Permohonan BRIM : Cara Hantar Permohonan BR1M Untuk Lulus

Permohonan BRIM : Cara Hantar Permohonan BR1M Untuk Lulus

BR1M masih lagi diteruskan oleh kerajaan berikutan ia terbukti efektif sebagai satu bentuk subsidi yang mensasarkan golongan yang betul-betul memerlukannya.

permohonan brim

Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan dalam pembentangan bajet 2018 yang berlangsung pada 27 Oktober 2018 di Parlimen bahawa bantuan BR1M yang diberikan adalah bagi meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat dengan kadar bantuan kewangan maksimum RM 1,200.

Oleh itu, berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh kerajaan, rakyat Malaysia yang berkelayakan boleh terus menikmati bantuan BR1M bagi tahun 2018.

Syarat Kelayakan Penting Permohonan BRIM Secara Online

Berikut di bawah kami akan kongsikan mengenai syarat kelayakan kategori berserta jumlah bantuan yang bakal diterima dan cara memohon BR1M terutama sekali bagi pemohon baru BR1M.

Kelayakan Membuat Permohonan BR1M 2018 :

  • Warganegara yang menetap di Malaysia sahaja.
  • Ketua kepada isi rumah tanpa mengira lelaki atau perempuan dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM 4,000 dan ke bawah.
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dan mempunyai jumlah pendapatan kasar bulanan RM 2,000 dan ke bawah.
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas yang hidup sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM 4,000 dan ke bawah.
  • Adalah tidak layak memohon BR1M 2018 bagi penerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) bagi sesi 2017/2018.

Salinan berikut hendaklah dikemukakan oleh pemohon :

  • MyKad / MyKAS / MyPR / Sijil Lahir / Pasport dan Visa bagi suami / isteri
  • Sijil kematian pasangan / sijil penceraian bagi status pemohon Bapa / Ibu Tunggal / Janda / Duda
  • Bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran peniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hendaklah ada pengesahan pembubaran / penamatan perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai 1 Oktober 2017.

Jumlah Bantuan BR1M 2018 Dan Kategori Syarat Kelayakan

a) RM 1, 200 : Isi Rumah (1)

  • Warganegara (yang menetap di Malaysia sahaja)
  • Pendapatan kasar bulanan isi rumah adalah RM 3,000 dan ke bawah termasuk warga emas
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga atau ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah seperti perkara di bawah ini :
  • a) Balu / Duda / Janda / Ibu atau Bapa Tunggal / yang mempunyai tanggungan
  • b) Berkahwin
  • c) Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas yang hidup sebatang kara
  • d) Dalam rumah yang sama, bujang yang mempunyai tanggungan

b) RM 900 : Isi Rumah (2)

  • Warganegara (yang menetap di Malaysia sahaja)
  • Pendapatan kasar bulanan isi rumah adalah RM 3,001 sehingga RM 4,000 termasuklah warga emas.
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga atau ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah seperti perkara di bawah ini :
  • a) Balu / Duda / Janda / Ibu atau Bapa Tunggal / yang mempunyai tanggungan
  • b) Berkahwin
  • c) Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas yang hidup sebatang kara.
  • d) Dalam rumah yang sama, bujang yang mempunyai tanggungan.

c) RM 450 : Individu Yang Berumur 21 Tahun Ke Atas

  • Warganegara (yang menetap di Malaysia sahaja)
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Pendapatan kasar bulanan adalah RM 2,000 dan ke bawah
  • Adalah tidak untuk memohon BR1M 2018 bagi penerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) bagi sesi 2017/2018

Kategori Borang Permohonan BRIM : Pemohon Baru

Permohonan Baru BR1M 2018 boleh merujuk informasi berikut :

  • Pemohon belum pernah memohon BR1M sebelum ini
  • Pemohon yang tidak layak / gagal dalam permohonan BR1M sebelum ini
  • Pasangan kepada penerima BR1M 2017 yang bercerai / telah meninggal dunia

Cara Memohon BR1M 2018 Online Dan Manual (Menggunakan Borang)

Berikut di bawah adalah butiran maklumat cara mendaftar permohonan BR1M 2018 secara online atau manual (mengunakan borang) :

Tarikh Rasmi Pendaftaran Permohonan BRIM 2018 :

  • Dibuka : Pada 27 November 2017
  • Ditutup : Pada 25 Januari 2018

Pendaftaran BRIM telah dilanjutkan sehingga tarikh 25 Januari 2018 yang sebelum ini tarikh tutupnya adalah 31 Disember 2017.

