≡ Menu

Pengubahsuaian Bajet : Beku Gaji Penjawat Awam Naik Potong Subsidi


Pengubahsuaian Bajet Malaysia. Beku Kenaikan gaji penjawat Awam, Potong Subsidi Lagi, Kenaikan Tarif Elektrik dan LPG?

Pada ketika selepas pembentangan bajet 2021 Malaysia yang lalu, ada cakap-cakap daripada kalangan penganalisis ekonomi dari dalam dan luar negara yang mempertikaikan Bajet 2021 yang dibentangkan Menteri kewangan, Datuk Seri Najib Razak kurang realitistik dengan keadaan ekonomi semasa pada masa itu dan pada masa yang akan datang.

pengubahsuaian bajet

Hari ini, cakap-cakap tersebut ada kebenarannya apabila sebentar sahaja lagi akan dibentangkan rombakan Bajet 2016 atau bahasa yang lebih sedap untuk diperdengarkan kepada rakyat Malaysia iaitu apa yang dipanggil pengubahsuaian ucapan Bajet 2019 akan dibentangkan.

Apa yang akan diubahsuaikan adakah belanjawan Malaysia untuk Jabatan perdana Menteri akan dipotong? Atau adakah BR1M akan dikurangkan jumlahnya ataupun dihapuskan terus?

Sebelum kita mendengar live Bajet 2016 yang akan diubahsuaikan sebentar lagi, seorang pakar ekonomi dari Credit Suisse yang bernama Michael Wan (meliputi Malaysia, Singapore dan Filipina) telah berkongsi kajian dan pandangan mengenai apa kemungkinan dan yang akan terkandung dalam intipati pengubahsuaian Bajet 2016 kali ini.

Antaranya ialah :

Pengubahsuaian Bajet 2016 Malaysia : Kajian Michael Wan, Credit Suisse?

Butiran pengubahsuaian bajet boleh anda semak seperti di bawah ini :

  1. kerajaan akan kekalkan pelan mereka untuk sasar defisit fiskal pada 3.1 peratus
  2. tetapi, Michael Wan jangka ia akan jatuh 0.3 atau 0.4 peratus menjadi 3.4 peratus untuk defisit fiskal
  3. Harga minyak dunia pada tahun 2016 secara purata akan berada pada paras US$34 setong
  4. kerajaan bakal potong subsidi termausklah, umum kenaikan harga LPG kepada harga pasaran sebenar, kenaikan tarif elektrik
  5. Kerajaan dijangka akan bekukan sementara waktu sebarang kenaikan gaji untuk penjawat awam bagi tahun 2016
  6. Ini semua dilakukan lebih tertumpu bagaimana cara untuk mengurangkan beberapa aspek bagi operasi perbelanjaan kerajaan Malaysia

Bersama-sama ini, Berita Semasa kongsikan live streaming pengubahsuaian Bajet 2016 revision yang bakal disiarkan secara langsung kurang sehjam dari sekarang. Nantikan intipati dari Datuk Seri Najib Razak.

Intipati Pengubahsuian Belanjawan 2016

Kerajaan menyemak semula unjuran pertumbuhan KDNK 2016 kpd 4-4.5% dan andaian purata harga minyak mentah Brent pula pada AS$30-35 setong. Kerajaan tetap komited mengekalkan langkah konsolidasi fiskal bagi tahun 2016, iaitu untuk mencapai sasaran 3.1 peratus kepada KDNK.

Kadar hutang negara akan terus berkurang dan tidak akan melebihi paras 55 peratus kepada KDNK. Kerajaan tidak akan kenakan kawalan modal dan tambatan ringgit.

