Semakan Permohonan ILP Kemasukan Institut Latihan Perindustrian ADTEC JMTI
Anda sudah mengemukakan permohonan ke ILJTM (Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia).
Tawaran permohonan ke ILJTM merangkumi 3 permohonan program iaitu permohonan ILP, ADTEC dan JMTI yang boleh dimohon secara online di Laman Web Rasmi Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.
Bagi makluman anda semua, terdapat sejumlah 32 buah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia yang boleh didapati di bawah seliaan Jabatan Tenaga Manusia. 32 buah institusi ini meliputi 23 Institusi Latihan Peridustrian, 8 ADTEC dan 1 JMTI. Semakan juga boleh turut dilakukan dengan mengikuti langkah yang kami berikan di bawah ini.
Cara Permohonan ILP, JMTI dan ADTEC Online
Bagi membuat permohonan ILP online, anda boleh mengikuti langkah-langkah dan panduan yang kami lampirkan di bawah ini. Permohonan ke ILJTM ini hanya dibuka dua kali setahun iaitu pada sesi bulan Januari dan Julai bagi kemasukan ILP, JMTI dan ADTEC.
[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butiran
Permohonan ILP Online,Permohonan ILP Online pada sesi bulan Januari boleh dibuat melayari Portal Rasmi JTM dengan KLIK SINI
Bagi permohonan menerusi laman web rasmi UPU,Nombor unik ID Bank Simpanan Nasional (BSN) hendaklah dibeli menerusi kaunter ATM; BSN
,Ataupun SMS Banking
[/table]
Semakan Keputusan ILP, JMTI dan ADTEC Online
Di bawah ini kami akan kongsikan mengenai cara semakan ILP, JMTI, ADTEC bagi semakan keputusan tawaran masuk secara online.
[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butiran
Semakan ILP Online,Untuk membuat semakan ILP; JMTI dan ADTEC online; sila KLIK SINI
,Kemudian masukkan No IC / MyKad anda pada ruang yang disediakan dan klik pada butang semakan.
,Para pemohon hendaklah memastikan No Ic yang dimasukkan adalah betul dan tepat
[/table]
Apakah Sebenarnya ILJTM ?
Penubuhan Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia ( ILJTM) adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian negara dengan cara melaksanakan dan menyediakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan. ILJTM adalah terdiri daripada:
- Sebuah Institut Teknikal Jepun-Malayisa (JMTI)
- 8 buah Pusat Latihan teknologi Tinggi (ADTEC)
- 24 buah Institusi Latihan Peridustrian
ILJTM menawarkan kursus-kursus teknikal iaitu antaranya di peringkat Sijil, Diploma, Diploma Lanjutan dan juga Sijil Lanjutan. Tenaga manusia yang optimum dan bermutu tinggi menerusi penyediaan program latihan kemahiran perindustrian adalah antara objektif utama ILJTM.
Penyediaan pelbagai kemudahan dan infrastruktur di institusi latihan disediakan oleh ILJTM antaranya seperti kemudahan dewan kuliah, asrama, bengkel latihan, makanan, kantin, perpustakaan dan makmal komputer dan lain-lain lagi.
Senarai ILPJTM Seluruh Malaysia
- Pulau Pinang : Arumugam Pillai Nibong Tebal, Perai, Kepala Batas, JMTI
- Perak : Ipoh, ADTEC Taiping
- Kelantan : Kota Bharu
- Pahang : Anjung Muadzam Shah, Kuantan, ADTEC Jerantut
- Melaka : Selandar, Bukit Katil, ADTEC Melaka
- Wilayah Persekutuan : Labuan, Kuala Lumpur
- Perlis : Kangar
- Johor : Pasir Gudang, Mersing, Ledang, ADTEC Batu Pahat
- Terengganu : Marang, Kuala Terengganu, ADTEC Kemaman
- Selangor : Kuala Langat, ADTEC Shah Alam
- Kedah : Jitra, ATEC Kulim
- Negeri Sembilan : Pedas
- Sarawak : Miri, Kota Samarahan, ADTEC Bintulu
- Sabah : Sandakan, Kota Kinabalu
Diharapkan dengan perkongsian berkenaan dengan panduan permohonan dan semakan ILP, JMTI dan ADTEC secara online ini dapat memberikan manfaat kepada mereka yang berminat untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi di ILJTM. Semoga berjaya kami ucapkan kepada yang memohon!