteri nasihat supaya hidup berjimat cermat, tapi menteri sendiri bazirkan duit negara selamba saja…
    (kalau dia bazirkan duit dia sendiri, aku tak kesah)
    Litar perlumbaan Formula E tu memang bangang, aku teringin nak tau siapa yg sign kasi lulus. Litar Sepang dah ada, dia pergi ubahsuai semua jalan di Presint 3 tu jadi tempat berlumba, siap dengan grand-stand besar lagi depan bangunan MOF.
    Nanti lepas racing, runtuhkan dan ubah-suai balik jalanraya. Siapa yg tanggung kos pembaziran macam ni? Rasanya syarikat organizer swasta takkan sanggup tanggung ubah-suai bandar.
    Dan acara-acara antarabangsa sebegini biasanya perlu bayar wang pendahuluan entah berapa juta RM sebelum mereka setuju datang. Siapa yang bayar ni? Duit dari poket menteri ka?

  6. sayang malaysia on

    Cabaran ekonomi ini akan berantaian kepada cabaran sosial, emosi, dan lain-lain…. Adakah kesan psiko-sosial telah dikaji oleh pihak berwajib sebelum dasar yang menyusahkan ini dilaksanakan atau…. bila dah terantuk baru terngadah….

  7. Asyik-asyik cerita kakitangan awam, asyik-asyik cerita kakitangan awam. Polak teligo den mondongar ehhh

  8. tajuk lain, cerita lain ape kebendanye pulaknye…kan ke berkaitan.

  9. Apa salah kakitangan kerajaan? Majoriti yg kerja dgn kerajaan adalah bangsa melayu/ bumiputera. Kalau kerajaan x ambil yg berkelayakan utk bekerja, apa guna pilih kerajaan tersebut.Lebih salah menyalah guna kuasa untuk kepentingan diri sendiri.

  10. Dr Woung Boo doh on

    Dari zaman dulu sampai kiamat , balik2 semua salah kerajoan. Yg ekau bo doh salah kerajaan jugak.

  11. Says setuju.membazir Wang rakyat.siap berbulan bulan,nak kemas berbulan bulan juga.putrajaya dah jadi macam litar.kan dah ada litar sepang

  12. Elok ea macam ni lah… kalau ado yang terambil maso buek projek tu pulangkanlah balik. Kalau tak nak pulangkan dan kalau ado projek baru.. janganlah diambil… sobab ramai yang dok kato setiap projek mega tu ado komisen yang dibori dan kalau dijumlahkan nilai nyo berbilion. Kalau yang ni dapek disolosaikan duit tu buleh diagihkan untuk pembangunan negaro. Sebona ea negaro kito kayo.. tapi kalau kes macam ni dibiarkan, macam mano kayo pun tersungkor jugak.. kan kan.. pikir pikirkan..

  13. bg saya membeli rmh …hutang perumahan 29% bukan satu tindakan membuat perbelanjaan dengan membazir dan tidak berhemah.Rumah adalah satu keperluan..tetapi kemampuan untuk memiliki aset penting ini sekarang terhalang akibat kenaikan kos yang semakin melonjak

  14. jumlah kakitangan sebenarnya tidak seimbang..polis dengan tentera masih kurang
    guru pun masih kurang dengan jumlah murid dalam kelas..ada sesetengah kelas pelajar 40 0rang untuk satu kelas
    ada sektor lain pekerja berlebihan kerajaan perlu membuat agihan yang betul mengikut keperluan rakyat
    Doktor pun masih kurang
    masih ada di klinik klinik kampung yang tiada doktor tetap
    atau berganti..cth doktor hanya dada pada hari selasa setiap minggu

  15. Alaaaaa…Dr Nazri Khan pakar ekonomi on paper. Ataih paper buleh la cakap….

  16. Tun M yang cetuskan idea bernas untuk bina Putrajaya

    Pak Lah pergi berhentikan baki projek di Putrajaya…

    Kena ke Najib rupanya lagi best… Jalan batu marmar habis dipecahkan jadi jalan tar. Nak naik kolej swasta plak…pecahkan lagi….. Pecah Janaham Putrajaya!!!

  17. Malaysia ni….biasalah ape2 yg ada di peringkat antarabangsa, Malaysia pun turut kena ada.
    Org ada Formula 1, Malaysia kena ada
    Org ada Formula E, Malaysia kena ada
    Org ada Al Qaeda, Malaysia pun ada
    Org ada IS, Malaysia pun ada
    Org ada Ebola, Malaysia pun turut ada jugaaaa….
    Aduiiiii

  18. abaikan je si penjilat nih. Kentut najib pun sanggup dia hirup. Wangi kata dia.

