Isu Sistem Pendidikan Sekolah Carca Merba : Tahap Pendidikan Semakin Jatuh! Sampai Bila Guru & Murid Jadi Bahan Eksperimen?

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Isu Sistem Pendidikan Sekolah Carca Merba : Tahap Pendidikan Semakin Jatuh! Sampai Bila Guru dan Murid Jadi Bahan Eksperimen?

Ikuti pendedahan ekslusif seorang YDP PIBG mengenai realiti sistem pendidikan Malaysia yang porak peranda sekarang ini…

pendidikan malaysia

” …….negara Jepun yang tewas dalam perang dunia kedua, bangkit menjadi negara maju dalam masa yang singkat.

Begitu juga Korea yang musnah kerana perang saudara juga bangun dan telah mengalahkan Jepun dalam beberapa aspek! Negara kita Malaysia…masih terkial-kial mencari identiti dan solusi khasnya terhadap bidang pendidikan! ……..”

Begitulah…..

Begitulah perbandingan yang cuba diselitkan oleh YDP PIBG ini saat menghantar pandangan dan isu permasalahan Sistem Pendidikan Malaysia.

Carca Merba. Bukan Berita Semasa yang kata, tetapi tokoh akademik negara, Prof Ungku Aziz….

Luahan YDP PIBG Yang Kecewa : Kemana Halatu Sistem Pendidikan Malaysia?

Ikuti apa yang cuba dikongsikan oleh rakan pembaca Berita Semasa melalui aduan yang disuarakan oleh seorang YDP PIBG seperti di bawah ini yang dirasakan masih tidak berkesudahan  :

Assalamualaikum,

Saya fikir ada benarnya fakta & di atas tadi, yang mana Malaysia masih lagi masih terkial-kial mencari identiti dan solusi khasnya terhadap bidang pendidikan!

  1. Selepas merdeka ada sekolah aliran Inggeris, sekolah tersebut dihapuskan dan dijadikan sekolah aliran Bahasa Kebangsaan, kerana konon nak memartabatkan bahasa Melayu…
  2. Kemudian tukar pulak Matematik Sains dlm Bahasa Inggeris (PPSMI)….kerana alasan istilah Sains banyak dalam bahasa Inggeris…
  3. Kemudian dihentikan PPSMI…tukar pulak MBMMBI….import guru dari India ajar bahasa Inggeris…..sebelum tu panggil peacecorps dari USA ajar BI…..apa yang berlaku dalam masa dua bulan, bukan murid kita yang mahir BI, tetapi mat salih tu yang pandai cakap melayu! Tukar menteri, maka bertukarlah polisi!
  4. Nama kementerian pun telah bertukar berapa kali. Mula-mula Kementerian Pelajaran, lepas tu tukar Kementerian Pendidikan, lepas tu tukar Kementerian Pelajaran semula! Yang terkini tukar balik kepada Kementerian Pendidikan!
  5. Banyaknya ringgit yang dibelanjakan untuk menukar-nukar tu tak dapatlah nak dihitung!
  6. Dulu diperkenal 6 anjakan pendidikan, bagai nak rak guru-guru diarah menghafal setiap ayat….kemudian tukar menteri baru, kena hafal pulak 5 polisi baru…..
  7. Sekarang ada pulak PPPM, diarah hafal pulak 3 gelombang, 5 aspirasi perubahan, 6 aspirasi murid, 11 anjakan….dan macam-macam lagi…

Ironinya bidang pendidikan Malaysia semakin merudum! Apabila ranking pendidikan Malaysia jatuh merudum, Kementerian Pendidikan Malaysia lebih mengambil sikap menyalahkan pelajar dan guru-guru Sistem pentaksiran pula ditukar konon tidak mahu fokus kepada akademik semata-mata

