Pengeluaran KWSP Umur 55 Tahun Naik Kepada 60 Tahun


Pengeluaran KWSP Umur 55 Tahun Naik Kepada 60 Tahun. KWSP Cari Jalan Stabilkan Kantung. Apa Respon Pencarum EPF?

Melalui sistem yang dibuat oleh KWSP Malaysia (EPF) sekarang ini, pencarum diberikan pilihan membuat caruman KWSP sehingga ke umur maksimum 75 tahun.

pengeluaran kwsp

Manakala jikalau anda mempunyai perancangan untuk beli rumah, untuk pendidikan atau ansuran bulanan pinjaman contohnya anda dibenarkan untuk membuat pengeluaran kwsp dari akaun 2 KWSP and dengan sistem kwsp i akaun, Info tambahan boleh anda dapatkan pada portal mypt3

Anda juga dibenarkan untuk membuat pengeluaran akaun 2 EPF ketika berumur 50 dan anda boleh mengeluarkan kesemua duit EPF anda ketika berumur 55 tahun. Tetapi…..

Tetapi, nampaknya pihak KWSP Malaysia sudah berkira-kira untuk menaikkan & melanjutkan had umur yang dibenarkan kepada anda untuk membuat pengeluaran kwsp keseluruhan simpanan persaraan anda kepada 60 tahun. Anda mampu bersabar sehingga ke peringkat umur ini untuk merasa duit hasil keringat dan usaha keras anda selama ini?

Mengapa pula menjadi begini? Jikalau dalam bahasa ydan kenyataan ang diungkapkan di media pastinya KWSP cukup risau dengan cara bagaimana kalangan pencarum mengggunakan duit itu kelak di hari tua selepas habis mengeluarkan duit daripada dalam kantung KWSP. Itu kata mereka.

Tetapi hakikatnya, dengan menaikkan had umur pengeluaran keseluruhan KWSP bakal menstabilkan semula kantung KWSP selepas pinjaman yang dibuat oleh kalangan GLC daripada KWSP, tidak mampu dibayar pada waktu yang ditetapkan dan juga bagi tujuan membantu kalangan GLC yang “sudah nyawa-nyawa ikan”.

Itu sebablah kita melihat pelbagai skim dan program yang diperkenalkan oleh pihak KWSP Malaysia bagi mencari jalan sebanyak mana yang boleh untuk menstabilkan kembali dana mereka.

kwsp

Pengeluaran KWSP Umur 55 Tahun Naik Kepada 60 Tahun. Pencarum Setuju?

Sepatutnya itu adalah duit pencarum, tanya kepada kalangan pencarum apa yang dimahukan mereka? Bagi pilihan 50, 55, 60 dan 65…sekurang-kurangnya pencarum diberikan kebebesan untuk merasai hasil titik peluh mereka selama ini.

Samada kalangan pencarum mahu berjoli atau tidak dengan duit tersebut. Itu bukan hak dan urusan KWSP untuk menahan duit tersebut daripada dikeluarkan kesemuanya daripada tangan anda. Setiap pencarum ada  perancangan mereka sendiri dengan duit mereka.

Cukuplah ditahan duit sehingga umur 55 tahun dengan kadar dividen KWSP yang cukup kecil. Jangan ditambah masa dan penantian kalangan pencarum lagi. Apa respon anda pula dengan cadangan terbaru daripada KWSP Malaysia kali ini?