Pendapatan Perkapita Malaysia RM33,875 Naik 16.7 Peratus. Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 6.4% Antara Terbaik Dunia!

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Pendapatan Perkapita Malaysia RM33,875 Naik 16.7 Peratus. Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 6.4% Antara Terbaik Dunia!

Alhamdulillah, selepas Wahid Omar membawa apa yang dipanggil “khabar gembira” untuk “dirinya” melalui statistik dan kajian yang dilakukan telah menunjukkan di sini telah berlaku kenaikan purata pendapatan isi rumah rakyat Malaysia sejumlah 18%, sehinggakan menteri Malaysia tersenyum lebar tanda kepuasan melihatkan statistik kejayaan tersebut.

pendapatan perkapita

Dan….nampaknya berita gembira untuk “rakyat Malaysia” tidak terhenti setakat itu sahaja.

Kali ini rakyat malaysia dihidangkan dengan berita yang mana pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah antara terbaik di dunia sepertimana diucapkan oleh Menteri kewangan kedua, Ahmad Husni baru ini di mana Malaysia berjaya mencatatkan pertumbuhan sejumlah 6.4 peratus pada suku kedua tahun ini.

Tahniah Berita Semasa ucapkan. Diharapkan data-data dan angka ekonomi yang menarik ini benar-benar sampai hasilnya dan dinikmati rakyat marhaen di Malaysia.

Pada pandangan Berita Semasa diharapkan pemimpin dan kerajaan berusaha lebih keras lagi. Buat lebih baik lagi. Insyaallah.

Jangan cepat berpuas hati pada data terkini yang diperolehi sekarang ini. Lagipun angka-angka pertumbuhan ekonomi yang melonjak tinggi biasanya banyak dinikmati dan ditunjukkan oleh negara-negara yang membangun seperti Malaysia dan Filipina yang turut mencatatkan kadar pertumbuhan ekonomi 6.4% berbanding negara maju seperti (US, UK, Singapore, Jepun)

Statistik Pendapatan Perkapita Malaysia Mengikut Negeri?

  1. Kuala Lumpur (RM79,752)
  2. Labuan (RM43,848)
  3. Sarawak (RM41,115)
  4. Pulau Pinang (RM38,356)
  5. Selangor (RM37,851)
  6. Melaka (RM34,109)
  7. Negeri Sembilan (RM33,033)
  8. Pahang RM26,759
  9. Johor (RM25,302)
  10. Terengganu (RM23,285)
  11. Perak (RM21,150)
  12. Sabah (RM18,603)
  13. Perlis (RM18,519)
  14. Kedah (RM16,316)
  15. Kelantan (RM10,677)

Pendapatan Perkapita Malaysia 2014 VS Pendapatan Perkapita Malaysia 2013

Dan kerajaan juga yakin yang Malaysia bakal menjadi negara berpendapatan tinggi tidak lama sahaja lagi selepas melihatkan pendapatan perkapita Malaysia yang sudah mampu mencecah US$10,500 pada tahun 2014, berbanding US$9,000 pada tahun 2013.

Oleh sebab itu, kerajaan Malaysia begitu yakin mampu mencapai status negara berpendapatan tinggi lebih cepat daripada jangkaan iaitu dengan pendapatan perkapita US$15,000 pada tahun 2018.

Ditambah pula faktor pelaksanaan GST meningkatkan lagi faktor untuk Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi tidak lama sahaja lagi. Nantikan rakyat Malaysia.

“Terdapat negara pendapatan perkapita di bawah US$1,000 pun telah melaksanakan GST, mengapa pula kita dilihat tidak mampu untuk melaksanakan GST kepada rakyat Malaysia?” Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

P/S : Dalam kitaran ekonomi ada pasang surutnya. Diharapkan kita semua bersiap sedia. Berjaga-jaga kerana setiap 10 tahun ada kemungkinan berakunya zaman gawat ekonomi dunia. Bersiap sedialah menghadapinya.



Share.

61 Comments

  1. haha…kesiannya Kelantan negeri paling sedih n miskin. Tula pilih lagi kerajaan hamPas. Asik nak ceramah n demo jer…Seb bek ore kedah dah sedar, lepas makin tertinggal ler kelantan

  2. Pembela Melayu on

    Alhamdulillah….Malaysia makin makmur dan maju di bawah UMNO

  3. auta belaka.. kalau berkapita tinggi tak perlu lah bagi brim. cukuplah bagi GST. Berkapita tinggi hanya sekelompok kecil sahaja.. berkapita rendah banyak lagik.. hitung hitung main congak tak bolehlahh ..

  4. elokla pemimpin lain jadikan contoh nape pemimpin BN berjaya.lain2 pak din xsokong..