  19. SambalBelacan on

    …sebab tu ujudnya slogan ‘Malaysia Boleh’…memang semuanya kat Malaysia ni boleh dan ada…

  20. SambalBelacan on

    Biasanya orang2 kaya berduit ni hanya pandai bercakap tapi kalau suruh buat…memang hampehhh!…orang2 yang mendengar diorang2 bercakap ni pun melopong aje mulut…

  21. SambalBelacan on

    …sebab tu kita kata ‘Malaysia Boleh’…boleh apa?…macam2 la boleh berlaku…

  22. Budak Kecik on

    Oit!! salah tu…..bukan nk jatuhkan negara….tapi nak jatuhkan dan buang BN UMNO ke dlm tong sampah dan dilupuskan….kalau jatuhkan negara buat apa berebut nk jd PM…..

  23. Orang asyik2 salah kerajaan, bangang& bodoh sobonar orang itu. Tak bole berdikari.

  24. plz_sedar_semua on

    Baca petikan di atas. Bila masa Dr. Nazri Khan salahkan kakitangan kerajaan? Beliau memberikan statistik mengenai kos kerajaaan.Jgn memandai membuat kesimpulan mcm tu. BACA dan PAHAMkan.

  25. plz_sedar_semua on

    Aduh minda org malaysia skrg. semoga kalian semua sudah bersedia menghadapi cabaran ekonomi akan datanng.

  26. plz_sedar_semua on

    Saya bersetuju dgn jwpn anonymous.

    Tiada keseimbangan dalam mengambil org menjadi penjawat awam di Malaysia.

  27. kau ni paham realiti hidup atau tak…bukan sesaje org nak salahkan atau kritik kerajaan. Tapi kalau asyik buat tindakan dan kerja-kerja bangang…memang lah patut di kritik.

  28. kau ni obama..kau pikir tembolok kau sorang aje yee. kau mungkin org berada atau berjawatan…aku pun sebenarnya tak kisah kalau kerajaan nak naik kan berapa peratus pun minyak, cukai dan sebagainya…aku peduli hape sbb syukur dgn rezeki yg tuhan bagi, aku mampu menyerap semua kenaikan tersebut…TETAPI…kita jgn ingat tembolok kita je lepas…pikirkan juga nasib pakcik makcik kat kg, org2 susah, ibu2 tunggal…utk mereka menghadapi realiti kehidupan masa kini.

  29. Kpd Obama
    Kau jgn pikir tembolok kau saja. Mungkin kau org berada atau berjawatan.
    Aku pun tak peduli hapee..kerajaan nak naikkan minyak, cukai bagai sbb syukur dgn rezeki yg tuhan bagi, aku buleh menyerap kenaikan2 tersebut..TETAPI kita kena sesama memikirkan nasib pakcik makcik, org2 pencen, ibu2 tunggal, org2 susah samada yg di kg mahupun di bandar yg sangat terkesan utk menghadapi realiti kehidupan masa kini. Kau Obama, jgn pikir kau sorang je buleh mkn..pikir kan org lain sama.
    Sekian.

  30. SambalBelacan on

    …satu lagi…kita takutlah kepada Allah…sebab segala kemungkinan boleh menimpa pada batang hidung kita sendiri…kalau hari ni kita rasa hidup mewah, mungkin barangkali tiba masanya pulak Allah jadikan kita hidup dalam melarat…nak makan pun x cukup…masa tu barulah kita tahu langit tu tinggi ke rendah…sebab juga dalam hidup ni tiada manusia yang hidup senang lenang selama2nya…apakah dan bagaimanakah kesusahan kita nanti?…itulah yang kita tidak tahu…sebab ini rahsia Allah terhadap hamba2Nya…

  31. Kerajaan perlu jadi lebih professional n btindak tegas kpd gejala rasuah termasuk dikalangan mereka sendiri. Laksanakan undang2 yg lebih rasional. Hapuskan gejala yg blh mnyebabkn peningkatan jenayah.

  32. SambalBelacan on

    ‘RASUAH’ adalah satu wabak penyakit yang amat merbahaya dan memudaratkan…kalau tidak dibendung dan dibenteras…maka akan hancurlah sesebuah negara itu…dalam Islam memang Allah mengharamkan rasuah…maka jawabnya ke dalam api nerakalah perginya…na’uzubillah…bagaimanakah perasaan kita sekiranya kita menanggung keluarga kita melalui duit rasuah?…

  33. Guru kurang ? Senang ja nak atasi, hapuskan semua mata pelajaran elektif. Ajar subjek teras shj. Automatik kurang guru di perlukan. Polis kurang? Gubal undang2 supaya lebih tegas mcm di negara China. Laksanakan hukuman tembak. Cth pesalah rasuah di hukum tembak sampai mati. Kurang jenayah. Jimat duit negara.

