Permohonan IKBN 2017 Online Institut Kemahiran Belia Negara


Permohonan IKBN 2017 Online Institut Kemahiran Belia Negara

Berita Semasa dimaklumkan yang mana ramai yang berminat untuk masuk ke Institut Kemahiran Belia Negara

permohonan ikbn

Sukacita di sini Berita Semasa maklumkan kepada mana-mana kalangan anda yang merupakan warganegara Malaysia dan juga cukup syarat kelayakan serta mempunyai minat dalam bidang-bidang kemahiran meliputi sektor perindustrian yang terdapat di dalam di Malaysia, anda dipelawa untuk daftar dan hantar permohonan IKBN 2017 secara online melibatkan ambilan Januari 2017 ini.

Pengambilan bagi sesi ambilan Januari 2017 ini akan merangkumi kursus sijil dan juga peringkat diploma di Institut Kemahiran Belia Negara .

Ini peluang untuk anda yang begitu berminat dengan bidang kemahiran untuk dengan cara mengikuti di Institut Kemahiran Belia Negara sekaligus dapat membimbing anda mencungkil dan mengasah kemahiran yang bakal dimiliki. Kepada anda yang berminat boleh terus hantarkan permohonan IKBN 2017 secara online melalui link yang dikongsikan di jadual bawah ini :

Cara Permohonan IKBN 2017 Secara Online

KLiK pada pautan pada jadual ini


Perkara Butiran dan Pautannya
Tarikh Buka 29 September 2016
Tarikh Tutup 4 November 2016
LINK Permohonan KLIK SINI
LINK Semakan Info Penting KLIK SINI
Syarat kelayakan SEMAK SINI
Semakan Panggilan TEMUDUGA KLIK SINI
Semakan Keputusan Dan Tawaran Kemasukan KLIK SINI

Cara atau prosedur permohonan IKBN 2017 online :

  1. Pemohon hendaklah terlebih dahulu membeli nombor pin Unik ID di BSN dengan harga rm15.60 sahaja bagi mendapatkan akses kepada borang permohonan online Institut Kemahiran Belia Negara
  2. Layari halaman permohonan IKBN seperti di atas
  3. Pemohon dinasihatkan supaya menyemak dengan  teliti segala syarat kelayakan kemasukan ke IKBN 2017 dan mengisi segala maklumat dengan tepat dan lengkap. Juga info penting ada dikongsikan di jadual atas

Di bawah ini adalah antara senarai bidang dan kusus yang ditawarkan kepada pelajar yang berminat untuk sambung belajar di Institut Kemahiran Belia Negara adalah seperti berikut:

Teknologi Mekanikal Teknologi Hospitaliti
Teknologi Marin Teknologi Automotif
Teknologi Awam Teknologi Fotografi
Teknologi Elektrik Teknologi Maklumat
Teknologi Elektronik Teknologi Personal
Teknologi Tekstil Teknologi Sukan

Berikut adalah syarat minimum kelayakan kemasukan IKBN 2017 :

  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Boleh membaca dan menulis
  • Berumur di antara lingkungan 18 – 30 tahun semasa memohon
  • Berkelulusan sekurangnya-kurangnya Tamat Tingkatan 5
  • Satatus pemohon haruslah belum berkahwin atau masih bujang
  • Mempunyai tubuh badan yang sihat

Kemudahan yang bakal diberikan kepada anda :

  • Tiket penerbangan akan ditanggung bagi pelajar dari dan ke Sabah dan Sarawak.
  • Sepanjang tempoh pembelajaran, elaun bulanan sebanyak RM100-RM300 akan diberikan.
  • Pemohon usahlah berasa bimbang dengan penginapan di Institut Kemahiran Belia Negara. Makan minum, pakaian dan penginapan akan disediakan kepada pelajar.