  • Tambah 3 lagi aspek pentaksiran….sistem komputer pulak yang sepatutnya mempercepatkan proses menjadi lambat hingga guru-guru terpaksa berjaga ke 3 pagi…..kisah guru bangun jam 3 pagi ini telah menjadi bahan ketawa rakan-rakan guru dari negara jiran.
  • Tajuk liputan berita “SPPBS 2013 Sekolah Rendah Menengah Teruk! Lembab, Tak Selamat, Teknologi Lama, Membazir! Setuju?” (KLIK SINI)
  • Tajuk liputan berita “PBS Tingkatan 1 Online Tidak Berkesan & Lambat Kerana Sikap Guru Yang Suka Bertangguh!!” (SUMBER KLIK SINI)

Yang menyentuh hati ialah…hingga kini…kita masih terkial-kial mencari identiti dan solusi! Sedang negara jiran yang dulunya mundur, kini telah jauh di hadapan.

Vietnam umpamanya, ibarat pelari yang berjaya memintas laju tanpa menoleh lagi ke belakang! Produk pendidikan kita juga terkial-kial tidak menjadi…..murid-murid semakin tidak beradab, ajaran agama makin terpinggir daripada hidup mereka….di sekolah, masalah-masalah disiplin tidak berubah, bahkan semakin bertambah kronik!

Peraturan-peraturan disiplin sekolah masih menggunapakai pekeliling tahun 50-an….

Sistem Pendidikan Malaysia Hancur Angka Politik dan Perniagaan?

Kalau diubahpun, ia diubah kepada yang lebih teruk dan tidak membantu membuat penambahbaikan…. Agaknya sistem pendidikan kita terlalu di “politik” kan serta di”business” kan…. Bila politik dan business mencampuri sebarang urusan…maka akan punah-ranahlah urusan itu!

Ini kerana politik dan business lebih menjurus kepada kepentingan diri, parti, kroni dan kompeni! Perlantikan orang-orang yang diamanahkan memegang kuasa akhirnya dipilih lebih berdasar kepada kroni berbanding kompetensi!

Maka kuasa diguna semahunya untuk menjaga kepentingan politik dan business tadi mengakibatkan berlaku side-effects yang memudaratkan!

Itu belum belum kita bicara mengenai frog Vle, Sistem Pengurusan Sekolah bagi mengantikan Sistem Emis dan APDM…kemana hala tuju masa depan Pendidikan Negara…sama-sama kita nilai…Apa kata kalangan bekas pelajar, guru-guru dan ibubapa mengenai kupasan isu kali ini?



Share.

51 Comments

  1. Ya rabbi..

    Kau org tak faham ka woit..

    Kalau rakyat negara ni jadi cerdik dan maju…puak2 UMNO nak telan apa?

    Itu sebab UMNO sengaja buat sistem pendidikan jadi lintang pukang dan Lingkop

    Menteri UMNO punya falsafah..’Buat dulu baru kaji’. Sepatutnya kaji dulu baru buat.

    Macam mana nak ‘kaji’ sebab otak dan hati dah gelap..sebab banyak menipu Melayu

    kah kah kah

  2. Org bodoh senang diajar, org pandai suka melawan..ini salah senah jugak

  3. ADO yang hilang on

    ko pun samalah, beruk UMNO. bukan aku tak tau yang ko ni kroni, PBS tu agaknya ko lh yang develop sampai menyusahkan guru2, puiii

  4. We do have one only final solution. Eradicate umno from malaysia land.

  5. TUKAR JE KERAJAAN YG ADE SKG NIE….. MENYAMPAH AKU TGK MENTERI2 BEBAL NIE…..

  6. Jangan komplain sisitem pendidikan di Msia lebih baik dari Englang,US,Germany ans Francis.Kata TPM

  7. Kerajaan sekarang sudah berusaha sedaya upaya untuk menjadikan rakyat Malaysia yang terbaik. Apalah mentaliti rakyat Malaysia ni.. Tahunya complain jer. Jika rakyat Malaysia nak tahu sistem pendidikan Malaysia tidak berjaya mungkin juga guru-guru yang ada di Malaysia yang tak mahu menerima perubahan. Jika guru dah tak mahu menerima perubahan, bagaimana sistem pendidikan nak berjaya. Asyik nak nyalahkan kerajaan sahaja mana boleh.. Jika ada yang lemah dalam sistem pendidikan, cuba kita sama-sama perbaiki. Itukan lebih menguntungkan negara. Tak gitu cikgu-cikgu… Kesian PM & TPM. Dah macam-macam dicuba. Kalau cikgu sendiri yang mengkritik sana, kritik sini, parti manapun yang memerintah, pasti sistem pendidikan di Malaysia tak akan Berjaya.