  1. Kerajaan setuju utk kurangkan potongan caruman KWSP pekerja sebanyak 3 peratus mulai Mac 2016-Dis 2017. Walaubagaimanapun, caruman majikan kekal.
  2. Kerajaan akan berikan pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM2,000 kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8,000 sebulan ke bawah untuk tahun taksiran 2015. Walaupun Kerajaan akan hilang hasil sebanyak RM350 juta namun ianya dapat beri penjimatan bayaran cukai individu sehingga RM475, manfaatkan 2 juta pembayar cukai
  3. Bagi kurangkan kos keperluan harian, Kerajaan akan antaranya, liberalisasikn AP bagi program pertanian terpilih termasuk biji kopi mentah, daging. FAMA akan buka pasar belian terus hasil pertanian MyFarm Outlet yang jual barang makanan pada harga jualan 5-20 peratus lebih. KPDNKK akan kenalpasti lebih banyak kedai-kedai jualan harga berpatutan seperti hypermarket. Jumlah Kedai Harga Patut akan ditingkatkan daripada 640 kepada 1,000. KPDNKK akan tingkatkan penguatkuasaan dan ambil tindakan ke atas peniaga yang tidak beretika yang ambil kesempatan kaut keuntungan berlipat ganda. Untuk terus bela pesawah, Kerajaan sediakan tambahan tunai RM50 bagi setiap 1 tan metrik padi bersih sebagai insentif input pengeluaran padi. Program MyBeras diperkenal. Setiap keluarga miskin tegar yang brdaftar akan dibekal dengan 20kg beras setiap bulan bagi kurangkan bebanan hidup.
  4. Berkuat kuasa serta merta ke atas projek baru, semua penjualan rumah berharga hingga RM300,000 terhad kepada pembeli rumah pertama sahaja. Bagi Projek Perumahan Rakyat rumah ppr berharga RM35,000, Kerajaan menerusi BSN dan Bank Rakyat tawar pakej pembiayaan pada kadar 4 peratus manfaatkan lebih 10,000 pemilik rumah.
  5. Sumbangan 30 peratus daripada levi HRDF akan disediakan untuk tingkatkan kompetensi dan kemahiran pekerja, termasuk pekerja yang telah diberhentikan.
  6. Kerajaan akan menggandakan usaha pematuhan dan pengauditan terhadap para pengelak cukai atau tax evaders.
  7. Kerajaan terus perkemas sistem pengurusan pekerja asing, kadar levi diklusterkan kepada 2 kategori, tidak termasuk pmbantu rumah asing. Kerajaan laksana Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI, beri peluang kepada PATI yang bekerja secara haram diberi permit kerja yang sah.
  8. Kerajaan akan lebih berhemah dalam perbelanjaan terutamanya bekalan dan perkhidmatan, meneruskan usaha merasionalisasi pemberian geran.
  9. Perbelanjaan pmbangunan akan fokus kepada projek & program mendahulukan rakyat, mempunyai kesan pengganda tinggi & kandungan import rendah.
  10. Institusi kewangan pembangunan dan dana modal teroka milik Kerajaan akan tambah dana RM6 bilion dalam sediakan pembiayaan kepada PKS & syarikat permulaan.
  11. Pihak GLC disaran agar laksana inisiatif bagi kurangkan jurang pendapatan pengurusan atasan dan golongan pekerja, akan dipantau EPU.

Selain daripada itu, kerajaan juga dalam intipati pengubahsuaian Bajet 2016 menyatakan;

  • Pelancong dari China tidak perlu visa unttk ke Malaysia bermula 1 Mac – 31 Disember, tertakluk syarat-syarat tertentu bagi tempoh lawatan tidak lebih 15 hari.
  • Program Pemberian BR1M dan bantuan kebajikan akan terus dilaksana
  • Kerajaan akan mengekalkan kadar GST seperti sedia ada.
  • Kerajaan terus perbelanjaan berhemat, tidak libatkan emolumen kakitgn awam dan tidak berhentikan penjawat awam termasuk lantikan secara kontrak.
  • Kerajaan juga teruskan pelaksanaan satu Kenaikan Gaji Tahunan kepada penjawat awam pada tanggal 1 Julai 2016, seperti yang dijanjikan dalam intipati Bajet 2016.
  • Kerajaan beri jaminan dan komited terhadap ehwal pndidikan dan masa depan anak-anak. Kerajaan setuju teruskan 4 program tajaan JPA bagi 2016 seperti berikut:
  1. Program Biasiswa Nasional bg 20 org pelajar terbaik lepasan SPM, utk melanjutkan pengajian di universiti terbaik dan terkemuka seluruh dunia
  2. Program Khas Kejuruteraan bagi 200 orang pelajar ke Jepun, Korea, Jerman dan Perancis.

Rakaman video pengubahsuaian Bajet boleh anda tonton seperti yang dikongsikan di bawah