Perodua Myvi Review : Berminat Melihatkan Facelift Baru Ini


Gambar Perodua Myvi Baru Apa Review Anda Melihatkan New Facelift Myvi Ini. Berminat?

Tahniah, kepada perodua Malaysia! Seperti biasa Perodua meneruskan tradisinya mengeluarkan facelift untuk model – model kereta Perodua mereka apabila kali ini tiba giliran kereta perodua Myvi baru ditawarkan untuk anda dengan direka semula bagi memberikan┬ánafas baru sekaligus memastikan model ini terus relevan di Malaysia.

perodua myvi

Gambar dan foto terkini new facelift Perodua Myvi baru ini telah tersebar pada ketika ini yang mana kelihatan lebih garang daripada model kereta Perodua Myvi yang sebelum ini.

Bagaimana pula dengan tawaran harga Perodua MYvi baru?

Rata-rata tinjauan Berita Semasa setakat ini, ramai kalangan pemilik model kereta ini berpuas hati dengan spesifikasi kereta yang dimiliki dan digunakan mereka ketika ini.

  • Kereta kecil
  • Ruang dalam besar dan selesa. Jikalau anak 3 orang masih lagi selesa untuk jalan jauh
  • Spare part pun banyak. Senang untuk dicari dan ditukar ganti
  • Penggunaan minyak petrol masih lagi ditahap yang menjimatkan jikalau kena cara pemanduannya (*subjektif)
  • Parking pun mudah terutamanya golongan wanita
  • Anda bersetuju?

Cuma Berita Semasa harapkan harga dan price bagi new facelift baru ini lebih berpatutan dan munasabah sesuai dengan sokongan rakyat Malaysia selama ini. Mungkin?

New Facelift Perodua MYvi Baru : Senarai Penambaikan & Penambahan Spec?

Nampaknya bagi new facelift baru kali ini ada sedikit sebanyak perubahan untuk beberapa spesifikasi kecil termasuklah :

  • Reka bentuk lampu yang baru
  • Rekebantuk gril
  • Tawaran warna pilihan baru, biru
  • dilengkap dengan tayar aloi
  • Rebentuk meter juga diperbaharui
  • Tempat duduk juga telah disaluti dengan kulit
  • Sentuhan yang lebih sporty pada stereng
  • Perodua malaysia telah menambah butang mod Econ seperti mana yang ada model kereta perodua Axia
  • di bahagian belakang, terdapat sedikit perubahan yang mana bumper belakang dan rekebantuk skir tampak lebih rendah

P/S : Sekali pandang kelihatan bumper Myvi seiras Honda Jazz. Apa pula kata anda?

PP/S : Tertanya-tanya juga Berita Semasa, apa pulanya grill radiator sebesar itu? Untuk “drag race”? Sesuaikah dengan keadaan habuk, kotoran dan keadaan cuaca di Malaysia?

Gambar Perodua Myvi Baru