Permohonan Maktab Perguruan 2018 di Malaysia


Permohonan Maktab Perguruan 2018 di Malaysia. Syarat kemasukan menjadi guru

Untuk makluman anda semua, terdapat beberapa maktab perguruan telah pun ditutup termasuklah di Teruntum, Mohd. Khalid, Pasir Panjang, Seri Pinang, Seri Kota, Kinta, Bintulu, Tengku Ampuan Afzan.

permohonan maktab perguruan

Sekarang ini terdapat sejumlah 27 Maktab Perguruan yang telah pun dijenamakan dan dinaiktarafkan kepada Institut Pendidikan Guru IPG Malaysia yang bakal melatih kalangan guru untuk sekolah rendah dan sekolah menengah.

IPG diuruskan dan dikelolakan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia (IPGM KPM) yang bertempat di Cyberjaya. Walaubagaimanapun, Berita Semasa difahamkan yang mana kerajaan Malaysia sedang dalam proses pembinaan untuk membina kampus induk seperti UiTM tidak lama sahaja lagi.

Boleh dikatakan IPG ada cawangannya di setiap negeri di Malaysia yang bakal memberikan ilmu dan mendidik kalangan pelajar dan anak bangsa kita hari ke arah pendidikan bertaraf dunia kelak. Insyaallah.

Kepada yang berminat untuk dapatkan permohonan maktab perguruan dan semakan maktab perguruan boleh lihat pada jadual di bawah ini  :

Butiran Permohonan Maktab Perguruan di Malaysia

PerkaraPautan
Permohonan Maktab PerguruanKLIK SINI
Semakan Keputusan dan Permohonan RayuanKLIK SINI

Kepada yang ingin hantar rayuan permohonan maktab perguruan bagi kemasukan tahun 2018 ini boleh semak pada pautan pada jadual di atas. Ada informasi untuk anda

Permohonan Maktab Perguruan : Senarai IPG di Malaysia?

  1. Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka (MPPMM) ditukar nama kepada IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka
  2. MP Kota Bharu (MPKB) ditukar nama kepada IPG Kampus Kota Bharu
  3. MP Persekutuan Pulau Pinang (M4P) ditukar nama kepada IPG Kampus Pulau Pinang
  4. MP Kuala Terengganu (MPKTBR) ditukar nama kepada IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
  5. MP Raja Melewar (MPRM) ditukar nama kepada IPG Kampus Raja Melewar
  6. MP Batu Lintang (MPBL) ditukar nama kepada IPG Kampus Batu Lintang
  7. MP Tuanku Bainun (MPTB) ditukar nama kepada IPG Kampus Tuanku Bainun
  8. MP Sultan Abdul Halim (MPSAH) ditukar nama kepada IPG Kampus Sultan Abdul Halim
  9. Institut Bahasa Melayu Malaysia ditukar nama kepada IPG Kampus Bahasa Melayu
  10. Institut Perguruan Bahasa – bahasa Antarabangsa ditukar nama kepada IPG Kampus Bahasa Antarabangsa
  11. Institut Perguruan Darulaman (IPDA) ditukar nama kepada IPG Kampus Darulaman
  12. MP Persekutuan Perlis (MP3P) ditukar nama kepada IPG Kampus Perlis
  13. MP Ipoh (MPIPOH) ditukar nama kepada IPG Kampus Ipoh
  14. MP Ilmu Khas (MPIK) ditukar nama kepada IPG Kampus Ilmu Khas
  15. MP Sultan Mizan (MPSMB) ditukar nama kepada IPG Kampus Sultan Mizan
  16. MP Islam (MPI) ditukar nama kepada IPG Kampus Pendidikan Islam
  17. MP Teknik (MPT) ditukar nama kepada IPG Kampus Pendidikan Teknik
  18. Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim (MPTI) ditukar nama kepada IPG Kampus Temenggong Ibrahim
  19. Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan (MPTAA) ditukar nama kepada IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
  20. MP Tun Hussien Onn (MPTHO) ditukar nama kepada IPG Kampus Tun Hussien Onn
  21. MP Rajang (MPRAJANG) ditukar nama kepada IPG Kampus Rajang
  22. MP Sarawak, Miri (MPSM) ditukar nama kepada IPG Kampus Sarawak
  23. MP Tun Abdul Razak (MPTAR) ditukar nama kepada IPG Kampus Tun Abdul Razak
  24. MP Tawau (MPTAWAU) ditukar nama kepada IPG Kampus Tawau
  25. MP Gaya (MPGAYA) ditukar nama kepada IPG Kampus Gaya
  26. MP Keningau (MPK) ditukar nama kepada IPG Kampus Keningau
  27. MP Kent (MPKENT) ditukar nama kepada IPG Kampus Kent

Nota : MP sama dengan Maktab Perguruan