Senarai Gaji Perdana Menteri Malaysia dan Gaji Menteri?


Senarai Gaji Perdana Menteri Malaysia dan Gaji Menteri?

Bukan sahaja negara Malaysia mengalami masalah daripada segi kadar defisit yang teruk sehingga dikatakan negara Malaysia mampu diistiharkan sebagai bankrap + Malaysia muflis, nampaknya Malaysia tidak berseorangan………..

perdana menteri malaysia

Ini kerana kerajaan baru Britain yang dipimpin oleh kerajaan campuran Konservatif dan Liberal Demokrat tidak duduk diam sekarang ini selepas mendapat mandat untuk memerintah.

Lepas satu, satu reformasi yang telah mereka lakukan. Mereka tahu negara Britain berada dalam masalah sehingga menyebabkan mereka bertindak melakukan transformasi yang cukup drastik.

Sebelum itu, apa yang Perdana Menteri Britain, Davis Cameron katakan kepada barisan kabinetnya?

Menteri-menteri Britain adalah pekerja dan bukan tuan kepada rakyat Britain. Kerajaan Britain bakal menuju tranformasi yang maju.

Antara bentuk transformasi yang kerajaan Britain lakukan setakat ini demi memulihkan negara Britain terutamanya bagi mengurangkan rekod defisit negara Britain yang mana telah mencecah sebanyak 156.1 bilion pound (RM750 bilion) pada 2009-2010 atau 11.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Britain :

  • Kerajaan campuran Britain juga merancang penjimatan sebanyak 513 juta pound sterling (RM2.5 bilion) dengan mengurangkan bajet badan-badan penasihat dan membubarkan sebahagian daripadanya
  • Faedah istimewa yang dinikmati kakitangan kerajaan seperti teksi, penerbangan dan kemudahan hotel juga akan turut terjejas
  • Gaji perdana menteri Britain dan menteri-menteri Britain dipotong sebanyak 5 %
  • Menteri-menteri Britain yang terdiri daripada kerajaan campuran Konservatif dan Liberal Demokrat tidak diberikan elaun pengangkutan dan……………….kemungkinan besar mereka akan menggunakan alternatif lain seperti tren atau pun bas
  • Kerajaan juga bakal menjimatkan sebanyak 8 bilion pound (RM38 bilion) melalui cukai khas yang dikenakan kepada bank

Bukan sedikit nilai bajet yang dipotong mereka iaitu sebanyak RM29 billion iaitu kalau dalam matawang mereka bersamaan 6 bilion pound sterling. Untuk apa kerajaan baru Britain melakukan semua ini?

  1. Mahu memastikan golongan yang mudah terjejas akibat potongan ini akan dilindungi
  2. Untuk kebajikan dan mahu mengelakkan pembaziran.

Samada angka di bawah ini akan berubah atau tidak, tidak diketahui. Bergantung juga kepada kebijakkan pemimpin, Perdana Menteri Malaysia dan barisan menteri Malaysia bagaimana mahu menangani situasi yang dialami Malaysia sekarang ini.

Mungkin sudah ada corak dan perubahan tersendiri yang ingin mereka lakukan :

Senarai Gaji Perdana Menteri Malaysia dan Gaji Menteri Malaysia :

menteri malaysia

Perinciannya boleh anda perhatikan berdasarkan jadual yang dikongsikan seperti di bawah ini :

Jawatan dan Perkara Butirannya
Perdana Menteri Malaysia RM22826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri Malaysia RM18168.15 sebulan
gaji Menteri Malaysia RM14907.20 sebulan. (Sumber : mypt3)
Timbalan Menteri-Menteri RM10847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen RM7187.40 sebulan
Ahli Dewan Negara RM 6508.59
Ahli Dewan Rakyat RM 4112.79
Elaun-elaun Menteri? Elektrik; minyak; majlis-majlis keramaian; bil telefon; bil air; bil TNB; bercuti; driver; kereta dan lain-lain lagi Semuanya ditanggung

Formula untuk pengiraan elaun mantan Ahli Parlimen:

  • Pencen: 1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji
    Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM 2,056.40. Lagi lama berkhidmat sebagai MP, lagi banyak pencen dia akan dapat.
  • Ini tidak termasuk elaun perjalanan, penginapan dan peribadi yang boleh dipinta sekiranya Ahli Parlimen menghadiri penggal sessi persidangan Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
  • Gratuiti: 1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)

Berita Semasa sambung pula gaji Menteri Besar, Exco di negeri-negeri lain. Jikalau gaji Perdana Menteri Malaysia, gaji Menteri Malaysia dan Ahli Parlimen adalah tertakluk di bawah peruntukan kerajaan persekutuan, tetapi untuk Menteri Besar, gaji Exco negeri-negeri adalah di bawah peruntukan kerajaan negeri.

Setiap negeri ada enakmen mereka dan gaji ni semua adalah di bawah Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan).

Di bawah ini adalah contoh gaji Menteri Besar dan exco di sebuah negeri.

  • Menteri Besar – RM14,175.15
  • Anggota Exco kerajaan negeri – RM6,109.29
  • ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) – RM4,112.79