[HOT] Perjanjian Perkara 20 Sabah Perlu Dilaksanakan Segera!!
Baru-baru ini saya mendapat pesanan dari rakan Facebook dari Sabah.
Beliau telah meminta saya menulis satu artikel berkenaan satu perjanjian yang agak asing bagi kita dari Semenanjung, tetapi sangat dekat untuk rakyat Sabah sebenarnya.
Ia dinamakan perjanjian Perkara 20 Sabah. Tahu? Nah….mari sama-sama kita bongkarkan dan bincangkan bersama
Cantik sungguh permandangan negeri Sabah. Banyak kawasan “masih dara lagi”.
Apa yang anda tahu berkenaan dengan perjanjian Perkara 20 Sabah? Mungkin info ringkas ini boleh membantu anda :
Sabah & Sarawak pada awalnya tidak menyertai Malaysia. Terbentuknya Malaysia yang pada masa itu terdiri Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak dengan wujudnya perjanjian iaitu 2o Perkara Sabah yang merupakan satu syarat Sabah ketika menyertai Malaysia. Manakala Perkara 18 pula adalah untuk negeri Sarawak.
Intipati Perjanjian Perkara 20 Sabah
Sekarang ini ada tangan-tangan yang membuat tuntutan Perkara 20 Sabah perlu diubah tetapi dalam pada masa yang sama orang-orang Sabah menuntut supaya setiap satu kandungan yang terdapat dalam perjanjian tersebut dituruti dan dilaksanakan. Itu kehendak mereka sebenarnya. Lagipun setahu saya walau apapun yang berlaku, Kerajaan Pusat tidak mempunyai kuasa untuk mengkaji balik perjanjian Perkara 20 Sabah. Ini kerana sebarang semakan bagi perjanjian ini adalah hak mutlak rakyat negeri Sabah walaupun terdapat banyak gesaan agar perjanjian ini dikaji balik.
Tapi bak kata orang sabah, sudah lapuk bah. Mereka sebenarnya sudah penat menunggu dan terus menunggu hak yang sepatutnya mereka perolehi ke atas hasil bumi sendiri. Sebenarnya kita yang duduk di semenanjung mungkin tidak terasa dengan situasi yang dialami oleh rakyat negeri Sabah begitu juga Sarawak. Mana tidaknya, pernahkah kita dimomokkan dengan isu seperti ini di kaca televisyen mahupun media cetak tempatan?
Siapa yang tidak tahu antara negeri di Malaysia, Sabah & Sarawak merupakan negeri yang mempunyai simpanan minyak yang terbesar di Malaysia. Umpama permata yang jadi isu rebutan seluruh dunia. Tetapi sayang sekali, kekayaan yang mereka sepatutnya kecapi hanyalah omongan dan siulan di bibir kita semua. Dalilnya? Negeri inilah Sabah & Sarawak yang menjadi antara negeri termiskin di Malaysia dan mereka hanya diberikan 5 peratus royalti minyak berbanding keluasan yang ada pada negeri Sabah contohnya.
Siapa yang tidak kecewa dek kerana telah membayar “harga yang mahal ” untuk menjadi sebahagian daripada kita, negara Malaysia. Itu antara luahan mereka yang sangat kecewa dengan tindakan kerajaan yang menganaktirikan Sabah dan Sarawak. Kekayaan yang pada asalnya patut dimilki oleh Sabah sahaja, belum termasuk Sarawak lagi, tidak perlu dipersoalkan lagi. Belum sentuh kekayaan minyak mereka lagi.
Hasil simpanan balak mereka sahaja, kalau diuruskan “dengan betul” bernilai berbilion ringgit. Tetapi, apa yang mereka terima sekarang ini? Mungkin itu sebabnya rakan Facebook atau lebih tepat lagi rakyat Sabah & Sarawak yang lain merasa sangat terkilan lantas meminta saya memuatkan isu ini di laman Berita Semasa
Bung Mokthar, Ahli Parlimen Kinabatangan yang pernah membawakan isu Sabah semasa berucap di parlimen, berkata :
Seolah-olah kita rakyat borneo seperti bangun dari tidur walaupun tahu hari sudah siang.
P/S : Rasanya orang Sabah di bahagian pedalaman tidak perlukan projek mega-mega. Kerana yang pentingnya kemudahan asas mereka perlu disediakan terlebih dahulu. Sampaikan sekarang ini, sudah berpuluh tahun kita merdeka, banyak kawasan Sabah tidak mempunyai kemudahan jalanraya, elektrik, air yang bersih dan kemudahan kesihatan. Itu lebih penting.
PP/S : Jadi kepada rakyat Sabah & Sarawak, ayuh, saya buka ruang luas untuk anda kongsikan pendapat dan pandangan anda sendiri yang sememangnya sudah sebati dengan perjanjian Perkara 20 Sabah yang termaktub lebih 45 tahun lamanya. Sekurang-kurangnya kami di sini, orang-orang Semenanjung lebih tahu perkara situasi sebenar anda di sana.
PPP/S : Anda boleh membaca intipati Perjanjian Perkara 20 Sabah untuk tahu lebih lanjut apa yang terkandung di dalamnya seperti yang telah Berita Semasa kongsikan seperti di bawah ini :