≡ Menu

Pendapatan Perkapita Malaysia RM33,875 Naik 16.7 Peratus. Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 6.4% Antara Terbaik Dunia!

Pendapatan Perkapita Malaysia RM33,875 Naik 16.7 Peratus. Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 6.4% Antara Terbaik Dunia!

Alhamdulillah, selepas Wahid Omar membawa apa yang dipanggil “khabar gembira” untuk “dirinya” melalui statistik dan kajian yang dilakukan telah menunjukkan di sini telah berlaku kenaikan purata pendapatan isi rumah rakyat Malaysia sejumlah 18%, sehinggakan menteri Malaysia tersenyum lebar tanda kepuasan melihatkan statistik kejayaan tersebut.

pendapatan perkapita

Dan….nampaknya berita gembira untuk “rakyat Malaysia” tidak terhenti setakat itu sahaja.

Kali ini rakyat malaysia dihidangkan dengan berita yang mana pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah antara terbaik di dunia sepertimana diucapkan oleh Menteri kewangan kedua, Ahmad Husni baru ini di mana Malaysia berjaya mencatatkan pertumbuhan sejumlah 6.4 peratus pada suku kedua tahun ini termausk perolehi lhdn stamping.

Tahniah Berita Semasa ucapkan. Diharapkan data-data dan angka ekonomi yang menarik ini benar-benar sampai hasilnya dan dinikmati rakyat marhaen di Malaysia.

Pada pandangan Berita Semasa diharapkan pemimpin dan kerajaan berusaha lebih keras lagi. Buat lebih baik lagi. Insyaallah.

Jangan cepat berpuas hati pada data terkini yang diperolehi sekarang ini. Lagipun angka-angka pertumbuhan ekonomi yang melonjak tinggi biasanya banyak dinikmati dan ditunjukkan oleh negara-negara yang membangun seperti Malaysia dan Filipina yang turut mencatatkan kadar pertumbuhan ekonomi 6.4% berbanding negara maju seperti (US, UK, Singapore, Jepun)

Statistik Pendapatan Perkapita Malaysia Mengikut Negeri?

  1. Kuala Lumpur (RM79,752)
  2. Labuan (RM43,848)
  3. Sarawak (RM41,115)
  4. Pulau Pinang (RM38,356)
  5. Selangor (RM37,851)
  6. Melaka (RM34,109)
  7. Negeri Sembilan (RM33,033)
  8. Pahang RM26,759
  9. Johor (RM25,302)
  10. Terengganu (RM23,285)
  11. Perak (RM21,150)
  12. Sabah (RM18,603)
  13. Perlis (RM18,519)
  14. Kedah (RM16,316)
  15. Kelantan (RM10,677)

Pendapatan Perkapita Malaysia 2014 VS Pendapatan Perkapita Malaysia 2013

Dan kerajaan juga yakin yang Malaysia bakal menjadi negara berpendapatan tinggi tidak lama sahaja lagi selepas melihatkan pendapatan perkapita Malaysia yang sudah mampu mencecah US$10,500 pada tahun 2014, berbanding US$9,000 pada tahun 2013.

Oleh sebab itu, kerajaan Malaysia begitu yakin mampu mencapai status negara berpendapatan tinggi lebih cepat daripada jangkaan iaitu dengan pendapatan perkapita US$15,000 pada tahun 2018.

Ditambah pula faktor pelaksanaan GST meningkatkan lagi faktor untuk Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi tidak lama sahaja lagi. Nantikan rakyat Malaysia.

“Terdapat negara pendapatan perkapita di bawah US$1,000 pun telah melaksanakan GST, mengapa pula kita dilihat tidak mampu untuk melaksanakan GST kepada rakyat Malaysia?” Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

P/S : Dalam kitaran ekonomi ada pasang surutnya. Diharapkan kita semua bersiap sedia. Berjaga-jaga kerana setiap 10 tahun ada kemungkinan berakunya zaman gawat ekonomi dunia. Bersiap sedialah menghadapinya.