Perhimpunan UMNO : Bayaran BR1M Untuk Gaji RM5,000 Ke Bawah


Perhimpunan UMNO : Bayaran BR1M Untuk Gaji Dan pendapatan RM5,000 Ke Bawah Untuk Orang Bandar

perhimpunan umno

Ramai yang sudah mula merasakan kalangan yang golongan pertengahan yang tinggal di bandar lebih kurang perbelanjaan boleh guna mereka berbanding yang tinggal di kampung selepas poket mereka bocor dengan segala kenaikan pengangkutan awam, kadar penggunaan minyak yang lebih banyak pada ketika kesesakan lalu lintas dan jarak perjalanan ke tempat kerja setiap hari, kenaikan kadar tol, harga rumah atau kadar sewa yang tinggi, perbelanjaan makanan dan keperluan.

Selepas ditolak satu persatu, hanya tinggal sedikit sahaja yang boleh mereka simpan. Itu pun ada yang masih teraba-teraba baki untuk menyimpan.

Pada ketika ini sudah berlangsung Perhimpunan UMNO. Berita Semasa tertarik dengan cadangan dan usul daripada Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusof apabila beliau membawa syor supaya

Petikan Ucapan Beliau di Perhimpunan UMNO

  1. orang bandar diberikan bayaran BR1M melibatkan gaji dan pendapatan RM5,000 dan ke bawah
  2. gaji dan pendapatan RM5,000 hanya cukup makan sahaja selepas ditolak segala perbelanjaan sehingga hujung bulan
  3. Jumlah gaji dan pendapatan Rm5,000 dan ke bawah bukanlah mewah, cukup sekadar untuk meneruskan survival kehidupan mereka di bandar, tempat mereka cari rezeki

Kata-kata Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusof pada Perhimpunan UMNO Berita Semasa setuju yang mana orang bandar gaji RM5,000 perlu dibantu.

Tetapi Berita Semasa sebenarnya kurang bersetuju bayaran BR1M ini diberikan dalam bentuk tunai. Mengapa tidak diberikan untuk diberikan kupon makanan? Mungkin boleh dipertimbangkan?

P/S : Di Finland ada juga versi BRIM mereka tersendiri, yang mana rakyat Finland menikmati “800 bucks per month”.