Permohonan Kolej Vokasional 2017 KV dan Kemasukan Sekolah Teknik SMT
Berdasarkan semakan Berita Semasa melalui pengumuman Kementerian Pendidikan Malaysia KPM, mana-mana daripada anda yang berminat boleh mula daftar dan buat semakan borang permohonan kolej vokasional dan sekolah menengah teknik dan juga permohonan sekolah teknik 2017 melibatkan kemasukan ambilan Januari 2017 ini.
Kemasukan ke Kolej Vokasional dan juga sekolah teknik ini pastinya melibatkan mana-mana kalangan pelajar yang sudah pun selesai menduduki Peperiksaan Tingkatan 3 PT3 2016 atau juga merupakan pelakar lepasan Program Pendidikan Asas Vokasional.
Kepada adik-adik yang berminat dan telah memenuhi syarat kelayakan seperti yang akan dikongsikan di bawah ini, kemasukan ke Kolej Vokasional KV dan Sekolah Teknik SMT 2017 boleh memohon sebelum tarikh akhir tutup pada (20 Disember 2016).
Butiran Permohonan Kolej Vokasional dan Kemasukan Sekolah Teknik 2017
[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Pautannya
Tarikh Buka Permohonan, 11 Oktober 2016.
Tarikh Tutup,20 Disember 2016
Link Permohonan Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik 2017,mypt3
Semakan Keputusan permohonan,KLIK SINI
Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia KPM,www.moe.gov.my
Portal Rasmi Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional,www.bptv.edu.my
[/table]
Jikalau anda kalangan pelajar Tingkatan 3 bagi tahun 2016, tiada sebarang penyakit kronik, semestinya sihat warganegara Malaysia, anda layak untuk hantarkan permohonan sekolah teknik dan Kolej Teknik berdasarkan butiran di bawah ini berdasarkan syarat umum kelayakan yang telah ditetapkan Kementerian Pelajaran Malaysia KPM :
Cara Permohonan Sekolah Teknik 2017 dan Kolej Vokasional
Pastikan anda merupakan pelajar lepasan Tingkatan 3 untuk membuat permohonan melalui dua pilihan di bawah ini yang telah disusun untuk anda.
[table sort=”desc,asc”]
Aliran PAV
Terbuka hanya kepada kalangan pelajar tingkatan 3 bagi tahun 2016 yang mengikuti yang belajar di bawah Program Asas Vokasional (PAV)
Syarat Kelayakan Program Kemahiran Kemahiran Di KV : KLIK
Panduan Isi Borang Permohonan Online : KLIK
[/table][table sort=”desc,asc”]
Aliran Perdana/Akademik/ Agama
Hanya dibuka kepada pelajar Tingkatan 3 sahaja bagi tahun 2016 dari mana-mana sekolah Menengah Kebangsaan ataupun sekolah bentuk kerajaan
Syarat kelayakan Program KV dan Sekolah Menengah Teknik : KLIK
Panduan Mengisi Borang Permohonan Online : KLIK
[/table]
Berita Semasa pasti kalangan daripada anda sudah pun membuat keputusan yang terbaik samada mahu masuk ke Kolej Vokasional KV atau pun Sekolah Teknik SMT.
Ini semua bergantung dengan minat dan kemampuan anda. Bagi pelajar yang berminat dengan bidang kemahiran khususnya bagi mereka yang mungkin lemah dalam akademik, Kolej Vokasional merupakan pilihan yang terbaik.
Manakala jikalau anda kalangan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan dalam pada masa yang sama turut sama berminat juga dengan aliran teknikal, Sekolah Teknik adalah pilihan terbaik untuk anda.
Memandangkan mata pelajaran Sekolah Teknik sama seperti sekolah aliran sains yang lain dengan ekstra 2 subjek teknikal mengikut bidang yang dipilih. Yang mana satu pilihan anda?