Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 5-6 Peratus Setiap Tahun Sehingga 2020 Tidak Berjaya? Punca?

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 5-6 Peratus Setiap Tahun Sehingga 2020 Tidak Berjaya? Punca?

Pertumbuhan ekonomi Malaysia berpandu kepada 2 kategori.

pertumbuhan ekonomi

Satu untuk jangka masa pendek dan satu lagi untuk jangka masa panjang, itu sebablah lahirnya Rancangan Malaysia ke 11 contohnya dan juga pembentangan Bajet 2017. Pembentangan Bajet 2017 adalah bajet kedua untuk Rancangan Malaysia ke 11.

Berdasarkan unjuran RMK 11, pertumbuhan ekonomi Malaysia akan berada di paras secara purata antara 5 hingga 6 peratus setiap tahun sehingga 2020. Boleh dicapai atau tidak?

Kata Pengarah Khazanah Research Institute KRI, Dr Muhammed Abdul Khalid mengatakan yang Malaysia tidak akan dapat pertumbuhan ekonomi sebegitu rupa.

Realitinya, pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun lepas adalah 5 peratus. Manakala pada tahun ini dijangka hanya berada pada paras 4.1 peratus sahaja. Semakin menurun.

Jadi setiap apa yang terjadi pasti akan ada sebab dan punca bukan?

Punca Pertumbuhan Ekonomi Melemah dan Mencabar Selepas Ini?

Ini semua disebabkan beberapa faktor. faktor luaran dan faktor dalaman. Faktor luaran tidak berapa baik kepada Malaysia hari ini. Ini diakui sendiri oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara dan juga, Datuk Latifah Merican.

Eksport Malaysia tidak berapa baik disebabkan rakan dagangan kita seperti:

  1. China lemah pada ketika ini
  2. Amerika sedikit lebih baik
  3. Eropah juga lemah
  4. Jepun juga tidak berapa baik sekarang

Bagaimana pula dengan faktor dalaman (domestik) yang mana dikongsikan oleh “private side” termasuk syarikat swasta dan anda semua di sini.

Kata Dr Muhammed Abdul Khalid, di pihak swasta masih lagi ok, tetapi…tetapi ada hadnya. Ini kerana anda semua terlalu banyak hutang sekarang ini merujuk kepada trend hutang isi rumah di Malaysia terlalu tinggi. Hampir 90 peratus banyak.

Jadi tidak banyak ruang untuk melakukan pinjaman untuk berbelanja dan meningkatkan lagi permintaan domestik. Dan ini telah memberikan impak kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia pada ketika ini.

Manakala di pihak kerajaan Malaysia pula sama trendnya, hutang Malaysia juga terlalu banyak.

Atas sebab itulah Dr Muhammed Abdul Khalid menegaskan yang pertumbuhan ekonomi sepertimana dirancang dan diunjurkan dalam Rancangan Malaysia ke 11┬átermasuk indikator-indikator yang lain untuk dicapai “SANGAT MENCABAR”!



Share.

20 Comments

  1. Hutang banyak sbb bilangan penjawat awam yg terlalu ramai. Belanja mengurus lagi besar dari belanja pembangunan.

  2. Peruntukkan pembangunan tinggi yg utg kontraktor dn punca ketirisan dn rasuah lgi besar jika tiada keintegritian

  3. Peruntukkan pengurusan lbh baik (mencukupi) blh menjana ekonomi dlm negara lebih baik dn merancakkan ekonomi tempatan/setempat

  4. kamalpendi on

    Mansuhkan GST, berapa kali nak cakap, apabila Gst dimansuhkan, perbelanjaan akan meningkat semula. setiap isi rumah membelanjakan RM 500-600 sebulan utk bayar Gst sahaja.

  5. Rasanya brim akan dinaikkan sedikit.
    Lepas tu heboh satu negara kerajaan prihatin dgn nasib rakyat berpendapatan rendah.

  6. Klu KLumpur bnyk lagi projek pembangunan alamat sesak dan jem lagilah jalanraya natijahnya kos minyak kereta lagi meningkat sbb jln jem petrol lagi mkn

  7. Antara perbelanjaan di bawah peruntukkan/belanja mengurus selai membayar upah pekrja/gaji ialah untuk kerja2 penyelenggaraan,baiki bangunan menyelenggara bangunan ,sewaan,utili.tol ,pembelian peralatan dn bahan mentah dsbinya

  8. Peruntukkan pembangunan ialah yg besar spt mrt,pan borneo,hospital,keretapi laju(klu jadi mungkin jadi kot),jambatan,projek2 naik taraf (kadang2 mengguna duit mengurus) pembelian kenderaan bas,lori, kereta,motosikal dsbginya

  9. Rasanya KL termasuk sekitar(lembah Klang) tahap pembangunan dh nak capai tepu walaupun ada ruang yg blh diisi sbb jalan yg diguna adalah sama dn blh menimbulkan kesesakan lalulintas berbanding buka kawasan baharu dn pertumbuhan baharu

  10. Kawasan tepu begini blh meningkatkn kos pembangunan itu sendiri krn tanah yg mahal dsbnya

  11. Kesesakan jalanraya dn kos tinggi ini jika tak ditangani dgn btul dn baik blh meningkat teknanan hidup

  12. Pembangunan fizikal dn rohani hendaklah seiring bahkan rohani perlu lbih dimantapkan utk kehidupan abadi di akhirat

  13. Rohani mantap/baik akn lahirkn perkerja yg penuh berintegriti dn ikhlas dn ingat Khaliqnya yg Maha Melihat dn Maha Mendengar

  14. Telingakaupekak on

    Sebab tu Br1m perlu dihapuskan bukan dinaikkan. Kerajaan tak ada mekanisma jelas untuk melahirkan rakyat yg mampu menjana pendapatan, tp melahikn rakyat yg suka menunggu bantuan dan lama2 suka berhutang. Malaysia hanya bergantung pada GST sbb rakyat masih suka didodoi dgn bantuan yg tak sepatutnya untuk menjadi sebuah negara maju.

  15. Hutang banyak sbb bilangan penjawat awam yg terlalu ramai. Belanja mengurus lagi besar dari belanja pembangunan… terutama PTD yg tak tau buat kerja

Leave A Reply