  8. Memang pendidikan malaysia selalu jd bhn experiment. Yg malang adalah anak2 kita. Jd marilah kita ibu bapa bersama2 guru bersuara menentang sistem yg caca marba ini. Jgn kita biarkan guru2 sj yg berjuang sbb kita tahu x ramai guru yg berani krn mcm2 peraturan dikenakan pd mrk. Kita kena juga fikirkan punca rezeki mrk n keluarga.

  9. Masalahnya setiap sistem @ dasar baru pendidikan dibuat olh pihak atasan. Lgsg tidak turun ke peringkat sek @ ngri utk bertanya @ berbncg dgn guru tntg rasionalnya sesuatu dasar itu. Bila ia digubal olh org yg x terlibat dlm dunia pendidikan mrk x tahu realiti sebenar yg di hadapi olh guru dan pelajar. Satu lg patutnya perlu ada projek rintis sblm sesuatu dasar itu dijalankan scr menyeluruh. Jika baik teruskan, jika tidak buat pengubahsuai @ penambahbaikan bukannya mcm skrg jlnkan serentak di seluruh sek. Ambillah iktibar dr kegagalan ppsmi.

  10. Memang diaorg tak ambil iktibar kegagalan ppsmi. Yang penting rmrmrm masyukkkk.

  11. APA LAGI PARA IBUBAPA SEKELIAN JOM SERBU KEMENTERIAN PELAJARAN YANG TAK CUKUP PELAJARAN PADA SABTU NI. DEMI MASA DEPAN ANAK2 KITA. AAYUH SEMUA. BIAR MEREKA TAHU KUASA PENYATUAN IBUBAPA SEMUA UMPAMA KUASA GABAN YG MENJELMA

  12. Jgn nak salahkan umno krn org politik merujuk kpd laporan pengarah2 bhgn kementerian pendidikan BTP, Lembaga dl yg mberi laporan2 palsu untuk mengampu diri. Skrg rakyat mgalahkan menteri sekaligus kuasa politik.

  13. Jgn nak salahkan umno krn org politik merujuk kpd laporan pengarah2 bhgn kementerian pendidikan BTP, Lembaga dl yg mberi laporan2 palsu untuk mengampu diri. Skrg rakyat mgalahkan menteri sekaligus kuasa politik.

  14. Owh berat2…bakpo nk ajak ibubapanya…jgn nk libatkan org lain kalau guru sendiri yg sebenarnya nk buat perhimpunan haram sebab malas kerja..tu la gov syg sgt kat guru..dah bg macam2 smp dah naik tocang…ambil tindakan pada mana2 guru yg buat perhimpunan haram..org lain pun kerja teruk juga..buat macam2…itulah kerja kalau tak ikhlas camnilah jdnya…nak jd cekgu sebab nak kerja senang…

  15. org ni sahih tak bermasyarakat dgn org lain atau pun madul tak ada anak sebab tu masih dibelakang …. srry klu terlebih kata ….. jgn marah nanti kena jual….

  16. Kerajaan pekak badak ni memang perlu diajar. Kalau nak kira kerja banyak dah berpuluh tahun

  17. PBS ada kebaikannya, walaubagaimanapun, kebaikannya hanya akan dapat dicapai jika masalah capaian access sppbs, masalah kekurangan guru, masalah capaian internat, kemudahan laptop, penyediaan evidens, semua ni perlu diselesaikan dulu.. baru lah boleh berjalan dengan baik..

