Kronologi Penjawat Awam Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM, Putrajaya Cedera Parah Dihentak Spanar!

Kronologi Penjawat Awam Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM, Putrajaya Cedera Parah Dihentak Spanar!

Nampaknya manusia semakin hilang kewarasan hari ini, sehinggakan akal diberikan tidak mampu menyambung sel-sel otak untuk sentiasa berhubung ketika melakukan sebarang tindakan sehingga akhirnya hilang pertimbangan.

penjawat awam putrajaya

Inilah yang berlaku kepada salah seorang penjawat awam di Putrajaya dalam cubaan kena cabul oleh seorang juruterknik yang bertugas di bangunan Putrajaya.

Berita Semasa difahamkan penjawat awam wanita ini acapkali bekerja lebih masa (overtime) di pejabat Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM, Putrajaya. tetapi tidak disangka terdapat kalangan yang menunggu masa dan ketika untuk melakukan jenayah terhadapnya.

Kronologi Penjawat Awam di Putrajaya Hampir Kena Rogol dan Dicederakan?

  1. Juruteknik kontraktor di jabatan Putrajaya (suspek)
  2. Penjawat Awam wanita berumur 30 tahun (mangsa)
  • 7 malam : Pejabat penjawat awam wanita itu (mangsa) telah dipadamkan seperti biasa
  • Penjawat Awam wanita ini mula menghubungi bilik kawalan bangunan supaya lampu di arasnya dibuka semula bagi meneruskan kerja yang ingin disiapkan
  • Suspek jawab and beritahu kepada mangsa lampu hanya boleh di’on’kan secara manual di pejabat mangsa dan apabila sampai di tingkat 24 tempat di mana mangsa bekerja, suspek minta bukakan pintu dek kerana kad milik suspek tidak boleh akses ke pejabat mangsa
  • Dalam gelap-gelap suspek telah serang mangsa untuk melakukan perbuatan yang tidak senonoh terhadap mangsa
  • Penjawat awam tersebut melawan suspek sehingga suspek bertindak nekad untuk memukul bahagian kepala dan muka suspek dengan menggunakan sebatang spanar
  • Penjawat awam wanita yang berumur sekitar 20 tahun ini cedera parah di bahagian hidung, kepala dan muka
  • Kemudian, dalam keadaan panik suspek turun menggunakan tangga dan lari ke kafe untuk menenangkan dirinya
  • Penjawat awam wanita yang cedera parah itu terus berlari turun menggunakan lif ke kafe Putrajaya untuk memohon bantuan
  • Suspek sempat bertindak untuk menahan lif mangsa di tingkat 21 tetapi tidak berjaya apabila lif mangsa terus laju untuk turun ke bawah
  • Apabila mangsa sampai di kafe, suspek didakwa “pura-pura terkejut” dengan keadaan yang dialami mangsa dengan mengeluarkan perkataan “kenapa ni?”
  • Tetapi mangsa tetap mengenali dan dapat mengecam suara suspek yang merupakan seorang juruteknik kontraktor di sebuah Jabatan di Putrajaya berumur sekitar 30 tahun
  • Ditambah pula, masih ada lagi bukti percikan darah mangsa di baju dan cermin matanya lagi

P/S : “Men are afraid that women will laugh at them”.Women are afraid that men will kill them”

PP/S : Kepada wanita di luar sana, berhati-hati. Jikalau boleh jauhkan diri anda daripada sebarang potensi dan peluang kepada penjenayah untuk melakukan jenayah terhadap anda. Insyaallah.