Penjawat Awam Rasuah, Rompak, Songlap Duit Rakyat Untuk Hidup Mewah. Tidak Malu Kamu!
Jikalau tidak mampu buatlah cara tidak mampu. Usahlah berbelanja lebih daripada kemampuan.

Tidak usahlah juga kita mahu memuaskan hati orang lain untuk menunjukkan kepada orang lain yang anda sedang hidup sennag lenang dengan perbelanjaan itu dan ini, melancong ke sana dan kemari. Sedangkan realitinya anda hidup mewah dengan berhutang.
Berpijaklah di bumi yang nyata, jatuh bangun anda dikemudian hari mereka-mereka ini yang sering memuji pakaian, kereta, beg tangan, jam mewah, percutian anda di Facebook tidak akan memperdulikan anda dikala anda dalam kesusahan.
Ada…
Penjawat Awam Rasuah : Biar Rakyat Susah Tapi Hidup Sendiri Senang
- Kakitangan awam biasa – hidup mewah dengan personal loan
- Penjawat awam gred atas – hidup mewah dengan kuasa dan rasuah
Pedulikan mereka, hidup di atas kemampuan sendiri. Tetapi, bukan semua penjawat awam begitu. Ada yang bijak menguruskan kewangan tetapi kebanyakan tinjauan Berita Semasa memperlihatkan ramai yang lebih gemar berhutang untuk menaikkan prestij masing-masing.
Bertambah teruk lagi apabila mereka songlap duit rakyat dan menyalahgunakan dana yang ada untuk kepentingan diri dan keluarga sendiri.
Dikala ramai rakyat marhaen perlukan bantuan dan tempat berpauh, kamu senang-senang rompak, curi, songlap hak mereka semua. Apa tak malukah kamu? Mereka-mereka inilah yang telah memberikan persepsi yang tidak baik kepada kumpulan penjawat awam.
Gaji kakitangan awam yang diberikan cukup untuk anda hidup berserdahana.
P/S : Tetapi itulah, kadang-kdang yang di atas, sendiri ‘bengkok’ dan ‘tidak betul’ buat-buat terkejut apabila anak buah sendiri kena tangkap rasuah. Cuma tidak kena tangkap sahaja. Tunggu masa dan ketikanya.
PP/S : Tahniah SPRM berjaya buat tangkap rasuah terbesar di Malaysia. Anak murid dah tertangkap, selepas ini boleh tangkap pula ‘tok gurunya’ pula
PP/S : Selari dengan ketegasan Tan Sri Ali Hamsa, Berita Semasa suka untuk ulangi penjawat awam di Putrajaya dan kakitangan kerajaan negeri juga jikalau ada bukti rasuah dikalangan bos dan pengarah anda sila laporkan sahaja kepada SPRM juga berpandukan ketua yang sebegitu rupa.