  18. MENTRI TUKAR,DASAR TUKAR,TAK KIRALAH APA KEMENTRIAN PUN SAMA AJE.iKUT KEPALA MENTRI TULAH.TU YG JADI CARCA MERBA.MENTRI SUKA PAKAI BATIK..SEMUA BATIK.DASAR LAMA ..PI LANTAKLAH.SAMPAI BILA…..NAK JADI NEGARA MAJU..KONONNYA.

  19. Msia is too rich building a school for only 8 students with 8 teachers with cost of 8 million in Mersing.Apakah pendapat anda ?

  20. apa nak jadi on

    Nak buat macam mana..memang negara kita Malaysia memang macam ni pun..kita tak boleh buat apa..pilihanraya pun diaorang menang jugak..inilah negaraku Malaysia..jom layan video “Terima Kasih” oleh Man Bai.. dlm video ni kata kita maju ke hadapan..tapi tunjuk budak2 sekolah still naik sampan kayuh manual ke sekolah..bukan sepatutnya dah ada bot laju ke, jambatan ke, feri ke?? naik sampan pergi sekolah maju ke?

    http://www.youtube.com/watch?v=GvDIcmlxSwQ

  21. Masalah pendidikan d msia.
    1. Ramai org nak tunjuk pandai sbb pemimpin nak tengok hasil kerja org bawahan.
    2. So bijak pandai kat kementerian pun buat pembaharauan cthnya pbs. Tapi keperluan pelaksanaan tak diambilkira.
    3. Menteri plak tak tahu keadaan sbenar d skolah. Main dengar saja cakap pegawai tinggi d kementerian.
    4. Pelaksanaan dasar terus dijlnkan. Bila dah 3 thn baru masalah besar dpt di lihat.
    5. Benda dah parah baru nak diubati. Susahlah jadinya.

  22. Kerajaan dan menteri kena utamakan yang asas dulu contohnya prasarana sekolah. Jangan asyik nk kejar negara maju, laksana pelbagai dasar tapi prasarana sekolah terabai. Nak buat macam2 tapi bangunan sekolah daif, kesesakan murid dalam kelas, sekolah kena mkn anai-anai,…patut selesai dulu isu-isu asas. Baru le murid-murid selesa.Jenguk-jenguk le sekolah luar bandar ni baru tahu.

  23. TPM Menteri Pelajaran suka sangat turun padang tengok sekolah kat Putera Jaya. Itu sekolah 1st class. Semua lengkap.
    Cubale menteri buat KPI satu bulan sekali turun padang. Bulan ni tengok sekolah disiplin paling teruk, bulan depan sekolah kehadiran paling bermasalah, bulan depan sekolah guru bermasalah, bulan depan sekolah infrustruktur paling teruk dll.
    Menteri mesti buat pertanyaan terus kpd guru, pelajar, pak guard, ibubapa masa lawatan tu. Pegawai-pegawai tak payah minta sekolah sediakan pasukan kompang, bunga manggar dsb. Lepas tu menteri balik cari penyelesaian.

  24. Adik aku guru di Sabah. Sekolah dia guna bangunan menumpang. Kelas tak cukup, padang takde, makmal takde, koperasi takde, perpustakaan takde. Akhirnya sekolah buatlah bangunan bangunan tambahan dalam keadaan yang sangat daif. Bayangkanlah macamana guru dan pelajar nak belajar dengan selesa.