  34. Beban. Kerajaan sebenarnya BUKAN. disebabkan kakitangan awam ramai. TAPI disebabkan “ketirisan wang negara” dan “kegagalan projek2 mega dan berimpak tinggi” akibat dari amalan RASUAH, PECAH AMANAH & SALAHGUNA KUASA

  35. Pemimpin yang sangat
    Tidak bijak!rakyat memilih adalah untuk
    Menjaga kebajikan negara.tapi dia ini serupa Bermain pasir
    Saja.??

  36. YB Dato Nazri, i dah teliti dan kaji lama dah, punca sebenar ekonomi kita tmbuh dgn perlahan adalah kerana RASUAH &., PECAH. AMANAH & SALAHGUNA KUASA di negara kita sangat tinggi… rata2 kontraktor bumiputra yg saya temui mnyatakan demikian… dalam bahasa kasarnya “kalau x jolok duit jgn harap nak dapat projek, naik turun tangga pejabat putus tali kasut, haus tapak kasut pun x akan dapat projek, , kalau x jolok 5,6 puluh ribu, nak ambik borang pun siap kna jolok dah duit kopi. 5,6 ribu….. ratus2 x main….”

  37. Sebenarnya “budaya GST” di Malaysia dah lama dipraktikkan oleh golongan kontraktor, kastam, imigresen, pejabat tanah, JPJ, pejabat daerah dll pgawai2 kat federal dan state… “GST” yg i maksudkan ni adalah “RASUAH”… inilah punca utama ekonomi negara kita merudum kerana buruknya perilaku PA kita… bukan salah parti politik, pm atau pmbgkang… TAPI pgawai2 kita yg kianat pada bgsa dan ngara sendiri…

  38. RASUAH, PECAH AMANAH & SALAHGUNA KUASA (RPASGK) di negara kita berlaku dlm hampir 50% pekerjaan yg berkait dgn pmberian kontrak, lesen, pnguatkuasaan dan

  39. RASUAH, PECAH AMANAH & SALAHGUNA KUASA (RPASGK) di negara kita berlaku dlm hampir 70% pekerjaan yg berkait dgn pmberian kontrak, bekalan, lesen, pnguatkuasaan undang2 dan pencegahan…. Lebih buruk lagi RPASGK berlaku pada setiap peringkat pengeluaran & perkhidmatan dlm ertikata lain ia berterusan dan bertingkat tingkat … Ini yg perlu dihalang kerana ia akan mnjejaskan intergriti penjawat awam, kualiti projek berimpak tinggi dan mnyebabkan ketirisan wang negara

  40. Komen saya ini bukan bermaksud mnempelak GST yg akan diperkenalkan oleh DSNR pada 1 April 2015 nanti tetapi dgn maksud mnjelaskan bhawa amalan buruk segolongan pnjawat awam yg mpraktikan RPASGK dlm penyampaian perkhidmatan seolah2 ia sbagai satu bentuk “pencukaian”

  41. org gov jugak disalahkan..sedangkan kerajaan sendiri yg pecah amanah..rasuah berleluasa..kenapa nk salahkan pekerja pulak..org atas yg buat keje xbetoi

  42. penjawat awam.. on

    saya setuju statement diatas.. penjawat penerima rasuah dari ………………………. ??

  43. ustaz najib on

    says sendiri nak dapat kerja susah sejak Dari umur 18 tahun disebabkan kerajaan Jenis pilih ‘bulu’ pekerjaan untuk anak anak rakyat Malaysia tiada ruang lagi disebabkan itulah yang banyan menganggur Dan menyebabkan banyak gejala sosial yang tidak sihat seperti penagih dadah,peragut,gengster,pertubuhan persatuan kongsi gelap,Dan sebagainya INI smua berpunca Dari kerajaan Dan pemimpin yang menyalahguna kuasa fikirkanlah

  44. Anonymous on

    Klu buat hukum hudud baru blh selesaiksn msalah ini.org tak berani nak buat apa2 masaalah.baik yg diatas mahupun dibawah…….

  45. ahmad maslan menteri kaki potong subsidi suka keluar statement bodoh…
    hassan malek menteri ayam pulak selalu backup menteri kaki potong subsidi dgn statement rakyat setuju tindakan kerajaan kerana tiada komplen….
    tp yg paling dungu najib la sbb pilih org bangang jaga duit negara… dan belanja boros2x tentu arah….
    promosikan negara utk cari pelabur jauh sekali…… mana ekonomi nak berkembang…. dah la tu bila di tegur oleh tun mahathir yg genius tu… bukan bodoh sombong dah…. mcm palat sombong dah….

  46. Pembela melayu najib,dia tu sudah kenyang,bn-barang naik,tahniah kepada pembela melayu yang telah layu idea,matanya telah di butakan telinganya juga telah di pekakkan sebab dia dah kenyang.

  47. abdur rohim on

    Kami dari negara Indonesia hanya berdo’a untuk Malaysia yang lebih sejahtera

Leave A Reply