33.8 Peratus Pendapatan Isi Rumah di Malaysia RM1,500-RM3000. Adakah Anda Orangnya? Kelantan dan Sabah Termiskin!
Hutang isi rumah di Malaysia yang terkini telah pun dikeluarkan. Jumlah yang berada dalam sistem data sistem semakan ekasih online semakin meningkat di Malaysia termasuk sekali jadual caruman perkeso di malaysia.
Terbaru, Laporan Statistik Pendapatan Isi Rumah Rakyat Malaysia antara tempoh tahun 1970 sehinggalah tahun 2012 telah pun dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara.
Berdasarkan semakan Berita Semasa, di atas kertas tampak berlakunya peningkatan terutamanya melibatkan kelas yang berpendapatan serdahana dan juga tinggi. Ini butirannya….
Pendapatan Isi Rumah di Malaysia : Kumpulan Pendapatan?
Butirannya boleh anda semak berdasarkan statistik seperti di bawah :
- 33.6 peratus mempunyai purata pendapatan isi rumah melebihi RM5,000 sebulan
- 27. 8 peratus mempunyai purata pendapatan isi rumah antara RM3,000-RM5,000 sebulan
- 33.8 peratus mempunyai purata pendapatan isi rumah antara RM1,500-RM3,0003 sebulan
- 5.0 peratus isi rumah yang mempunyai purata pendapatan kurang RM1,500 sebulan. (Nota : Ralat -0.2 peratus)
Walauapun kepada kalangan anda di sini yang memiliki pendapatan melebihi RM5,000. Tahniah dan jangan lupa bersedekah dan bermala jariah. Tunaikan hak kepada si miskin.
Dan kepada anda yang memiliki pendapatan antara RM3000 hingga RM5000. Jangan berasa selesa apatah lagi dengan lonjakan kos sara hidup yang semakin melonjak tinggi ketika ini dari hari ke sehari.
Manakala kalangan rakyat Malaysia yang berpendapatan RM3000 dan ke bawah. Lipat gandakan usaha anda. Hentikan sikap “biar papa asal bergaya”. Ini kerana kos sara hidup di Malaysia semakin kejam dan tidak mengenal mangsa dan bangsa.
Akhirnya sekali, kepada mereka yang berada di kelompok berpendapatan RM1,500 ke bawah. Jangan putus asa. rezeki ada di mana-mana. Usaha tangga kejayaan. Insyaallah. Amin.
Butiran Lengkap Statistik Pendapatan isi Rumah di Malaysia
P/S : Golongan berpendapatan RM3,000 dan ke bawah iaitu sekitar (38.8 peratus) layak menerima BR1M Mungkin juga akan ditambah paras kelayakan menjelang pembentangan Bajet Malaysia.
PP/S : Anda di kelompok yang mana satu? Bincangkan…