  25. Sistem yg dicipta, dikaji serta dicuba tidak memberi hasil yang diharapkan. Orang bodoh pun pikir kenapa boleh jadi itu gagal….. Ini gagal….
    Yang peliknya setelah bertahun kononnya mengkaji. Beratus juta wang digunakan, beribu jam perlaksanaan akhirnya masih juga GAGAL. Dan mulalah salah menyalah orang itu….. Orang ini.
    Menteri pelajaran seolah tidak ujud. Mungkin patut ditukar Nama menteri pelajaran kepada Menteri Kejarwang.
    Ratusan juta duit Untuk meningkatkan mutu pelajaran jadi meningkatkan poket anak beranak/Adik beradik.
    Tukar sistem maka ujud Projek baru. Banyak duit yang terpaksa dibelanjakan. Kalau gagal maknanya amat bagus Untuk mencipta Projek baru….
    Pendek kata kalau banyak kegagalan lagi banyak lah Projek masyuk. Selagi ditampuk kuasa. Besok-besok kalau orang lain ambil alih pun tak apa sebab dah banyak Projek dapat. Tentu banyak wang terkumpul.
    Apa yang ada sekarang ada lah hasil menteri pelajaran/pendidikan yang terdahulu. Anak-anak mereka kaya-raya, apa yang kita dapat…..ni lah apa yang ada.
    Tak ada sorang pun menteri yang tampil bertanggungjawab- meletak jawatan.
    Dasar Negara ditadbir menteri-menteri PENYAMUN.

  26. Maaf ya cikgu2. Kita kena buat KAJIANNNNNNNNN lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii utk cari punca masalah.

  27. dalam hal ni yang salah:

    1. rakyat, kerana memilih ahli politik yang ntah apa2.
    2. ketua kerajaan, kerana memilih menteri yang ntah apa2.
    3. ketua kerajaan, kerana melantik pengerusi SPA & ahli suruhanjaya yang ntah apa2.
    4. SPA, kerana melantik pegawai-pegawai di KPM yang ntah apa2 sehingga dasar, projek, pembangunan sistem jadi tunggang langgang.
    5. SPP, kerana melantik guru-guru yang ntah apa2.

    selagi rantaian diatas masih lagi tak dirombak, selagi tu sistem yang ada dalam negara ni ntah apa2.

  28. 1bestarinet yang buat sistem SPS ni adalah kepunyaan YTL. paham2 jer la ye sapa punya YTL tu. misi derang untuk kaya jer, bukan utk membangunkan sistem pendidikan & tanggungjawab sosial pun. hehehe. nasib ler nkorang.

    klu xpaham dgn bangsa yg menerajui YTL tuh, bandingkan dgn yahudi jer, dah bleh paham dah.

  29. kalau dahulu kajian dibuat sebelum dasar-dasar baru dilakukan.ada penyata rahman talib ,penyata razak dan lain-lain.sekarang mana ada.tu sebab jadi cacamerba.

  30. bernas betul cadangan ni… semua program yang dilaksanakan di sekolah pihak atasan cakap mesti semua terlaksana n berjaya walaupun hakikat 20 percent je berjaya supaya nama jabatan naik bertingkat2… cikgu terpaksa menipu sebab pihak jabatan yang paksa… tak gitu cikgu2

  31. Kerja cikgu senang?. Utk pengetahuan saudara utk bulan februari ini 2 minggu sy bekerja 14 hari x cuti. Isnin-jumaat di sek, sabtu ahad kursus/ mesy. Januari hr tu pun sama. Keluarga pun terabai tapi masy hanya tahu mengata & mengeji guru2 macam2.

  32. tak payah nak kutuk sesiapa. cari lah jalan penyelesaian, ada berapa ramai prof. ada berapa ramai cerdik pandai di Malaysia, usahakan lah sesuatu yang boleh dibuat panduan atau halatuju pendidikan negara. perlu ada satu suruhanjaya pendidikan yang anggotanya terdiri daripada cerdik pandai bukan “tangan-tangan yang kotor atau tangan yang buat kacau”. Pendidikan bukan isu politik, oleh itu, biarlah orang yang arif dalam pendidikan yang menangani isu ini bukan pengampu-pengampu politik yang cuma hendak cari nama.

  33. tukar skali pembanggang.. ops.. pembangkang yg banggang.. kasi la option pembangkang yg bijak dan bersih sikit.. jgn nak tukar taik dgn najis.. takde bezanya..

  34. kalau setakat cakap org lain mandul apa kelas.. baik cakap mak ko nyundal dapat anak cam ko… mmg tak mandul tapi menyundal.. ko ada perangai cam ko..