  5. Nak tau pendapatan rakyat malaysia yg sebenar. Sila dedahkan dgn telus.
    1. Gaji pengawal keselamatan.
    2. Gaji pekerja kilang kontrak.
    3. Gaji cleaner d pej kerajaan.
    4. Gaji pencuci d hotel kecil or bajet.
    5. Gaji pencuci car wash.
    6. Gaji pembantu kedai.
    7. Pendapatan penjual burger.
    8. Gaji pemandu bas dan lori yg dibayar secara trip.
    9. Gaji pembantu restoran.
    10. Gaji pump attendant.
    Dedahkan sekali masa mereka bekerja berapa jam.

  6. Jika benar lah berita di atas, syukur Alhamdulillah yang merahmati Malaysia.

    Walaupun kedengaran admin seperti tak puas hati (entah berita baik jenis yang bagaimana admin akan berpuas hati), harap kekayaan negara sampai ke peringkat bawahan. Kutipan cukai dari golongan kapitalis yg berkaitan kerajaan dan usahawan Cina hendaklah sampai ke rakyat termiskin yang kebanyakannya bumiputra dan orang Melayu.

    Orang Melayu perlu berterimakasih kepada orang Cina kerana orang Cinalah yg lebih banyak memberi cukai kepada kerajaan. Kerajaan cuma ambil nama sahaja.

  7. Mak Yon sokong krajaan & sprm siasat kekayaan luar biasa pmimpin & bkas2 pmimpin ngara kita…. kmudian rgt mreka dirampas, hartanah & rumah mereka disita

  8. kita sokong pnuh usaha sprm siasat pgkhianat2 ngara yg kaut kekayaan ngara msuk kantong sndiri & main wayang sama kita rakyat

  9. Harap kerajaan terbitkan setiap kajian yang dibuat supaya kami dapat meneliti laporan menteri fakta atau auta.

  10. umno menang, Selangor senang on

    Akhirnya terbukti umnoBN akan menjadi kan rakyat Malaysia kaya raya…
    Belia2 Melayu jgnlah risau… rakyat sentiasa di dahulukan..

  11. 11.penoreh getah..harga getah la ni rm 18 sekilo
    12.buah sawit rm 1500 satu tan
    13.malas nk tambah lagi kesipulannya ………………………………..

  12. Bukan ke kita skrg ni duk dalam zaman Dajjal.. jadi sape2 yg tak ikut Dajjal akan jd miskin… pd hal rakyat jd kaya… senang, berbanding yg ikut Dajjal… kaya tapi melarat, kna bayar tol, kna bayar itu ini…

  13. Husni…ko punya kajian syok sendiri…turun padang ..tengok mcmana rakyat marhaen menderita dengan kos hidup yg meningkat..terpaksa berhutang bergadai..aku rasa ko kaji 9 org bilionaer 1 kuli..tu ko dpat angka tu…

  14. Di KL… rumah yang terpilih sebagai responden semua orang kaya-kaya, memang la pendapatan dia tinggi

  15. Salam semua. Pada pandangan saya, jumlah peratus itu masih perlu diperbaiki dan dipertingkatkan lagi. Apabila berada di peringkat bawahan ini, kesan daripada kenaikan peratusan itu tidaklah besar sehingga membawa kepada perubahan hidup orang-orang yang berada di peringkat bawahan. Masih struggle untuk hidup dan bersusah payah melepasi setiap cabaran untuk hidup di Malaysia ini. Setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun. Umpama terapung di tengah lautan yang terbentang luas dengan memakai jaket keselamatan. Adakalanya dilambung ombak, kejap reda, kejap tersedak dek air laut yang masin, tenggelam timbul dan jika tidak bernasib baik tenggelam tak timbul-timbul. Cuba fikir-fikirkan.

  16. Msia ni Pelik…org yg pendapatan nya tinggi..sudah comfortable dan safe ngn statement2 begini…pdhal dorng bkn kerja di Msia pun…..

  17. apa ke bende KDNK rm79k di KL, .. tu angka monyet dalam MOF ke apa.. seronok sngt ahmad husni tu.. dia x tau ramai lg rakyat kt KL ni hidup susah satu keluarga ada 5 kepala income setakat rm3k sebulan.. tu angka pi banci kt sykt besar ngn gaji ceo sykt besar2 ke apa..

  18. ada betul juga bangsa cina salah sebahagian penyumbang ekonomi negara, tapi jangan lupa siapa yg membantu dan menyokong aktiviti ekonomi kaum cina secara langsung n tidak langsung, iaitu segala kemudahan prasarana yg disediakan kerajaan n lain2 kaum di malaysia ni.. x payah nak sombong maa..

