Daftar Borang Permohonan SPA8i 2018 : Lepasan SPM STPM STAM


Daftar Borang Permohonan SPA8i 2018 Online Semakan Lepasan SPM, STPM, STAM

Ada yang baru sahaja menghabiskan pelajaran peringkat sekolah Menengah sudah mempunyai perancangan dan cita-cita masing-masing.

permohonan spa8i

Ada yang mahu sambung belajar keperingkat yang lebih tinggi. Ada yang mahu terus kerja terlebih dahulu.

Untuk maklumat anda, di sektor awam melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, seperti biasa ada membuat penawaran kerja kosong lepasan SPM untuk anda yang mahu menjadi sebahagian besar keluarga kakitangan awam yang berjumlah 1.6 juta orang setakat ini.

Dan Berita Semasa yakin dan percaya hari ini jumlah yang berminat berminat untuk kerja di sektor awam semakin ramai melihatkan pelbagai kelebihan dan faedah yang dinikmati kalangan kakitangan awam daripada lepasan SPM, STPM, STAM sehinggalah lepasan Diploma dan lepasan Ijazah hari ini.

Bagi anda yang berminat, anda dipelawa daftar permohonan SPA8i jawatan kosong 2018 secara online yang disediakan melalui portal SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) melalui borang permohonan SPA8i

Borang permohonan SPA8i boleh anda anda daftar secara online telah pun mereka buka aksesnya kepada anda melalui link di bawah ini :

Daftar Borang Permohonan SPA8i Jawatan Kosong 2018 Online

Semak jadual di bawah ini yang mengandung link dan info penting Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA untuk anda.

Perkara Pautannya
Link Permohonan Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam Server 1
Link Permohonan Pendaftaran Pekerjaan DalamPerkhidmatan Awam Server 2
Rujukan Syarat Kelayakan Lepasan SPM KLIK SINI
Rujukan Syarat Kelayakan Lepasan STPM KLIK SINI
Rujukan Syarat Kelayakan Lepasan STAM KLIK SINI
Semakan Keputusan SPA 8 CHECK SINI

Soalan Lazim FAQ
1) Semua borang permohonan SPA8i lepasan SPM. STPM; STAM perlu dihantar hanya melalui portal portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia www.spa.gov.my iaitu dibahagian Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam
2) Sudah pastinya untuk anda akses (login) ke Portal SPA perlu daftar MYID anda kata laluan anda (password) terlebih dahulu.
3) Selepas anda hantar permohonan SPA8i Lepasan SPM; STPM dan STAM contohnya; anda perlu kemaskini permohonan anda setahun sekali di portal SPA8i walaupun anda tidak pendapat dipanggil temuduga dan menghadiri peperiksaan SPA. Ini bagi membolehkan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam memperolehi informasi terkini daripada anda.
4) Untuk makluman anda; Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA tidak lagi siarkan iklan permohonan jawatan kosong di sektor awam di akhbar. Ini kerana Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan buka peluang permohonan jawatan kosong sebagai penjawat awam bagi mana-mana jawatan sepanjang tahun. Ini bermakna anda boleh hantar borang permohonan SPA8i lepasan SPM; STPM; STAM anda secara online bersesuaian dengan kelayakan yang telah ditetapkan.
5) Anda sama sekali tidak pun hantar resume seperti anda hantar perohonan kerja kosong di sektor awam contoh. Cukup sekadar anda lengkapkan borang permohonan SPA8i lepasan
SPM; STPM; STAM secara online. Dokumen tambahan hanya perlu anda bawa pada ketika anda dipanggil untuk menghadiri temuduga SPA

Panduan Cara Daftar Permohonan SPA8i Jawatan Kosong 2018 Online

  1. Pertama sekali, untuk daftar borang permohonan, sila layari atau klik link bagi portal SPA bagi mendapatkan akses borang online
  2. Seterusnya, anda mesti daftar nama dan maklumat butiran diri anda selengkapnya sebelum ini dapat akses daftar borang permohonan SPA8i.
  3. Bagi mengelakkan anda mengalami sebarang masalah sepanjang mahu daftar borang permohonan di portal SPA ini, pastikan anda terlebih dahulu merujuk dan meneliti “Panduan Mengisi dan Daftar Borang SPA8i” yang turut Berita Semasa kongsikan seperti di bawah ini.
  4. Setelah selasai anda berjaya hantar permohonan bagi jawatan kosong SPA, apa yang perlu anda lakukan adalah tunggu dan tunggu 12 bulan untuk panggilan temuduga yang akan dipanggil daripada masa ke semasa. Seandainya, anda telah berjaua, kebiasaanya anda akan menerima sepucuk akan dihantar terus ke alamat kediaman anda.
  5. Walaubagaimanapun, selepas tempoh 12 bulan anda daftar borang permohonan, anda masih tidak menerima maklum balas. Itu bermakna permohonan anda telah gagal dan tidak berjaya.

Pernah ada pengalaman Daftar Borang Permohonan SPA8i Jawatan Kosong di Portal SPA? Bagaimana kesudahannya? Berjaya?

P/S : Kami berharap server bagi capaian semakan SPA8idi portal SPA dipermudahkan. Banyak aduan demi aduan yang Berita Semasa terima mengenai akses yang lembap dan slow.