  35. project management failed ni.. bukan apa.. kekadang project timeline dah betul.. tetiba kaki ampu nak launch cepat.. gini la jadinya.. system tak ready.. testing tak complete.. silapnya nak yg murah plak tu.. budget hardware pon takde.. last2 haram semua tak guna.. kalau project manager project ni boleh explain lagi bagus.. menteri dgn pembanggang sama2 kayu.. menyalak je lebih..

  36. kesian kat ko.. tapi ko antara yg 50% kot.. yg baki lain for sure pemalas/mata duitan.. ngajor tak abis.. nak yg complete masuk kelas tuisyen.. bayar lagi.. mak pak gak terkangkang.. kalau aku cakap ni balasan pon tak salah rasanya.. balasan nak dapat yg tak buat pon terkene tempiasnya.. so sabor aje la..

  37. susah nak cakap.. nanti buat skola kat shop lot ke.. or kat dlm kebun pon ada gak yg menyalak…

  38. ko scroll ke atas sket.. ada org mintak pendapat skola spent rm8juta untuk 8 murid and 8 guru.. aku dah cakap.. still akan ada yg menyalak..

  39. masalahnya mana ada manikam.. yg konon macam manikam ada la.. tapi hampeh gak..setakat nak tukar batu longkang.. with another batu longkang buat pe..

  40. Samada anda ibu bapa ataupun guru..kebanyakan komen anda tak membina. Dah la kami para guru dikerah menjaga anak2 anda dari pagi sampai ke 6.40pm,mengisi pula data2 maklumat anda sekeluarga dlm komputer sehingga jam 2,3 pagi.. kursus pula sabtu ahad..kami pulak yg disalahkan..tak nk perubahan..mkn gaji buta..kemudian kaitkan pulak dgn UMNO..pembangkang..ANDAlah rakyat Malaysia yg perlu disekolahkan. Biar saja anak2 anda yg tk nk sekolah tu duduk dirumah..anda ganti mereka. Kerana t/ jawab anda mendidik mereka. Anda2 semua juga sama dgn pembuat dasar yg menganggap cikgu2 ni robot,tak de hati dan perasaan. Ni lah..kalau dulu mak bapak suruh sekolah tak nk.. sekarang anda sama shj dng mereka yg mempunyai tahap pemikiran rendah!rugi Malaysia ada rakyat spt anda semua..

  41. Menteri dan orang atas KPM pernah pikir tak sekolah bukan macam kilang buat barang : kalau nak buat botol jadi bentuk botol sebab ada acuannya tetap . Kita nak bentuk manusia kat sekolah kalau cacar marba sistemnya dok ubah sana dok ubah sini macam buat kueh tak de acuannya apa nak jadi dengan anak didik kita.

  42. dari pengalaman on

    saya nak JPN tolong tengok satu perkara.di mana cikgu terlatih di latih dalam sesuatu bahagian atau kepakaran.misalnya subjek komputer tetapi bila ditranfer untuk mengajar terpaksa mengajar matematik dan sains di mana bukan kepakaran.apa tah lagi dihantar jauh ke kawasan pedalaman sabah sarawak berjauhan dengan suami @ mak ayah yang tidak sihat.

    bagaimana cikgu tersebut boleh mengajar dalam keadaan tenang?dan cikgu tersebut kena mengulangkaji (sebab bukan dalam subjek kepakaran beliau) bagaimana tekanan yang di hadapi oleh cikgu terbabit?bagaimana pulak cara pengajaran nya? berkesan atau terjejas?

    ramai cikgu yang saya tahu mengalami masalah ni jika ada cikgu yang boleh jawab persoalan saya ni silakan.tq

  43. Kalau nak komen tu biarlah bersopan, tidak menuding mana-mana pihak.. biarlah positif walaupun mahu menghentam.. selagi begini caranya.. Melayu yang rugi.. dan akan jadi bangsat di negara sendiri.

Leave A Reply