Pentaksiran PT3 Tingkatan 3 Bermula 1 Julai

Pentaksiran PT3 Tingkatan 3 Bermula 1 Julai : Kalau dahulu Penilaian Menengah Rendah dikenali dengan LCE, diikuti dengan SRP, PMR dan terbaru Pentaksiran pt3 2019 Tingkatan 3 bagi tujuan penambaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) katanya.

Berdasarkan kajian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), beban guru (SEPERTI DI SINI) dan contoh rungutan (DI SINI) mampu dikurangkan sebanyak 80%. Contohnya

  • Guru tidak perlu lagi merekodkan data penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat secara dalam talian.
  • Guru lebih feleksibel bagi merekodkan data prestasi pelajar mengikut kaedah dan kesesuaian masa mereka sendiri

Beza PT3 Tingkatan 3 2014 VS PMR?

  1. PT3 Tingkatan 3 dilaksanakan berasaskan sekolah sementara PMR adalah peperiksaan berpusat serentak di semua sekolah di seluruh negara
  2. PMR dikendalikan sepenuhnya oleh Lembaga Peperiksaan manakala Walaupun PT3 dikendalikan sepenuhnya oleh pihak sekolah
  3. PT3 tidak hanya menilai pelajar dari segi kognitif atau aspek akademik semata-mata tetapi turut menyediakan ujian psikomatrik. Ujian ini adalah untuk mengenal pasti kecenderungan, minat dan bidang kebolehan pelajar

Bagi kemasukan pelajar Tingkatan 4 kelak pada tahun hadapan, pelajar boleh menggunakan keputusan PT3 Tingkatan 3 untuk memohon memasuki Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional.

Ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) akan bermula 1 Julai 2014 ini. Untuk PT3 Tingkatan 3 PT3 hanya ada 5 subjek sahaja yang ada exam seperti PMR tetapi dengan format soalan yang baru keluar sebelum cuti.

Calon PMR sebelum-sebelum ini, dilatih bagi menghadapi PMR, 3 tahun bermula daripada Tingkatan 1 lagi supaya dibiasakan diri dengan format soalan.

Bertabahlah hati, kuatkan semangat, teruskan usaha anak-anak yang menjadi calon PT3 Tingkatan 3 tahun 2014 ini.

“untung sabut timbul, untung batu, tenggelam”

P/S : Apa respon balas guru, kalangan ibubapa dan pelajar-pelajar yang bakal menghadapi PT3 Tingkatan 3 buat pertama kalinya yang akan bermula tidak lama lagi?