Permohonan BR1M 2018 Secara OnlineĀ 

Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri telah menyediakan portal rasmi E-BR1M untuk memudahkan pemohon membuat permohonan secara online. Disarankan supaya salinan permohonan dicetak dan disimpan sebagai rujukan. Untuk mengelakkan duplikasi identiti pemohon dan kandungan maklumat, anda disarankan untuk memilih hanya satu kaedah iaitu secara online ataupun manual (menggunakan borang).

Untuk panduan penggunaan sistem aplikasi permohonan secara online bagi pemohon baru BR1M 2018 sila KLIK SINI.

Langkah seterusnya, untuk membuat permohonan BR1M, sila layari Portal Rasmi BR1M dengan tekan pada KLIK SINI.

Permohonan BR1M 2018 Menggunakan Borang Manual

Borang Permohonan BR1M 2018 boleh dimuat turun di Portal Rasmi e-BR1M atau didapatkan melalui Pusat Khidmat Hasil / Cawangan / Urban Transformation Center (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan anda.

  • Untuk memuat turun borang BR1M 2018, sila KLIK SINI.
  • Waktu operasi kaunter BR1M LHDNM adalah setiap hari waktu bekerja dari 9 pagi hingga 5 petang bagi cawangan Semenanjung. Manakala 8 pagi hingga 4 petang bagi cawangan Sabah dan Sarawak. Untuk maklumat lanjut jadual pembukaan kaunter BR1M, KLIK SINI.

Bagaimana Pula Dengan Penerima BR1M Terdahulu?

Tidak perlu membuat permohonan baharu atau mendaftar lagi untuk BR1M 2018 bagi penerima yang sudah disahkan layak atau pernah menerima BR1M sebelum ini. Bagaimanapun, maklumat peribadi seperti alamat, akaun bank, maklumat anggota keluarga dan maklumat lain hendaklah dikemaskini dengan tepat.

Saranan pengemaskinian maklumat ini bertujuan untuk melancarkan proses bantuan untuk disalurkan kepada penerima berdasarkan maklumat rekod terkini. Selain itu, makumat nombor akaun bank juga perlu dikemaskini jika sebelum ini penerima tidak pernah memberikannya bagu memudahkan dan mempercepatkan penyaluran bantuan BR1M.

Lain-Lain Berkaitan BR1M 2018

Adalah disyorkan dan disarankan bagi penerima BR1M dan pemohon baru yang tidak memiliki akaun bank untuk membuka akaun di cawangan bank berhampiran. Ini adalah bertujuan supaya penerima BR1M tidak perlu beratur panjang bagi menerima bantuan tersebut kerana dengan memiliki akaun bank, wang akan disalurkan terus ke akaun bank mengikut peringkat pembayaran. Dengan berbuat sedemikian, penyaluran bantuan kewangan kepada penerima pada masa depan akan dipercepatkan.

Untuk senarai bank yang terlibat bagi pembayaran bantuan BR1M 2018, boleh KLIK SINI.

Jawapan Kepada Persoalan / Kemusykilan Yang Selalu Ditanya

  • Untuk persoalan permohonan baru dan pengemaskinian BR1M 2018, sila KLIK SINI.
  • Untuk persoalan pengisian maklumat waris BR1M 2018, sila KLIK SINI.

Maklumat Lanjut Dan Sebarang Pertanyaan

  • Sebarang soalan atau pertanyaan boleh terus hubungi 03 – 8882 4565 / 4566 (Kementerian Kewangan) ataupun hubungi talian bebas tol iaitu 1800-88-2716 03 – 8882 (LHDNM) atau boleh hantarkan ke emel br1m@treasury.gov.my
  • Ataupun boleh pergi terus ke Pusat Khidmat Hasil / Cawangan / Urban Transformation Center (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan anda.
  • Anda juga boleh melayari Facebook Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) jika mempunyai pertanyaan langsung. Anda boleh merujuk terlebih dahulu pada Facebook tersebut kerana kebanyakan soalan-soalan lazim yang sering ditanyakan ada di laman berkenaan.

Respon Permohonan BRIM

Semakan keputusan permohonan secara online boleh dilakukan bermula tarikh yang diumumkan di samping pengeposan surat pemakluman lulus atau gagal permohonan BR1M 2018 kepada pemohon.

Bayaran BR1M akan mula dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat bagi setiap permohonan yang berjaya. Makluman tarikh akan diberikan oleh kerajaan melalui Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Diharapkan dengan perkongsian BR1M 2018, sedikit sebanyak dapat membantu anda yang berkelayakan untuk memohon BR1M. Semoga setiap urusan permohonan anda dilancarkan dan dipermudahkan. Insya Allah.