Permohonan NPQEL 2018 Untuk Jadi Guru Besar dan Pengetua

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +


Permohonan NPQEL 2018 Untuk Jadi Guru Besar dan Pengetua

Jikalau sudah menjadi guru, pasti ada kalangan yang bercita-cita untuk naik ke tahap yang lebih tinggi.

permohonan npqel

Jadi baik buat kepada kalangan guru yang merancang untuk naik satu lagi takuk kepada guru besar untuk sekolah rendah ataupun pengetua sekolah menengah.

Semuanya boleh dilakukan melalui sistem npqel secara online. Jika ada yang tidak tahu. Npqel yang turut dikenali National Profesional Qualification Education Leads ataupun Program Kelayakan Profesional kepimpinan Pendidikan Kebangsaan yang diinspirasi melalui sistem pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia PPPM

Cara Permohonan npqel 2018 Secara Online


Perkara Butirannya
Permohonan npqel KLIK SINI
Portal rasmi ePangkat KLIK SINI

Syarat Permohonan Pengetua dan Guru Besar

  • Pastikan anda sudah pun disahkan dalam perkhidmatan bagi gred DG29
  • Mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan atau Ketua perkhidmatan
  • Pastikan anda bebas dari sebarang hutang pinjaman pendidikan
  • Sudah pasti anda telah bebas daripada gejala rasuah melalui saringan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM
  • Dalam 5 tahun terakhir ini, anda telah isytiharkan harta anda
  • Tiada masalah disiplin dan masalah tatatertib
  • Untuk 3 tahun terakhir, keputusan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan LNPT mencapai sekurang-kurangnya 85 peratus

Semua di atas dalah syarat umum sahaja. Jikalau anda lepas syarat umum di atas, anda perlu melepasi syarat khas seperti di bawah :

Syarat Kelayakan Khas Pengetua dan Guru Besar

  • Bagi yang mahu bergelar Pengetua, pastikan anda telah mencapai ke gred DG48. Manakala yang mahu bergelar guru besar, pastikan anda sudah gred32
  • Kesihatan masing-masing mestilah berada di tahap yang terbaik
  • Ada baki sekurang-kurangnya masa 3 tahun sebelum bersara
  • Untuk bergelar menjadi Pengetua atau Guru Besar, mesti ada pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun samada Guru Kanan mata pelajaran atau Ketua Bidang atau Penolong Kanan
  • Sudah lulus NPQEL atau lulus NPQH

Berdasarkan di bawah program ini, sudah lebih 5,000 pengetua dan guru besar yang berkualiti tinggi berjaya dilahirkan. Jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat, boleh war-warkan permohonan npqel kepada rakan-rakan anda yang lain.



Share.

Leave A Reply