  19. Kalau d negara maju aku x hairan…ni idak asyik nk copy n paste je..

  20. haah.. tu angan-angan saje.. jgn ingat rakyat x tau itu menteri n politician ni mcm mane.. depa pikir tuk diri sendiri aje.. nanti satu ari ko nak beli nasi ayam sepinggan rm10, minyak rm3.50 seliter, rumah tu mmg melayu x mampu belilah.. blum cerita barang lain spare part kereta, elektronik, keta pun mampu pkai wira seken dah 15 tahun pnyer, keta reput..
    ni pun sebab melayu kuat dengki, iri hati, x nak bersatu, asyik cari salah org lain.. pastu,, pakat ramai sokong bisnes kedai magnum, toto,, mmg akan datang silap2 mengemis dalam negara sendiri,,
    insaflah bangsaku,, nak tunggu apa lagi..

  21. memang gtu la realitinya,, pm sibuk nak kejar status negara berpendapatan tinggi, tapi majoriti rakyat d suruh mkn nasi lauk kangkung,, tengok sendiri di malaysia ni siapa majoriti hidup kaya dgn keta mewah berjenama, melayu ke??.. siapa yg dapat tinggal di rumah teres, banglo dan kondo.. melayu ke??..

  22. poom pang main antara terbaik didunia… deiii macha berbelas tahun dah defisit belanjawan negara. Hutang negara dah berapa ratus bilion … sapa mau bayar

  23. Ya ada betulnye.. tapi jgn ingat bila orgtu atau bangsa tu bnyk sumbang tax pada negara,, dia mau ubah peraturan itu dan ini,, sebab dia ada kuasa wang.. wang x boleh beli segalanye,, berapa ramai bangsa diorang yang masih rasa x cukup2 walaupun harta dah berjuta ringgit, tanah pun dah beribu hektar, hati masih x tenang n x senang tengok melayu hidup aman,, itu terletak pada diorang punye hati, , sebab itu hati sudah mati,, lagi langsi.. hati-hati

  24. Alee utoh..
    Ramai penjawat awam di kalangan org kelantan. Tidak adil bg anak negeri lain, khususnya sabah & sarawak.

  25. tak caya lah on

    14. Tukang cat rumah
    15. Bidan kampung
    16. Gro
    17. Imam kampung aku
    18. Penjual karipap
    19. Pengadil bola sepak
    20. Tok mudim
    Baru adil kan.

  26. Yap ah puiihh on

    Sebab tu la melayu kena wajib berniaga – kata dr azizan.. jangan harap makan gaji je, pastu asyik nak bonus. Dah malas, pastu nak salahkan orang lain – kata dr Madey

  27. SambalBelacan on

    Hanya orang gila aje yang boleh beri kenyataan bercakap semudah macam ni…otak tu letak kat lutut…moron!…

  28. Penjawat Awam on

    So adalah harapan kerajaan fullfill permintaan 2 bulan bonus oleh CEUPACS

  29. kalau semua berniaga siapa yang nak bekeje dan uruskan kerja pejabat dan sebagainya, di negara China pon bukan semua rakyat die berniaga, kalau tak sape yang akan buat kerja kalau dah semua berniaga. ada orang rezeki die malalui berniaga dan ade jugak melalui makan gaji, tue semua rezeki Allah dah tentukan. sebenarnya negara kita belum lagi bole mencapai tahap negara berpendapatan tinggi, kalau nak buat benchmark amik negara seperti german, switzerland, jepun, sweden, denmark, finland. ramai lagi rakyat yang masih bergaji rendah duduk di bandar dan dengan gaji RM 3k belum tentu mampu menyara hidup dengan kenaikan harga kos sara hidup yang tidak terkawal. berapa ramai yang mampu membeli rumah sekarang? berapa pendapatan per kapita setiap keluarga di bandar? berapa belanja isi rumah setiap keluarga setiap bulan? rakyat hidup semata-mata untuk mencari duit sampaikan ada sesetengahnya terpaksa mengabaikan keluarga, hidup tertekan dengan segala kenaikan yang melampau dan tidak terkawal. bukan ingin menyalahkan sesiapa tapi hakikatnya rakyat terbeban dengan segala masalah ekonomi yang tiada penamatnya, sedar tak kita yang nilai ringgit susut 30% setiap tahun ditambah pula dengan kadar inflasi yang tinggi mengakibatkan kenaikan kos sara hidup hampir setiap bulan. sepatutnya kos sara hidup perlu diimbangi dengan jumlah pendapatan yang mampu menampung kenaikan tersebut bukan kos sara hidup naik tapi pendapatan masih di takuk lama.

