Pendapatan Negara Malaysia Naik (RM209 Bilion) VS Kerajaan Belanja (RM250 Bilion)!! Natijahnya?

Pendapatan Negara Malaysia Naik (RM209 Bilion) VS Kerajaan Belanja (RM250 Bilion)!! Natijahnya?

Ramai orang pasti tahu dan sedar kenaikan harga minyak memberikan kesan rantaian yang cukup besar sehingga menjerut rakyat seperti anda semua dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup setiap hari.

pendapatan negara

Tetapi persoalannya sekarang ini, adakah tindakan kerajaan menaikkan harga minyak terkini RON95 sebanyak 20 sen adalah wajar jika dibandingkan dengan kemampuan kewangan kerajaan Malaysia pada ketika ini?

Mampu atau tidak? Nah…mari Berita Semasa dan anda di sini kupas satu persatu…

Pendapatan Negara Malaysia 2009-2013 (RM Bilion)

Senaraiannya boleh anda semak seperti di bawah ini :

Tahun Nilai
Pendapatan Kerajaan Malaysia Tahun 2009 RM159 bilion
Pendapatan Kerajaan Malaysia Tahun 2010 RM160 bilion
Pendapatan Kerajaan Malaysia Tahun 2011 RM185 bilion
Pendapatan Kerajaan Malaysia Tahun 2012 RM207 bilion
Dianggarkan Pendapatan Kerajaan Malaysia Tahun 2013 sudah mencapai RM209 bilion

Kesemua pendapatan negara Malaysia untuk tempoh 5 tahun terakhir ini banyaknya datang daripada pendapatan minyak (cukai petroleum, cukai syarikat minyak, cukai yang dibayar oleh pekerja syarikat-syarikat minyak, duti eksport minyak, bayaran dividen Petronas kepada kerajaan)

Pendapatan Negara Malaysia VS Pendapatan Petroleum (RM Bilion)

  1. Pendapatan dari hasil minyak tahun 2009 : RM62 bilion
  2. Pendapatan dari hasil minyak tahun 2010 : RM56 bilion
  3. Pendapatan dari hasil minyak tahun 2011 : RM66 bilion
  4. Pendapatan dari hasil minyak tahun 2012 : RM71 bilion
  5. Pendapatan dari hasil minyak tahun 2013 dijangka sekitar : RM72 bilion

Sumber : Perbendaharaan Negara

Jikalau diperhatikan dan dimomokkan untuk rakyat Malaysia setiap hari melalui salauran media arus perdana, kewangan negara cukup sesak bagi menghalalkan kenaikan harga minyak atas nama pengurangan subsidi.

Pendapatan Negara VS Perbelanjaan Mengurus VS Perbelanjaan Pembangunan (RM Bilion)

Malangnya, dalam pada pendapatan negara terus meningkat tetapi perbelanjaan mengurus negara turut meningkat dengan mendadak :

  1. Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Malaysia Tahun 2009 : RM157 bilion
  2. Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Malaysia Tahun 2010 : RM152 bilion
  3. Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Malaysia Tahun 2011 : RM183 bilion
  4. Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Malaysia Tahun 2012 : RM203 bilion
  5. Dianggarkan Pendapatan Kerajaan Malaysia Tahun 2013 sudah mencapai : RM202 bilion (kenaikan pastinya terarah kepada faktor _______)

Bertambah teruk lagi, perbelanjaan untuk tujuan pembangunan negara Malaysia terus menurun :

  1. Perbelanjaan Pembangunan Malaysia Tahun 2009 : RM50 Bilion
  2. Perbelanjaan Pembangunan Malaysia Tahun 2010 : RM53 Bilion
  3. Perbelanjaan Pembangunan Malaysia Tahun 2011 : RM46 Bilion
  4. Perbelanjaan Pembangunan Malaysia Tahun 2012 : RM50 Bilion
  5. Perbelanjaan Pembangunan Malaysia Tahun 2013 : RM48 Bilion

Kerajaan Malaysia dilihat tidak menggunakan kesempatan yang ada disebalik peningkatan pendapatan negara atas nama kenaikan pendapatan Petronas untuk digunakan tujuan :

  • Membayar hutang kerajaan Malaysia yang terus meningkat daripada tahun ke tahun di mana yang sekarang ini sudah pun mencecah ke angka RM622 bilion (KLIK SINI).
  • Menambahbaik pembangunan negara. Jumlah peruntukkan pembangunan negara semakin mengecil angkanya daripada tahun ke tahun.

Nah…ini realiti yang berlaku sekarang ini. Persoalan apa sekarang ini? Adakah Malaysia mempunyai cukup wang untuk mentadbir negara ini baik selain menambahbaik kehidupaan rakyat Malaysia?

Sebenarnya lebih sekadar cukup.

Tetapi, negara tidak akan cukup wang selagi yang diberikan amanah untuk menguruskan kewangan negara tiada disiplin untuk mengawal nafsu pemimpin yang terus-menerus boros ketika membelanjakan kewangan negara dan duit rakyat, rasuah di Malaysia, penyelewengan, salah guna kuasa berleuasa di Malaysia.

Seperti yang Berita Semasa tekankan sebentar tadi, walaupun pendapatan negara terus meningkat malangnya ekonomi dan hutang tidak diruskan dengan baik.

Natijahnya kepada negara, buat pertama kali dalam sejarah ekonomi negara agensi penarafan kredit antarabangsa Fitch Rating telah menuruntarafkan prospek ekonomi negara menjadi negatif dek kerana kadar hutang kerajaan Malaysia yang terus melambung tinggi.

  1. Nilai matawang Malaysia telah susut nilai dalam tempoh 1 bulan yang terakhir ini. Dan semakan Berita Semasa hari ini nilai matawang Malaysia kembali mengukuh…..
  2. Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang tidak mencapai sasaran sejak 15 tahun berturut-turut
  3. Kerajaan Malaysia dilihat boros berbelanja tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang sehingga melebihi pendapatan negara (bajet defisit) selama 15 tahun berturut-turut
  4. Hutang negara terus meningkat lebih RM300 bilion untuk dalam tempoh 5 tahun sahaja. Sedangkan hutang kerajaan Malaysia pada tahun 2008 sejak Malaysia merdeka, hanya berlegar ke angka RM286.121 bilion

Akhirnya, jalan penyelesaian yang mudah diambil kerajaan sekarang adalah dengan cara mengurangkan subsidi bahan api petrol dan diesel sebanyak RM3.3 bilion setahun di mana kesannya dinikmati oleh anda, anda semua daripada kalangan 28 juta rakyat Malaysia.

Apa komen dan pendapat anda pula?