  30. betul tu orang melayu banyak dari kelantan
    menteri yang ada dari jawa, bugis banjar
    ada juga jawa penerogol jadi menteri

  31. Da bgtau da..klu nk buat calculation jgn minum ketum byk sgt..ni lah jd ny bl overdos ketum

  32. org dari negara maju lagi sanggup tinggal kat negara depa sendiri dari merantau cari rezeki dekat negara membangun.

  33. budak ekonomi on

    Pada yg kurang tau realiti tu, statistik tak semestinya menggambarkan realiti. Meh dtg kelantan, mungkin jalan rosak teruk sbb kerap hujan, tak bnyk shopping complex, tak ada disko, tak ada arak, tak ada wayang bercampur jantina dlm gelap dsbgnya. Meh la dtg Kelantan, tgk rumah besar2. Kos banglo murah pun tapi still cecah juta, menunjukkan dorang mmg berduit. Income kecik tp inflasi pun kecik. Tukang cuci, penjual pasar pun aku tgk gelang emas smpai ke lengan. Ramai kerja bisnes sendiri, dorang mungkin tak declare semua harta2 dorang utk tujuan statistik. Kerja mkn gaji ni mmg tkleh tipu gaji, ada slip. Jadi mana2 yg nak bangga dgn statistik tu, pergi lah. Aku sendiri buat kerja2 statistik ni dan aku tau tahap ‘bias’ data tu. Sekian.

  34. sprm? hahahaha. tahukah anda masa mula2 sprm di “rebrand” tahun 2009 dulu, mereka boleh buat pengambilan kakitangan & mengisi penjawatan sendiri sesuai dengan namanya sebagai “suruhanjaya”. lepas berlaku “kejadian tak diingini”, maka suruhanjaya perkhidmatan awam a.k.a. SPA mengambil semula kuasa melantik pegawai SPRM skim P.

    jadi tanya diri sendiri, balik. adakah SPRM ni benar-benar telus/transparent, sebab pegawai/kakitangan nya dilantik oleh SPA yang kita sendiri tahu ramai orang politik dalam tu? kah kah

  35. saya cdgkan BRIM di bayar RM500 tiap2 bulan kpd 7 juta rakyat. Malaysia, skrg bantuan BRIM $600 setahun @ $50 sebulan ($1.70 sehari)…. dlm perkiraan $500 sebulan ia bersamaan $17 sehari…. cuma 10 kaki ganda bayaran sekarang…. dan syarat2 penerima BRIM bleh dikaji semula…dan krajaan dilihat betul2 mndahului rakyat serta mggalakkan dayasaing…

  36. harap pm najib & gang2 kem. kewangan kaji balik formula saya dgn beberapa adjustment & penambahbaikan di sana sini:
    1. bantuan welfare dihentikan
    2. mereka yg belum brkahwin @ tiada tanggungan dibayar separuh saja
    3. pendapatan isi rumah hendaklah di kaji semula …mgkin utk $3000 ke bawah
    4. penagih dadah dikecualikan utk mnerima bntuan BRIM
    5. dll

  37. su sokong, su sokong bntuan wang BRIM utk pnagih dadah dihentikan serta merta… kaedah pmberian BRIM sekrg mggalakkan pengihan dadah di Malaysia

  38. pemberian wang bantuan BRIM sekarang dilihat sebagai satu senjata pm najib utk menang dlm PRU (spt yg diperkatakan oleh Tun M). Pemberian BRIM secara rata bgitu bleh mggalakkan kegiatan pnagihan dadah & salahlaku moral… BRIM hendaklah dihentikan kpda pekerja maksiat, pnagih dadah, penjenayah & banduan di pnjara…. “bayaran 2 kali kpda satu isirumah” juga patut dielakkan

  39. Kami sokong BRIM dibayar sebulan $500, utk kurangkan jenayah, pnagihan dadah & perlakuan x brmoral pulak bantuan BRIM hendaklah dihentikan sertamerta kpda pnjenayah, banduan penjara & pusat serenti, pnaguh dadah & pekerja2 judi dan maksiat

  40. X yah BRIM n X yah GST,, kita usaha sendiri,, cara meniaga Azizan osman,, tp dia ni,, ada jgk peserta bwh dia yg lingkup tp x highlight lahh,, malu jatuh air muka katanya.. dulu SWISS CASH kalo x di band oleh BNM, ramai org kita dah senang,, tp kerajaan ssh hati sbb duit PNB bnyk kurang,, mana taknye, ramai draw duit ASB,ASN masuk SWISS CASH,, tp betul mmg masyuk masa tu sblm BNM band .. kerajaan x senang tengok rakyat bawahan hidup selesa dan senang,, IRI HATI DARI KERAJAAN..

Leave A Reply